Hiasi Website Anda & Jadikannya Unik!
Powered by MaxBlogPress 

 Powered by Max Banner Ads 

Laman Web ePustaka.com

Pengumuman April 30th, 2007

Assalamualaikum / Salam sejahtera,

Perkara pertama yang saya ingin sampaikan di sini ialah mengenai laman web epustaka iaitu laman web ke-3 kami, sedang dalam proses terakhir untuk dilancarkan. Sebenarnya web ePustaka ni dah lama siap tapi sering tertangguh pelancarannya kerana terdapat beberapa masalah teknikal dan juga masa yang agak terbatas. Jadi sekarang ni saya mempunyai waktu yang agak terluang untuk menyiapkannya dan sekarang dalam proses terakhir untuk melancarkannynya. Web ePustaka ini menawarkan beberapa produk-produk hangat terutama sekali produk “CD JAWI TRANSLATER” iaitu sebuah Perisian yang dapat menterjemahkan tulisan Rumi kepada Jawi dan Jawi kepada tulisan Rumi. CD ini mendapat sambutan hangat dari kalangan orang ramai terutama para guru j-qaf.

Hampir setahun Alhusna Gallery (salah seorang wakil pengedar CD Jawi Translater & Kamus 3 Bahasa di Kelantan) menjual CD JAWI TRANSLATER ini secara Offline dan mendapat sambutan dari para guru di sekitar Kota Bharu, dan ada permintaan dari luar Kota Bharu terutama dari rakan-rakan saya sendiri. Oleh itu bagi memudahkan orang ramai untuk membeli CD ini maka saya cuba untuk meneroka pasaran Online dengan membina Web epustaka ini.

Di samping itu terdapat produk-produk lain yang ditawarkan oleh ePustaka seperti KAMUS BA-BM-BI iaitu kamus 3 bahasa dan bermacam-macam lagi…hanya di ePustaka.com. Saya akan maklumkan di sini apabila epustaka.com dilancarkan nanti dan bagi para subscriber koleksiterkini.com dan pustakailmu.com akan saya maklumkan melalui email nanti.

Ok, hanya di sini dulu buat kali ini……….jumpa lagi ye :)

Sekian

Popularity: 11% [?]

Selamat Datang Ke Blog Alhusna Gallery

Umum April 28th, 2007

Assalamu’alaikum / Salam Sejahtera,
Alhamdulillah puji-pujian ke hadrat Allah s.w.t kerana diberikan peluang dan keupayaan oleh-Nya untuk membina blog Alhusna Gallery ini. Hasrat Alhusna Gallery untuk memiliki blog sendiri sering terpaksa ditangguhkan penerbitannya disebabkan beberapa masalah teknikal tambahan pula dengan masa yang agak terbatas.Tujuan utama blog ini dibina ialah untuk memudahkan saya berinteraksi dengan para pelanggan Alhusna Gallery dan juga dengan kawan-kawan se’online’ yang lain. Di samping itu, kita juga boleh saling berkongsi pendapat, bertukar-tukar maklumat, menyebar ilmu pengetahuan serta saya sendiri juga akan dapat memberikan maklumat-maklumat terkini mengenai produk-produk Alhusna Gallery atau produk-produk dari kawan-kawan online yang lain, Insya-Allah. Alhusna Gallery mempunyai pelanggannya yang tersendiri yang mungkin inginkan maklumat atau berkongsi masalah terutama mengenai produk-produk Alhusna Gallery lebih-lebih lagi mengenai “CD JAWI TRANSLATER“.

Oleh itu saya merasakan blog Alhusna Gallery ini merupakan satu peluang untuk mengeratkan lagi di antara Alhusna dengan para pelanggannya. Semoga dengan kemunculan blog ini akan menjadi satu rujukan buat anda semua, di samping saya juga mengharapkan agar anda dapat memberikan idea-idea bernas dan komentar yang membina bagi meningkatkan lagi mutu produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Al-Husna Gallery.

Bersama-sama kita berdoa agar semuanya akan mendapat hasil atau manfaat di sebalik kemunculan blog ini walaupun sedikit, dan Insya-Allah saya akan menawarkan beberapa “Cenderahati atau Bonus” bagi pelawat-pelawat blog ini sebagai “buah tangan” dari Alhusna Gallery. Coming Soon :|- Insya-Allah.

Terima Kasih

Abooain

Popularity: 10% [?]


 Powered by Max Banner Ads