Hiasi Website Anda & Jadikannya Unik!
Powered by MaxBlogPress 

 Powered by Max Banner Ads 

WEB TOOLS : SESUAI BAGI YANG INGIN MEMBINA LAMAN WEB

Umum May 30th, 2007

Assalamualaikum / Salamsejahtera

Apa khabar anda semua? Saya kebelakangan ni asyik dok berfikir semacam ada sesuatu kerja yang belum selesai aja…! Tiba-tiba terlintas di fikiran yang saya belum lagi menulis tentang produk pertama saya iaitu Koleksi beberapa produk MRR & RR pertama yang saya pasarkan. Iaitu WEB TOOLS : BEST COLLECTIONS, inilah produk pertama saya yang saya pasarkan setelah hampir 3 bulan belajar tentang selok-belok Perniagaan Internet ni. Jadi WEB TOOLS ni lebih kepada satu percubaan bagi Alhusna Gallery untuk mencuba pasaran Online pula. Maka pada 1 April 2007 (lebih kurang) saya telah lancarkan WEB TOOLS, yang merupakan satu KOleksi atau Himpunan Perkakasan & Bahan Yang Diperlukan bagi Membina Sebuah Laman WEB. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Zul (Smartzul) dan Saudara Amirol (Webjualan) yang telah memberikan galakkan dan motivasi kepada saya (sewaktu diminta untuk mem’preview’ WEB TOOLS ini). Pada permulaan, saya mendapat beberapa komen dan kritikan (ada yang membina dan ada yang tidak ) dari beberapa orang, dari situ saya berusaha untuk memperbaiki mutu WEB TOOLS ini sehinggalah sekarang WEB TOOLS ini telah di’update’kan sehingga ke versi 1.2, Alhamdulillah.

Sebenarnya WEB TOOLS ini merupakan sebuah koleksi yang menghimpunkan beberapa produk asas yang amat diperlukan bagi seseorang yang ingin membina sebuah laman web perniagaan atau peribadi. Pada asalnya semua produk-produk yang terkandung di dalamnya saya beli atas tujuan untuk kegunaan saya sendiri semasa proses pembelajaran bagi membina mini site pertama saya. Tiba-tiba je terfikir pada waktu itu, kenapa saya tidak kumpulkan produk-produk ini dalam sebuah koleksi dan dijual kepada individu-individu yang memerlukan seperti saya pada waktu itu (sudah tentu Newbie), jadi mereka tidak perlu bersusah payah untuk mencari bahan-bahan seperti grafik, animasi, button, arrow, butang order dan sebagainya juga seperti saya sewaktu belajar sendiri cara hendak membina sebuah laman web. Atas sebab inilah saya kumpul semua produk-produk penting dan saya juga membeli produk-produk yang mana saya tengok bermanfaat dan menarik. Jumlah wang yang saya keluarkan untuk mengumpul koleksi ini sebenarnya lebih kurang USDXXX.XX (rahsia lah ye:) dan saya saya tawarkan pada harga ISTIMEWA hanya untuk 20 orang pembeli je (sekarang kuota tinggal 6 orang je lagi).

Bagi Newbie, koleksi ini sememangnya saya kumpul untuk anda kerana saya juga Newbie dan telah mengetahui apa yang kita perlukan bagi membina sesebuah laman web agar nampak menarik. Mungkin bagi sesetengah orang berpendapat bahawa mini site tidak memerlukan kepada grafik atau sebagainya, namun bagi saya ianya masih juga memerlukannya walaupun tidak banyak. Para pelawat sememangnya akan menilai website kita, sama ada cantik dan menarik atau pun tidak - “People do judge a book by its cover”- ia sememangnya begitu walaupun sepatutnya tidak, betul tak?

Kandungan WEB TOOLS adalah seperti berikut :

1. Instant Header
2. Logo
3. Ebook yang berkaitan
4. Grafik spt butang access, claim, order, help, download now, contact, subscribe now,. Grafik guarantee, join, order now, sales, bullets, arrows, checkboxes, komputer, people, trial, New. Instant Grafik dsbnya.
5. Icon
6. Template (Shapes dll)
7. Banner
8. Grafik design template (untuk background bagi ecover, web banner dsb. (Hydrospell&Reaperbot)
9. Template segera bagi website, minisite, adsense template
10. Flash Banners
11. PDF template
12. Header Template
13. Disertakan 15 software berkaitan dan amat diperlukan di dalam proses membina website
14. Ebook Cover, report cover dll
15 dan banyak lagi (tak larat nak taip dah)

Lebih dari 5,000 file yang terkandung di dalamnya iaitu lebih kurang 610MB (UNZIP) jika dalam file zip kapasitinya adalah 340MB. Memang besar kapasitinya bukan? Beberapa pelanggan mengadu menghadapi masalah untuk mendownloadnya kerana file-file yang terlalu besar (bagi yang masih menggunakan dial up atau CC - kerana memakan masa yang lama) mereka meminta saya menyediakan WEB TOOLS dalam bentuk CD, saya tidak menghampakan permintaan mereka lantas di penghujung bulan April 2007 saya mengeluarkan pula WEB TOOLS dalam bentuk CD bagi memudahkan pelanggan yang bermasalah dengan line internet atau pun bagi mahasiswa-mahasiswa yang terpaksa ke CC untuk mendownloadnya dan sebagainya.

Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan kerana jika kita melihat kepada produk-produk seumpamanya di pasaran tempatan atau antarabangsa pasti WEB TOOLS adalah produk yang termurah, KENAPA? kerana kebanyakkan produk-produk grafik yang ditawarkan diperingkat antarabangsa kebanyakkan adalah sekitar USD7 sehingga USD37, lagipun produk yang ditawarkan itu mungkin produk-produk tertentu sahaja seperti grafik atau header sahaja bukan dalam bentuk pakej atau koleksi lengkap. Jika anda tidak percaya, anda boleh mencari koleksi lengkap seperti ini dengan harga yang berpatutan.

Jika sekiranya dijumlahkan harga bagi setiap produk yang terkandung di dalam WEB TOOLS ini berkemungkinan harga koleksi ini akan mencapai USD150! ….. wow,mahalnya! dan sudah tentu kebanyakkan Newbie tidak mampu untuk memilikinya. Oleh itu saya menawarkan harga yang berpatutan agar anda yang ingin berjinak-jinak dengan pembinaan laman web akan mampu memilikinya (kebanyakkan pelanggan adalah para pelajar atau mahasiswa yang lebih memerlukan wang untuk kegunaan pengajian mereka). Harga yang ditawarkan sekarang adalah harga istimewa yang akan ditutup apabila pembeli genap 20 orang, namun saya akan pastikan harga selepas ini adalah harga yang ‘mampu milik’ bagi semua lapisan pelanggan, Insya-Allah.

Sempena Tawaran Istimewa ini juga kami ada menawarkan 2 BONUS TERHAD iaitu penghantaran PERCUMA CD OS UBUNTU/KUBUNTU bagi 20 orang pembeli kami. CD UBUNTU/KUBUNTU ini sebenarnya diberikan percuma oleh Syarikat UBUNTU. Kebiasaannya saya memberikan secara percuma kepada pelanggan (Offline) tetapi terpaksa membataskan pemberian percuma secara Online kerana melibatkan kos yang tidak sedikit.(maklumkan bukan syarikat gergasi weh!) dan kami juga menawarkan bonus terhad yang ke-2 iaitu 39 buah logo yang menarik dan kami berikan secara percuma kepada 20 orang pembeli sahaja.

Rasanya itu sahaja kot ye, sepatutnya saya tulis penjelasan WEB TOOLS ini pada awal-awal pelancaran tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal menyebabkan asyik tertangguh aja sehingga akhirnya terlupa pulak. Insya-Allah tidak lama lagi saya akan keluarkan WEB TOOLS II : SPECIAL EDITION yang sekarang dalam proses-proses terakhir.

Nantikan kemunculannya. Terima Kasih.

Popularity: 15% [?]

Rahsia Affiliate Dahsyat

eBiz May 28th, 2007

Assalamualaikum / Salamsejahtera buat anda semua,
Rahsia Affiliate Dahsyat
Post saya kali ini akan menyentuh mengenai sebuah ebook istimewa (bagi saya) yang masih lagi baru di pasaran iaitu ebook Rahsia Affiliate Dahsyat yang ditulis oleh Saudara Mohd Fahmi. Ebook yang menyentuh tentang tips dan rahsia yang berkaitan dengan program Affiliate. Beliau telah menerangkan mengenai teknik-teknik dan cara yang terbukti berkesan untuk memaksimumkan pendapatan dan yang penting mengelakkan ketirisan yang berlaku ketika anda mempromosikan affiliate anda. Ia sebuah e-book tutorial yang dilengkapi dengan gambar dan dihuraikan secara ringkas dengan gaya bahasa yang mudah supaya senang dilaksanakan. Di dalam e-book ini anda akan mengetahui : Mengapa Berlakunya Ketirisan di dalam program affiliate, Cara Menyembunyikan Affiliate, Cara Memendekkan Affiliate, Mengedit URL affiliate dari web site, Kesilapan yang sering dilakukan dan sebagainya.
Bagi anda yang masih baru dalam dunia Perniagaan Internet ini, pasti akan tertanya-tanya apakah sebenarnya Affiliate tu? Saya akan jelaskan secara ringkas sahaja di sini - Affiliate adalah satu program di mana anda mendaftarkan diri dengan pemilik laman web untuk menjadi agen. Setelah menjadi agen, anda akan dibekalkan dengan satu URL khusus. Anda perlu mempromosikan laman web yang berkenaan dengan menggunakan URL yang diberikan. Setiap jualan yang berlaku melalui URL tersebut. Anda akan diberikan komisyen mengikut peratusan tertentu. Ia diibaratkan seperti anda menjadi jurujual atau agen jualan kepada sesuatu produk yang dipasarkan oleh individu atau syarikat tertentu.Menariknya menjadi affiliate di Internet tidak sama seperti kita menjadi agen atau jurujual di luar, kerana agen affiliate tidak memerlukan kita untuk berjumpa dengan pelanggan atau bercakap banyak (sampai berbuih mulut), keadaan ini sudah tentu amat sesuai untuk individu-individu yang pemalu.
Bagi Newbie, ebook ini patut anda miliki bagi menambahkan lagi ilmu tentang program Affiliate ini lagipun harganya juga berpatutan dan mampu dimiliki oleh sesiapa dan program Affiliate juga disediakan untuk ebook ini. Selamat Membaca ye : Sila klik link dibawah untuk ke website ebook ini….

Popularity: 22% [?]

USAHAWAN ISLAM

Tazkirah May 26th, 2007

Assalamualaikum / Salam sejahtera

Di dunia hari ini, kita dapat lihat bagaimana dunia Islam masih lagi ketandusan usahawan-usahawan Islam atau terlalu sedikit bilangannya. Rata-rata tempat kita lihat pada hari ini kedai-kedai, supermarket, gedung-gedung perniagaan adalah dimiliki oleh usahawan-usahawan bukan Islam? Di mana usahawan-usahawan Islam? Oleh yang demikian saya pada hari ini cuba membuka minda para sahabat sekalian, agar kita bersama-sama memikirkan jalan atau penyelesaian terbaik untuk menyemarakkan semangat berniaga dikalangan orang-orang Islam. Rasulullah s.a.w ada berpesan dengan mafhumnya, “Sesungguhnya 9/10 rezeki itu adalah dari perniagaan”.

Jika kita lihat fenomena yang berlaku pada hari ini, manusia semakin mengejar kemewahan secara melampaui batas sehingga kita dapat melihat unsur-unsur haram diamalkan di dalam perniagaan mereka, dengan kata lainnya masing-masing sibuk mengejar kemewahan tanpa menghiraukan halal atau haram cara mendapatkan kemewahan itu. Unsur-unsur Riba, rasuah, penipuan dan sebagainya semakin subur kerana ramai yang menganggapnya satu jalan sahaja untuk mendapatkan kemewahan. Allah s.w.t ada berfirman dengan maksud : “Dan janganlah kamu makan harta sesama kamu, dengan jalan yang tidak halal.” Allah s.w.t juga berfirman dengan maksudnya : “Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.”

Oleh itu, kita mengharapkan pakar-pakar ekonomi Islam agar menceburkan diri ke bidang ini dengan memberikan penjelasan dan kefahaman dan seterusnya menjadi ‘role model’ untuk dicontohi bersama oleh kita dan generasi yang mendatang. Lupakah kita bahawa Islam mempunyai ‘role model’ yang terbaik untuk kita contohi dalam bidang Perniagaan ini, iaitu Rasulullah s.a.w. Baginga melaksanakan perniagaannya dengan penuh sifat Amamah yang sedia ada di dalam dirinya sehingga di gelar Al-Amin. Saidatina Khadijah merupakan usahawan yang berjaya pada zamannya dan merupakan wanita yang berharta dan mempunyai kemahiran pula di dalam perniagaan yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana wanita atau lelaki pada waktu itu.

Beberapa panduan telah digariskan kepada para usahawan Islam agar muamalah yang dilakukan itu bertepatan dengan syariah, ini kerana memastikan agar hidup bermasyarakat tidak menjadi huru-hara lantaran mengamalkan muamalah yang diharamkan. Kerana hidup bermasyarakat tidak boleh lari dari unsur-unsur utama dalam kehidupan iaitu agama, ekonomi dan politik. Manusia akan berusaha untuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan keluarga mereka sama ada melalui pelbagai jenis pekerjaan seperti bertani, perdagangan, berniaga, bekerja sektor kerajaan atau swasta, bekerja sendiri dan sebagainya. Semua pekerjaan itu bermotifkan satu faktor utama iaitu menampung kehidupan sendiri atau keluarga dengan menyediakan bahan makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu permintaan terhadap sesuatu barangan tersebut khususnya bahan makanan atau minuman, pakaian, dan keperluan-keperluan asasi lain sudah tentu memerlukan kepada perniagaan atau penjual. Maka akan berlaku di sana satu muamalat di antara penjual dan pembeli yang memerlukan garis panduan agar tidak berlaku penindasan atau kezaliman di antara satu sama lain. Antara panduan yang digariskan oleh Islam ialah :

1- Menjauhi Penipuan
2- Memberi Hutang - Kepada Fakir Miskin
3- Mengurangkan Harga - Kepada Fakir Miskin
4- Menanggung Kerugian - Berusan dengan Fakir Miskin
5- Kelonggaran Dalam Proses Jual Beli - Kepada Fakir Miskin

Demikianlah point-point ringkas yang digariskan oleh Islam untuk panduan Usahawan-usahawan Islam seluruh dunia. Saya tidak menyebutnya secara terperinci mungkin dipost yang lain.

Namun usahawan-usahawa Islam mestilah memandang berat terhadap beberapa aspek yang mungkin tidak diambil berat oleh kita seperti :

1 - Tidak Tamak Haloba
2 - Bersifat ‘Berpada’ dengan rezeki yang diterima atau Qana’ah
3 - Pandai Membahagikan Masa di antara berniaga dengan perintah agama

Perniagaan di dalam Islam adalah Fardhu Kifayah iaitu bagi memberikan kemudahan kepada masyarakat kerana masyarakat akan hidup tidak selesa dan mungkin akan rosak binasa jika tidak ada proses jual-beli ini. Usahawan Islam wajiblah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang diharamkan di dalam perniagaan seperti menjual arak, nombor ekor, memakan riba, rasuah, menyembunyikan barang jualan, menjual barangan curi atau hasil peras ugut dan sebagainya.

Allah s.w.t berfirman bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan yang salah, melainkan dengan perniagaan di atas sukarela antara satu sama lain.”

Firman Allah s.w.t di atas menjelaskan kepada bahawa perniagaan yang diredai-Nya akan memberikan pulangan yang besar di dunia dan juga di akhira kelak. Jika kita lihat pada hari ini masih terdapat segelintir usahawan-usahawa Islam yang berjaya, yang bekerja bukan semata-mata untuk mengumpul kekayaan semata-mata bahkan gemar memberikan sumbangan kepada golongan-golongan yang memerlukan. Mereka ini antara usahawan-usahawan yang boleh dicontohi oleh kita semua.

Semoga post saya kali ini akan menyemarakkan semangat ingin berniaga dikalangan kita, terutama Perniagaan Internet yang masih kurang diceburi oleh orang-orang kita. Terima Kasih.

Popularity: 25% [?]

CopyAndPasteGraphics” Volume 2

Pengumuman May 23rd, 2007

Assalamualaikum / Salamsejahtera,

GRAB A TRUCK-LOAD OF GRAPHICS THAT
MAKE YOUR WEBSITES SELL LIKE CRAZY!

Kali ini saya ingin menulis dan berkongsi sebuah produk terbaru yang sungguh istimewa dan bermanfaat bagi anda yang mungkin sedang mencari-cari grafik seperti butang order, subscribe, acces now, template, nombor, butang beranimasi, ecover, headers dan sebagainya. Jadi pakej ini amat sesuai untuk anda.

Produk terbaru dari Aurelius Tjin iaitu “CopyAndPasteGraphicsVolume 2! Merupakan kesinambungan dari pakej “CopyAndPasteGraphicsVolume 1. Pakej ini mengandungi pelbagai grafik yang terkini, menarik, cantik dan yang akan menjadikan website anda nampak sexy, panas dan segar (fresh)!!!. Bagi anda yang sentiasa mencari-cari grafik yang tekini dan menarik bolehlah mengunjungi laman web Aurelius Tjin ini untuk meninjau pelbagai grafik yang disediakan oleh beliau di dalam pakej ini.

Klik di sini Untuk Melihatnya secara lebih terperinci!

Saya tahu segelintir dari kita sentiasa sibuk, dan tidak sempat untuk menghiasi website anda, jadi penyelesaiannya ialah dapatkan pakej grafik ini dan anda tidak akan merasa rugi :

Kandungannya :

* 390 buton yang direka oleh pereka yang profesional,
* 70 bullet & arrow,
* 38 seal & badge,
* 10 Butang Order “animasi” ,
* dan banyak lagi grafik-grafik yang akan membantu anda mencantikkan web jualan anda dan sekaligus meningkatkan trafik ke ke website anda.

Klik di sini Untuk Melihatnya secara lebih terperinci!

Grafik-grafik ini direka khas oleh para pereka yang profesional dan bukan diambil dari website-website tertentu atau dari pakej orang lain. Oleh itu grafik-grafik yang terkandung di dalamnya adalah cantik-cantik dan terkini belum terdapat dimana-mana website melainkan pembeli pakej ini. Selamat Mencuba….. :)

Popularity: 11% [?]

PENUKARAN THEME BLOG ALHUSNA

Pengumuman May 21st, 2007

Assalamu’alaikum / Salam Sejahtera,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian?,

Saya ingin memohon maaf di atas penukaran theme blog ini disebabkan beberapa masalah yang timbul dengan theme blog saya yang lama. Saya mengharapkan agar anda semua tidak terganggu dengan penukaran theme ini. Selamat melayari blog Alhusna :)

Popularity: 11% [?]

KEMPEN CELIK DUIT INTERNET

Pengumuman May 20th, 2007

Assalamualaikum / Salamsejahtera,

Pada 7 May yang lalu, saya ada menulis mengenai perbezaan antara Perniagaan Internet dan Pelaburan Internet, betul tak? Cuba anda rujuk balik post saya pada 7 May 2007. Saya kali ini bukan mahu menceritakan tentang perkara yang sama cuma ingin memaklumkan tentang kempen yang dilancarkan oleh Founder WangCyber.com iaitu Encik Suhaimi, lantaran terlalu ramai yang masih lagi buta untuk membezakan di antara Perniagaan Internet dan Pelaburan Internet. Jadi bagi anda semua jangan lupa untuk bersama-sama kami menyebarkan kempen ini kepada semua orang bagi menyedarkan masyarakat tentang kekeliruan ini yang berlaku ini.

Kempen yang diberi nama Kempen “CELIK DUIT INTERNET” ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat kita tentang bagaimana untuk mendatangkan wang melalui cara yang halal di internet iaitu PERNIAGAAN INTERNET bukan melalui cara yang telah diharamkan iaitu PELABURAN INTERNET. Sila klik link dibawah untuk membaca artikel yang cukup menarik dengan sebarkan kepada rakan-rakan disekeliling anda.

Ayuh, bersama-sama kami semua….!!! Sila baca dan sebarkan artikel di bawah ini :

Sila klik untuk membaca artikel kempen ini

Popularity: 10% [?]

Panduan Asas CPanel Dalam Bahasa Melayu Pertama di Malaysia!

Pengumuman May 16th, 2007

Assalamu’alaikum / Salam Sejahtera,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian?,

Saya ingin menceritakan tentang sebuah ebook yang dikeluarkan oleh Saudara Jebat iaitu Panduan Asas Cpanel yang pertama ditulis di dalam Bahasa Melayu.

Bagi seseorang yang ingin memulakan Perniagaan Internet sudah tentu anda memerlukan kepada pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan CPanel. Oleh itu ebook ini amat sesuai bagi anda yang ingin mempelajari ilmu asas domain, web hosting dan Cpanel ini, langkah demi langkah dan tanpa perlu bersusah payah anda melakukan try & error.

Ebook yang baru seminggu berada di pasaran ini akan mendedahkan kepada anda fungsi-fungsi asas yang terdapat dalam CPanel melalui penjelasan dan penerangan yang mudah. Antara faktor-faktor yang memudahkan lagi pemahaman anda dan mudah untuk menerima ebook ini ialah kerana panduannya 100% adalah dalam Bahasa Melayu. Seperti yang anda ketahui amat sukar di internet, mencari panduan ebook mengenai Cpanel ini dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.

Oleh itu ebook ini amat berguna dan manfaat terutama bagi anda yang selama ini tercari-cari satu panduan asas Cpanel yang ditulis dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.

Jadi bagi Newbie tak perlu anda membuang masa untuk mencuba-cuba CPanel tanpa ilmu mengenai aspek-aspek teknikal. Sekali anda tersilap, alamat tidur anda tidak akan lena. Saudara Jebat kini telah menghasilkan ebook panduan CPanel pertama di Malaysia yang menerangkan panduan asas langkah demi langkah mengenai domain, web hosting dan tentunya CPanel khas untuk newbie!

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Panduan Asas CPanel

Penulis Ebook ini, Jebat Abd. Kadir atau lebih dikenali sebagai Jebat Mesranet adalah merupakan salah seorang usahawan yang bakal mewarnai perniagaan internet di Malaysia. Dapatkan ebook Jebat ini “Panduan Asas Cpanel A - Z

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Panduan Asas CPanel

Popularity: 12% [?]

EBOOK “KESILAPAN USAHAWAN INTERNET MUDA” - PERCUMA

Pengumuman May 15th, 2007

Assalamualaikum / Salamsejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi satu pengalaman yang cukup mahal dari saudara Bitol (MalaysiaPal/Cheapestcover.com) yang sudi berkongsi pengalaman-pengalaman beliau di dalam kancah Perniagaan Internet ini. Beliau telah mem’ebook’kan pengalaman beliau yang mahal tersebut buat tatapan dan panduan bagi Newbie atau yang cuba berjinak-jinak dengan dunia perniagaan.

Ebook ini beliau namakan “Kesilapan Usahawan Internet Muda” yang mengupas tentang kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh beliau sepanjang menceburkan diri dalam dunia Perniagaan Internet ini. Ebook ini menjelaskan kesilapan-kesilapan yang beliau lakukan sebagai satu panduan bagi Newbie untuk tidak melakukan kesilapan yang pernah beliau lakukan.

Bagi saya ebook ini cukup menarik, kerana telah mendedahkan kepada saya tentang beberapa perkara yang mungkin saya pandang tidak serius sedangkan akibatnya cukup merugikan. Terima Kasih buat saudara bitol kerana sudi berkongsi pengalamannya amat berharga dengan kita terutama Newbie.

Bukan itu saja kita juga akan mendapat 15 email iaitu setiap 5 hari sekali, email dari para IM ter’sohor’ Malaysia seperti SmartZul, Shuth WangCyber, Tazilan, Amirol, Galadriel, SaifulSham, Sham RajaAdsense, Irwan Dahnil, Alang dan Zamri Nanyan. Usahawan-usahawan ini sanggup menceritakan kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan untuk dimanfaatkan bersama dengan Newbie atau anda yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini.
Rasanya harga buku ini sepatutnya tersangat mahal disebabkan isinya yang sungguh istimewa dan berharga tetapi saudara Bitol hanya memberikan kepada kita secara PERCUMA saja. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk memiliki ebook percuma ini dengan meng’klik’ Kesilapan Usahawan Internet Muda” ini.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini…….

Popularity: 13% [?]

Ribbon Ads Dilancarkan-Teknologi Comel

Pengumuman May 14th, 2007

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,
Hari ini saya melancarkan Produk terbaru yang sedang hangat dipasaran antarabangsa sekarang iaitu ‘Ribbon Ads‘ satu teknologi SERAMPANG DUA MATA. Kenapa serampang dua mata? Sebab perisian Ribbon Ads ni bukan sahaja sekadar penghias laman web bahkan boleh juga menjadi satu bentuk pengiklanan secara tidak langsung untuk para pelawat website kita.
Ribbon Ads Teknologi Pengiklanan Terkini

Bentuknya yang cantik seolah-olah seperti riben, menjadi penghias web kita tatkala pelawat mula melayari web tersebut. Oklah rasanya jika mahu keterangan lanjut anda bolehlah melayari website ‘Ribbon Ads’ ni di :
www.myresellrightdepot.com/riben

TAWARAN ISTIMEWA - Jadilah orang pertama yang memilikinya, dan harganya adalah berpatutan sebab disertakan bonus yang tidak ada di dalam pakej lain iaitu 27 riben tambahan yang unik. Bagi subscriber mana-mana web saya (Alhusna Gallery) sama ada pustakailmu, koleksiterkini, blog, epustaka atau MyResellRightDepot akan mendapat potongan harga dari saya. Saya dah pun send email makluman mengenai diskaun in kepada para subscriberi Alhusna Gallery. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini bagi subscriber web-web Alhusna Gallery akan mendapat beberapa keistimewaan seperti diskaun ahli serta anda merupakan orang kedua yang akan mengetahui produk–produk terkini dari kami. Kenapa orang kedua? Kerana orang pertama ialah Para Pembeli produk kami (CD JAWI & WEB TOOLS), mereka ini akan mendapat DISKAUN MEGA dan merupakan orang pertama yang mengetahui sebarang produk terkini atau tawaran istimewa.

Tawaran bagi subscriber ini akan dibuka hanya selama 4 hari sahaja iaitu pada 14/5/2007 sehingga 18/5/2007 tepat jam 12.00 malam. Jadi masih lagi ada peluang buat anda untuk mendaftarkan diri dengan web-web Alhusna Gallery bagi mendapat diskaun ini.

Sekian, terima kasih

Popularity: 10% [?]

Selamat Hari Ibu dan Hari Guru

Umum May 14th, 2007

Assalamu’laikum,

Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat HARI IBU bagi insan yang bergelar ibu. Ketahuilah bahawa ibu itu terlalu besar jasanya kepada kita, dan sesungguhnya SYURGA itu di bawah tapak kaki ibu. Ibu, Engkaulah Ratu Hati Ku………

“Seorang Sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai kepada siapa sepatutnya didahulukan membuat kebajikan. Rasulullah berkata, : Ibu mu, Sahabat bertanya lagi : “Kemudian selepas itu siapa? Ibu mu, Kemudian selepas itu siapa? Ibu mu Kemudian Siapa? Ayah mu. -Hadis

Para ulamak menjelaskan hikmah disebalik kenapa hadis ini menyebut ibu itu sebanyak tiga kali antaranya kerana ibu itu menghadapi 3 kali kesusahan dan penderitaan yang besar di dalam kehidupannya iaitu pertama ketika mengandungkan kita, kedua ketika melahirkan kita dan ketiga ketika membesarkan kita. Oleh itu berbaktilah kepada ibu bapa ketika mereka masih hidup dan mendoakan kesejahteraan mereka setelah kematian mereka.

Kepada para guru pula SELAMAT HARI GURU -Engkau memberikan cahaya keilmuan ketika kami berada di dalam gelap kejahilan………GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG.

Sekian, Terima Kasih

Popularity: 13% [?]


 Powered by Max Banner Ads