Hiasi Website Anda & Jadikannya Unik!
Powered by MaxBlogPress 

 Powered by Max Banner Ads 

RAHSIA PENGGIAT ADSENSE TERBONGKAR!!!

Percuma, Pengumuman June 30th, 2007

Assalamualaikum / Salamsejahtera,

Bertemu sekali lagi kita di tulisan saya kali ini, saya ingin berkongsi mengenai SPECIAL REPORT PERCUMA tetapi cukup bernilai buat saya kerana ebook sebeginilah yang saya cari selama ini. Kenapa saya katakan report ini penting dan bernilai buat saya kerana di dalamnya terkandung semacam MOTIVASI pada diri saya ini untuk terus bergiat di dalam lapangan ebiz dan seterusnya berjaya pula dalam Program Adsense. Ya, Program Adsense, sebab report ini mendedahkan kisah seorang yang bernama Ali dapat menjana Wang sebanyak RM100 sehari (bukan sebulan tu..tapi sehari) dengan Program Adsense, walaupun Ali ini seorang yang tidak pandai dan tidak mahir berbahasa Inggeris tetapi tidak menjadi penghalang baginya. Inilah pointnya ‘tidak mahir dalam BI’ tetapi masih berjaya memperolehi pendapatan yang lumayan dari Adsense. Sebab saya pun macam Ali juga tapi bukan dari sudut berjaya dalam Adsense tetapi dari segi tidak mahir berbahasa Inggeris. Mungkin sebab inilah saya agak lewat untuk membina blog dalam bahasa inggeris, namun blog berbahasa inggeris saya dah dilancarkan lebih kurang 2 minggu yang lalu cuma tidak diwar-warkan je di sini.

Saya tersenyum membaca kisah bagaimana Ali menjana pendapatan hanya dengan blog percuma (malu weh…!) dan menggunakan alternatif rahsia untuk mengaut sehingga 14,000 unik visitor setiap hari! Nak tau apakah rahsia Ali tersebut…….sila dapatkannya di sini secara percuma je.

http://tinyurl.com/ynmxvt

Special report ini ditulis oleh FLAREBIZ TEAM yang dianggotai oleh dua orang anak muda yang tidak asing lagi dalam dunia ebiz ini iaitu Labanon & Fai

Anda juga ditawarkan beberapa BONUS jika anda berdaftar dengan FLAREBIZ (link pendaftaran disertakan dalam ebook ini), antaranya :

1. Anda akan menerima Newsletter yang berupa tip-tip percuma
2. Mendapat sample ebook terbaru iaitu 101 TIP ADSENSE TERBONGKAR mereka sebaik sahaja dilancarkan
3. Mendapat 2 ebook percuma bernilai USD77

Jadi jangan berlengah lagi kerana setiap kali anda bertangguh kemungkinan anda telah rugi RM100 setiap hari?. Sape tau…! Dapatkannya di sini. Tapi ingat ye, ini bukan alasan untuk tidak balajar bahasa Inggeris, kerana belajar Bahasa Inggeris adalah penting sekarang ini

http://tinyurl.com/ynmxvt

Popularity: 20% [?]

50 TIPS PERCUMA BAGI MENINGKATKAN TRAFIK

Percuma, Pengumuman June 30th, 2007

Assalamualaikum / Salamsejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi tentang sebuah ebook yang cukup berilmiah bagi saya iaitu 50 TIPS MENAMBAH TRAFIK WEB. Yang menariknya ebook ini diberikan PERCUMA. Ya, PERCUMA! Jangan tunggu lagi, walaupun percuma tetapi isinya cukup bermanfaat untuk kita pratikkan bagi meningkatkan lagi trafik ke website atau blog kita. Penulisnya tidak asing lagi juga sahabat saya iaitu Saudara Mohd Fahmi (penulis Rahsia Affiliate Dahsyat - sape tak kenal? maaf gu, lewat review)

Beliau menerangkan kepada kita 50 tips bagi menambah trafik ke website dan blog kita, memang kalau anda berjaya melakukan 50 perkara yang disebut oleh Saudara Fahmi ini, Insya-Allah website atau blog anda akan meletup-letup trafiknya.

Beliau juga mengadakan tawaran dan cabaran hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM100.00, wow, banyak tu. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang 50 tip dan pertandingan ini, anda bolehlah mendownload ebook ini secara percuma di sini :

http://tinyurl.com/23h8by

Jangan lupa rebutlah peluang untuk mendapatkan RM100.00, sape tak nak woooi, ok sekian dulu ye.

Popularity: 16% [?]

NASIHAT AL-GHAZALI BAGI MENCAPAI KEBAHAGIAAN DUNIA & AKHIRAT

Tazkirah June 29th, 2007

WAHAI ANAKKU:

Antara nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya :

“Tanda Allah membenci seseorang hamba-Nya, dia akan sentiasa sibuk dengan perkara yang tiada kaitan dengan dirinya . Sesungguhnya sesaat umur yang pergi tanpa digunakan dalam ibadah, pasti membuatkan manusia menyesal pada kemudian hari. Sesiapa yang telah mencapai umur 40 tahun, sedangkan amalan kebaikan terlalu sedikit dibandingkan dengan kejahatan yang dilakukannya, maka bersedialah untuk ke neraka.”

WAHAI ANAKKU:

Memberi nasihat sememangnya mudah, yang sukar ialah untuk menerimanya. Nasihat amat pahit bagi manusia yang mengikut hawa nafsu. Mereka lebih senang dengan perkara-perkara yang terlarang. Ada manusia yang menganggap ilmu yang ada sudah memadai untuk memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Oleh itu tidak perlu lagi beramal dengan ilmu yang ada. Sebenarnya ini adalah pandangan sesat ahli-ahli fasafah. Subhanallah! Tidakkah mereka tahu orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya itu maka ilmu sendiri akan mendakwanya di akhirat nanti?

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Manusia yang paling teruk diazab pada hari kiamat ialah orang yang berilmu tetapi tidak memanfaatkan ilmunya.”

WAHAI ANAKKU:

Beramallah dengan ilmu yang ada. Yakinlah bahawa ilmu tanpa amal tidak akan menyelamatkan kamu di akhirat. Bayangkan seorang lelaki gagah yang masuk ke dalam hutan, membawa bersama-samanya berjenis- jenis senjata. Apakah kau fikir senjatanya dapat menyelamatkan dirinya sekiranya ia tidak mengangkat dan menggunakan senjata tersebut? Jelas sekali senjata tadi tidak berguna kalau tidak digunakan. Begitulah keadaan seseorang yang membaca dan mengetahui banyak perkara, tetapi tidak langsung menggunakannya pengetahuannya tadi. Ilmunya tidak akan memberi manfaat, tanpa dia sendiri beramal dengan ilmu tersebut.

WAHAI ANAKKU :

Islam terbina atas lima perkara, pengakuan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan mengerjakan haji bagi sesiapa yang berkuasa. Iman bermaksud melafazkan dengan lidah, mengaku dengan hati seterusnya beramal dengan seluruh anggota. Selagi kamu tidak beramal maka selagi itu kamu tidak akan beroleh pahala.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa merendah diri dan beramal sebagai bekalannya selepas mati. Orang yang bodoh pula ialah orang yang mengikut hawa nafsu dan mengharap-harap kebaikan daripada Allah tanpa usaha.”

WAHAI ANAKKU:

Berapa banyakkah malam yang kamu penuhi dengan bersengkang mata menelaah kitab, tanpa mengetahui apakah niatmu yang yang mendorong kamu berbuat demikian? Sekiranya niatmu hanya untuk mendapatkan kesenangan dunia dan sanjungan manusia, maka celakalah kamu. Tetapi sekiranya niatmu untuk menghidupkan syariat Nabi Muhammad s.a.w, membentuk akhlakmu, membendung nafsu amarahmu, sesungguhnya akan berbahagialah kamu.

Popularity: 15% [?]

BERMINAT DENGAN EBIZ ?

Tips June 28th, 2007

Assalamualaikum / Salamsejahtera,

Apa khabar anda semua? Semoga sihat ye…….tulisan saya kali ini adalah untuk menjawab beberapa soalan dan pertanyaan dari para pelanggan saya terutama pelanggan WEB TOOLS I & WEB TOOLS II Kebelakangan ini saya ada menerima email dari pelanggan atau subscriber yang bertanyakan tentang beberapa perkara, antaranya ialah :

  1. Bagaimana cara untuk berniaga online atau ebiz?
  2. Apakah MRR/RR/PLR dan sebagainya?
  3. Bagaimana nak pasarkan produk-produk tu?
  4. Minta bagi tips untuk berniaga internet ni, boleh tak?
  5. Bagaimana saudara mulakan perniagaan internet ini?

Itu antara sebahagan soalan-soalan ‘cepu emas‘ yang saya terima dari pelanggan. Alhamdulillah, sebab dari satu sudut mereka mula berminat untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan internet ni. Dari sudut yang lain pula, saya bimbang jika penerangan saya nanti masih tidak memenuhi kehendak mereka. Namun kesimpulannya tanamkan azam untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan internet ni, kemudian belajar step by step secara perlahan-lahan agar dapat memahami setiap langkah dengan lebih mendalam. Saya bermula dengan ‘0′ sewaktu mula-mula menjejakkan kaki dalam perniagaan online ni, namun saya belajar satu persatu sehingga memakan masa 4 bulan sebelum saya mengeluarkan produk pertama saya iaitu Web Tools : Best Collections. Kenapa 4 bulan ye? Sebab pengetahuan saya tentang ebiz ni adalah ‘0′ jadi saya mula mencari ebook-ebook percuma untuk belajar selok-belok dunia ebiz ni, kemudian beli pelbagai jenis ebook yang menceritakan dunia perniagaan internet ni. Sehinggalah ke hari ni, saya baru je mengetahui sikit-sikit tentang ilmu ebiz ni dan masih terlalu banyak lagi ilmu ebiz untuk ditimba oleh saya. Kesimpulannya, tanamkan azam dan mula dengan bersungguh-sungguh, melakukan dengan penuh kesabaran dan jangan lupa faktor utama iaitu sentiasa berdoa agar diberkati segala urusan. Bagi yang ingin memiliki ebook percuma, saya telah kumpulkan lebih dari 40 buah ebook Perniagaan Internet menjadi satu koleksi yang menghimpunkan pelbagai jenis panduan ebiz bermula dari A-Z, saya telah pun review koleksi ini di dalam tulisan saya yang sebelum ini sila rujuk semula :

http://www.epustaka.com/blog/page/3/

Baiklah, hari ini tulisan saya berkisar tentang soalan-soalan ebiz ni, bagi soalan pertama tu saya rasa saya dah ada jawapannya iaitu jawapan yang telah diberikan oleh Saudara Zul (Smartusaha) di dalam blognya iaitu PANDUAN EBIZ PERCUMA beliau telah menceritakan tips dan panduan yang sangat jelas lagi terang, sila rujuk blog beliau (Terima kasih Sifu Zul- Tose Sifu!!!).Namun untuk tidak menghampakan anda semua, saya akan berkongsi beberapa tips ringkas untuk anda memasarkan produk MRR atau RR dan sebagainya ini. Terdapat banyak cara sebenarnya untuk memasarkan produk-produk MRR/RR ni antaranya :

  1. UPSELL - Apabila anda memasarkan produk anda sendiri (bagi yang telah ada produk), adakan satu tawaran istimewa atau tawaran hebat seperti jika beli satu jenis produk anda, pelanggan akan mendapat harga RM40 contohnya, jika beli dua dapat RM70, atau jika beli dengan produk B dapat harga istimewa atau seumpamanya. Atau anda boleh adakan Laman Membership dengan potongan harga hebat atau yuran murah setiap bulan jika membeli produk anda tersebut. Atau anda adakan JV dengan mana-mana IM lain untuk memasarkan produk mereka dengan keistimewaan-keistimewaan tertentu.
  2. BACKEND - Tawaran khas sama ada berbentuk ‘One Time Offer‘ atau sebagainya yang ditawarkan selepas pelanggan membeli produk anda, iaitu diletakkan di laman terima kasih (Thank You Page), anda boleh meletakkan harga yang berpatutan di sini, maklumkan di situ bahawa tawaran ini hanya ditawarkan pada waktu itu sahaja dengan harga yang telah anda tentukan.
  3. REPACKAGE - atau anda pakejkan semula semua produk-produk anda yang berbentuk MRR/RR tersebut dalam satu pakej dan anda boleh naikkan harga dari harga yang biasa anda tawarkan. Jika anda mempunyai produk Master Resell Right (MRR) anda sebenarnya telah mempunyai ‘produk emas‘ kerana ia merupakan lesen bagi anda untuk memasarkan semula produk tersebut dan memberikan hak RR kepada pembeli anda. Contohnya produk WEB TOOLS I & WEB TOOLS II saya le …….. :)
  4. GIVE AWAY - Anda boleh memberikan kepada pelanggan anda secara percuma (jika dibenarkan, sila baca terlebih dahulu lesen yang kebiasaanya disertakan dalam setiap produk MRR/RR dsbnya) sama ada anda menawarkannya dalam laman Optin untuk mengumpul para pelanggan bagi kegunaan anda di kemudian hari kelak.

Bagi para pembeli WEB TOOLS I & WEB TOOLS II, banyak cara yang boleh anda lakukan untuk memasarkannya terpulang kepada kreativiti anda semua, sama ada menjualkannya satu persatu secara berasingan atau anda pakej sendiri mengikut kehendak anda, atau pakejkan dengan produk anda yang sedia ada. Bagi yang tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan MRR/RR/PLR dan sebagainya, saya akan jelaskan secara ringkas ye….harap puas hati… :)

  1. MRR atau Master Resell Right ialah produk yang disertakan Lesen atau Hak menjual semula produk tersebut dan diberikan pula Hak atau Lesen untuk anda berikan RR atau Resell Right kepada pelanggan anda. Produk MRR ini merupakan produk yang menguntungkan kerana anda akan dapat keuntungan 100% hasil dari menjualnya. Namun jangan lupa untuk membaca terlebih dahulu lesen atau syarat yang kebiasaannya disertakan bersama-sama produk agar anda tidak melanggar etika dan syarat yang telah ditetapkan oleh pengeluarnya.
  2. RR atau Resell/Resale Right - ialah produk yang disertakan hak untuk anda menjual semula produk tersebut tetapi tidak dibenarkan anda untuk memberikan hak RR itu kepada orang lain atau pembeli anda. Hanya anda seorang sahaja yang dibenarkan menjual produk RR ini. Anda juga seharusnya merujuk kepada syarat dan terma yang disertakan bersama-sama produk ini.
  3. PLR atau Private Label Right / Un-restricted PLR atau produk yang menjadi milik penuh anda dan anda bebas untuk melakukan apa sahaja terhadap produk ini, namun anda juga perlu merujuk kepada terma dan syaratnya terlebih dahulu. Anda diberikan kebebasan untuk mengubah-suai produk, meletakkan nama anda sebagai author atau penulis produk tersebut, menjualkannya mengikut harga anda sendiri begitu juga dengan semua benda yang disertakannya seperti template, sales letter dan sebagainya.
  4. Rebranding Rights / Un-Restricted Branding Rights lebih kurang sama dengan PLR dan kebiasaannya anda dibenarkan untuk membuat penjenamaan semula terhadap sesuatu produk Rebranding Rights ini dengan menjadikan produk tersebut sebagai produk anda dengan jenama atau logo anda sendiri, mengubah-suai ‘source code’ produk dan sebagainya. Kebiasaannya mereka akan membenarkan anda menjual setiap produk berasingan, menjual semua produk dalam satu pakej, menjual Resell Rights, menjual Private Label Rights, menjual di Web Lelongan Online, memberi secara percuma, memberi percuma Resell Rights, memberi percuma Label Rights, menawarkan sebagai Bonus, menawarkan sebagai insentif Subscriber, mengubah code perisian, mengubah Grafik, mengubah sales page, meletakkan sebarang harga, membina perisian bagi Membership site anda, membina jenama baru dan melakukan apa saja yang anda kehendaki!

Namun perkara terpenting ialah anda hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada syarat dan terma yang mereka sertakan di dalam setiap produk agar anda tidak melakukan sebarang pelanggaran hak penciptanya.

Rasanya dah panjang ni, kalau ada sesape nak tambah atau komen dipersilakan, insya-Allah di lain waktu kita akan bertemu lagi. Moga berpuas hati ye……..Terima Kasih

Untuk panduan anda boleh rujuk ebook percuma ini di sini : PLR CC

Popularity: 25% [?]

Tawaran Hosting Murah -Dana Khas Bagi Saudara Badruzamani

Pengumuman June 25th, 2007

Assalamualaikum / Salamsejahtera,

Para pembaca yang budiman, berikutan dari kesusahan yang menimpa saudara kita Badruzamani, pelbagai usaha telah dilakukan oleh IM-IM kita untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh Saudara Badruzamani. Antaranya ialah tawaran Istimewa dari saudara Md Hilmi yang telah menawarkan pakej hosting yang amat menarik dan murah sekali iaitu RM15 setahun, anda akan mendapat 2 dalam 1 kerana sebahagian dari pembelian anda iaitu RM10 akan disumbangkan terus ke akaun saudara Badruzamani.

Beliau menawarkan hosting dengan ciri-ciri berikut :

100MB Space (Sesuai untuk blog)
10Gb Bandwith
Unlimited Subdomain
Unlimited Email
1 Addon Domain
1 Park Domain
Fantastico
99% Uptime
30 hari Money back guarante
Server based US/Canada.

RM15 setahun.

Bagi yang ingin membeli hosting, inilah peluang keemasan anda untuk mendapatkannya sambil menderma dan membantu saudara Badruzamani, tambahan pula tawaran hosting tersebut tersangat murah dan berpatutan. Keterangan lanjut sila layari forum WangCyber

Membeli sambil membantu!!!!

Popularity: 15% [?]

PAKEJ WEB JUALAN 2.0

eBiz June 25th, 2007

Assalamualaikum / Salamsejahtera,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian yang tidak kira berada di mana sekalipun sama ada di rumah, pejabat, sekolah, CC, pusat pengajian dan lain-lain, semoga semuanya berada di dalam situasi yang menyenangkan ye.

Hari ini saya ingin berkongsi satu produk yang telah banyak membantu saya di dalam usaha untuk membina Perniagaan Internet ini. Apakah produk tersebut? Sebenarnya produk ini sudah lama berada di pasaran, kalau tidak silap awal tahun ini, namun ianya sentiasa relevan sepanjang masa. Alhamdulillah, pada waktu itu (sekitar awal bulan Februari kalau tak silap le…) tergerak hati saya untuk memiliki pakej ini dan ternyata ianya tidak mengecewakan saya dari pelbagai sudut.

Kebelakangan ini saya ada menerima email dari beberapa orang (Subscriber) yang menyatakan mereka masih dalam proses untuk berjinak=jinak dengan dunia ebiz ini. Masalah utama mereka ialah mereka masih teraba-raba untuk membina web atau minisite, membina header & footer, contact form, order form dan sebagainya. Sesetengahnya pula mengakui mempunyai budget yang terhad untuk mengupah designer bagi membina website mereka kerana kebiasaannya untuk membina website upahnya sekitar RM350-400. Oleh itu saya merasakan cara yang terbaik untuk berjimat ialah dengan membina sendiri minisite anda tersebut kerana proses pembinaannya bukanlah terlalu rumit (cuma mesti mengetahui serba sedikit tentang komputer dan perisiannya) contohnya cara penggunaan Microsoft Frontpage atau NVU dan sebagainya. Oleh itu pada tulisan kali ini, saya akan cuba untuk preview pakej yang banyak membantu saya sejak awal-awal menjejakkan kaki ke dunia ebiz ini. Produk yang saya maksudkan itu ialah Pakej WEB JUALAN 2.0 yang sebelum ini dikenali sebagai Affiliate & Autoresponder - Panduan Lengkap Membina Laman Web Jualan. Pakej Web Jualan yang telah dinaik-tarafkan ke versi 2.0 ini adalah lebih dinamik dan lengkap pada pandangan saya le……..lagi pun pulak harganya adalah berpatutan. :)

Pada awal pembabitan saya dalam dunia ebiz ini, pakej ini salah satu produk yang teeeeerrrrrsangat membantu saya di dalam proses untuk membina laman web terutama sekali dalam pemasangan sistem Autoresponder pada minisite saya. Sehinggalah ke hari ini saya masih lagi menjadikan ebook panduan yang ditulis oleh Saudara Amirol ini sebagai rujukan utama, terutama jika memerlukan kepada pemasangan baru.

Dalam proses saya untuk membina perniagaan internet, saya telah membeli dan merujuk kepada beberapa buah ebook yang bagi saya cukup besar manfaatnya di dalam membantu saya untuk membina perniagaan internet ini. Namun tulisan saya kali ini hanya menjuruskan kepada kupasan ringkas tentang PAKEJ WEB JUALAN 2.0 ini sahaja. Bagi Newbie atau mereka yang ingin menceburi bidang ebiz, perkara pertama yang seharusnya mereka miliki antaranya ialah mendapatkan Pakej ini, tambahan pula harganya adalah berpatutan atau mampu dimiliki oleh semua golongan.

Baiklah, pakej Web Jualan 2.0 ditulis oleh Saudara Amirol. Kalau anda nak tahu pakej ini bukan sekadar ebook semata-mata bahkan lebih daripada itu. Pakej Web Jualan 2.0 ini telah membantu saya membina Autoresponder percuma untuk laman web pertama dan kedua saya iaitu Pustakailmu.com dan Koleksiterkini.com, di dalam proses untuk mengumpul Subscriber sebelum saya menggunakan Autoresponder berbayar iaitu Getresponse. Berpandukan kepada ebook inilah saya telah berjaya untuk memasang sendiri sistem autoresponder ke website-website saya tersebut tidak sampai satu hari pun. Jika terdapat beberapa masalah yang timbul sewaktu proses pemasangan tersebut saya telah ajukan pertanyaan kepada Saudara Amirol dan dengan segera beliau akan menjawab atau membantu saya menyelesaikan permasalahan yang dihadapi tersebut. Dan tidak sampai satu hari saya telah mempunyai website yang dilengkapi Autoresponder yang berjaya mengumpul subscriber saya sendiri.
Pakej ini juga telah membantu saya memasang sistem Affiliate saya sendiri pada Website saya yang seterusnya iaitu pada laman Web Tools II : Special Edition tanpa menghadapi masalah yang serius. Begitu juga pemasangan Contact Form atau Borang Hubungi Kami dan borang pengesahan pembelian semuanya berjaya saya bina hanya berpandukan pada pakej ini sahaja. Saudara Amirol telah berjaya menerangkan setiap langkah dengan gaya bahasa yang mudah untuk difahami, dan setiap panduan dijelaskan secara terperinci. Bagi yang tidak mempunyai latarbelakang IT ……….. anda tidak perlu risau kerana pakej ini sememangnya mudah untuk difahami. Anda boleh melihat sendiri laman web saya seperti Web Tools II : Special Edition yang terhasil dari panduan ebook Pakej Web Jualan ini, melainkan sistem Autoresponder kerana saya telah pun menggunakan Autoresponder berbayar, tetapi sebelum itu saya juga menggunakan yang free hasil dari Autoresponder percuma saudara Amirol ini juga

Sila klik untu ke laman www.websitejualan.com

Pakej Web Jualan 2.0 yang baru je dilancarkan ni……bagi saya lebih ‘powerful‘ dari sudut penerangan, susunan panduan, script dan bonus yang disertakan di dalam pakej ini. Nampaknya Amirol telah mengemaskinikan pakej hebat beliau ini…..syabas, Amirol! Ini bagi memastikan agar individu yang ingin berjinak-jinak atau yang tidak ada pengalaman dalam dunia Internet mengikuti setiap langkah yang diterangkannya secara mudah. Saya amat syorkan ebook Pakej Web Jualan 2.0 ini jika anda sekarang ini sedang mencari jalan untuk memulakan perniagaan di internet secara ‘part-time’ atau Full-Time dan ingin menjana wang sampingan yang berterusan tanpa perlu mengeluarkan belanja modal yang besar…… maka ini adalah pilihan utama anda!

Jika anda berhasrat untuk memiliki sebuah laman web jualan yang mampu memasarkan produk - produk anda kepada lebih 10 juta pengguna internet di Malaysia maka Pakej Web Jualan 2.0 juga adalah pilihan anda.

Secara ringkasnya saya ceritakan apakah yang terkandung di dalam Pakej Web Jualan 2.0 ini :

  1. Anda akan diajar membina laman web jualan (minisite) sama seperti laman web jualan saya (Web Tools I & II dsb). Minisite adalah konsep laman web yang popular masa kini dan amat sesuai untuk membuat jualan sesuatu produk khusus
  2. Anda akan diajar membuat design banner dan background bagi menghiasi laman web anda sekaligus mencantikkannya.
  3. Anda juga akan diajar memasang sistem autoresponder bagi membina mailling list serta melakukan tugas follow up secara automatik. (Sistem autoresponder amat penting untuk seseorang usahawan internet dalam meningkatkan hasil jualan produknya melalui hasil follow up yang dilakukan.)
  4. Anda akan diajar memasang BORANG PESANAN supaya anda boleh mengambil tempahan secara online menerusi laman web anda. Memasang Order Form atau borang pesanan ini pada website adalah amat penting kerana akan memudahkan pelawat membuat order pembelian produk anda dan sekaligus memudahkan anda untuk menyemak butiran order yang dihantar oleh pembeli
  5. Anda akan diajar memasang sistem Affiliate untuk meningkatkan promosi dan penjualan produk anda. Sistem Affiliate membantu anda untuk memasarkan produk anda melalui agen yang berdaftar atau membantu anda untuk mendapatkan sekumpulan “kakitangan pekerja” yang digelar sebagai “affiliate marketers” yang akan melakukan promosi dan pemasaran terhadap produk anda.
  6. Anda akan diajar untuk memasang sistem Contact Us atau borang hubungi kami atau ruangan bantuan/support. Ini bagi memudahkan para pelanggan menghubungi anda iaitu dengan mudah secara terus dari website anda.
  7. Anda juga akan diberikan tunjuk ajar dan tips untuk mendapatkan hosting dan domain anda.
  8. Anda akan diajar bagaimana untuk mengupload laman web anda, membuat subdomain, menginstall pelbagai macam script secara automatik!
  9. Pelbagai tips mudah disertakan bagi memudahkan anda untuk mengendalikan laman web, promosi dan sebagainya.
  10. 3 Video Tutorial dari Saudara Amirol

Jika anda ingin mengetahui isi kandungan Pakej Web Jualan 2.0, anda boleh mendapatkan preview Pakej ini di imej

Bagi anda yang ingin menceburi bidang Perniagaan Internet dan tidak mempunyai pengetahuan tentang pembinaan website dan sebagainya maka Pakej ini amat sesuai sekali, tambahan pula harganya adalah berpatutan terutama bagi anda yang mempunyai budget yang terhad. Pakej yang akan mengajar anda pelbagai jenis panduan untuk membina laman web jualan anda. Perlu anda ingat….jika anda mengupah webmaster untuk membina website anda, sekurang - kurangnya anda terpaksa mengeluarkan budget sekitar RM400.00, dengan harga sebanyak itu anda hanya mendapat laman web jualan yang ringkas sahaja belum lagi dikira caj-caj yang dikenakan jika anda ingin menokok tambah pelbagai fungsi lain. Sudah tentu harga semakin bertambah!!! Maka lebih baik bagi anda berjimat cermat dengan membina sendiri laman web perniagaan anda kerana proses pembinaan tersebut tidaklah sesukar mana pun. Betul tu…….!

Sila klik untu ke laman www.websitejualan.com

Ok, bertemu lagi kita lain waktu ……terima kasih

Popularity: 27% [?]

KONSEP KEUSAHAWANAN ISLAM

Tazkirah June 22nd, 2007

Assalamualaikum / Salam sejahtera,

Para sahabat yang dikasihi sekalian, rasa-rasanya sudah lama kita tidak berjumpa dalam Tazkirah Jumaat ni, hari ini baru ada kesempatan untuk kita berkongsi ilmu dan saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Dalam tulisan saya kali ini rasanya nak sentuh bab Usahawan Islam yang telah saya tulisan di post yg sebelum ini.

Perkara penting yang tidak boleh diketepikan dalam urusan perniagaan atau usaha untuk meneruskan kehidupan ini ialah REZEKI. Rezeki setiap manusia itu telah pun ditetapkan oleh Allah s.w.t sejak awal kejadian manusia lagi iaitu sewaktu berada di dalam kandungan ibu kita. Maka ketika ini Allah s.w.t telah pun menetapkan bagi manusia itu rezekinya, ajal mautnya, amalannya dan nasib buruk baiknya, sebagaimana yang dimaksudkan dalam sabda Rasulullah s.a.w :

“Bahawasanya sseorang itu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya sebagai Nutfah, kemudian menjadi ‘Alaqah selama 40 hari, kemudian menjadi Mudghah selama 40 hari pula, kemudian diutuskan oleh Allah akan malaikat, maka ditiupkannya roh dan disuruh tulis 4 perkara tentang rezekinya, ajalnya, amalannya, dan nasib buruk dan baiknya.” - Riwayat Bukhori dan Muslim

Berdasarkan kepada maksud hadis di atas maka dapat kita ketahui bahawa Rezeki itu telah Allah s.w.t tentukan sejak awal kejadian kita lagi, tetapi kita sebagai manusia sudah tentu tidak mengetahui tentang banyak atau sedikit rezeki itu, jenis-jenis rezeki atau mudah payah untuk kita mendapatkannya. Maka di sinilah timbulnya peranan usaha, dan kali ini saya ingin kaitkan di antara usaha dan usahawan dalam konteks Islam. Sebagai Usahawan Islam atau yang berminat untuk menjadi usahawan akan memikul tanggungjawab untuk mengamalkan sistem ekonomi Islam dengan sebenarnya sepertimana yang digariskan oleh syariat Islam itu sendiri. Islam tidak pernah sekali-kali memerintah umat Islam untuk menjatuhkan orang lain sama ada sesama Islam atau yang bukan Islam. Bahkan matlamat utama keusahawanan Islam itu adalah untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Aspek yang paling penting ialah ia dapat memelihara kebajikan semua pihak sama ada dari pihak pengurusan, pekerja atau pemilik harta.Sebenarnya topik yang saya hendak bincang dalam Tazkirah hari ini ialah kesinambungan dari tulisan saya sebelum ini iaitu USAHAWAN ISLAM . Kali ini apa kata kita tengok pula usahawan ini dari segi KONSEP nya pula. Beberapa konsep kegiatan ekonomi yang perlu dijadikan sebagai satu asas atau pokok bagi setiap pengusaha dan peniaga untuk menjalankan perniagaannya yang berlandaskan syariah Islam.

1- Konsep Tauhid,Rububiyah dan Tazkiyah

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Dia menghasilkan dengan hujan itu segala jenis buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Kerana itu,janganlah kamu menyekutukan Allah.” Al-Baqarah 22

  • TAUHID adalah perkara asas yang wajib ada dalam kehidupan kita sebagai Muslim dan wajib diamalkan dalam setiap bidang kehidupan Muslim itu sendiri. Konsep ini merangkumi hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t dan juga hubungan manusia dengan manusia. Individu Muslim hendaklah memelihara akidah masing-masing atau saudara seagama dari penyelewengan musuh-musuh Islam dan menghindari diri dari penganiayaan sesama manusia.
  • RUBUBIYAH dalam bidang ekonomi pula ialah bermaksud kita mengakui bahawa sifat-sifat Allah s.w.t itu sebagai pengusaha yang mencipta peraturan bagi menyusun rezeki dan kegiatan ekonomi manusia yan menjuruskan ke arah kesempurnaan dan demi kepentingan yang sebenar.
  • TAZKIYAH pula ialah pembentukkan jiwa yang suci bersih dan pembinaan akhlak yang mulia (Mahmudah). Penyucian hati ini amat penting dalam hubungan dengan Allah s.w.t, manusia dan alam. Bukankah Allah s.w.t mengutus rasul itu untuk membersihkan hati manusia. Tahukah sahabat-sahabat sekalian bahawa harta yang kita perolehi dari perniagaan juga boleh dibersihkan? Ya, melalui ZAKAT dan SEDEKAH.


2- Konsep Pencipta dan Pemilik

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Kepunyaan Allah jua kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara kedua-duanya. Dia mencipta apa yang dikehendakiNya.” Al-Maidah 17

Kita mesti menanamkan konsep ini di dalam jiwa dan fikiran kita bahawa Allah s.w.t itu jualah Pemilik MUTLAK terhadap segala ciptaan-Nya. Segala hasil kekayaan, harta dan sumber-sumber di bumi adalah hanya milik-Nya. Manusia diciptakan-Nya sebagai KHALIFAH di muka bumi dan telah diamanah dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mengurus semua hasil di bumi ini secara baik dan hak, dan mereka akan dipersoalkan-Nya di akhirat kelak kerana pemilik Mutlak itu adalah Allah s.w.t bukannya manusia.

3- Konsep Hak milik

Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud : “Kemudian kami pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan yang kamu megah-megahkan (di dunia)” At-Takasur 8

Sebenarnya hak milik dalam Islam ini terbahagi kepada dua iaitu :

  1. Hak milik Khusus
  2. Hak milik Awam

Dan konsep pemilikan dalam Islam itu adalah terbatas disamping keperluannya hendaklah menepati kehendak syariat Islam. Secara umum dan ringkasnya saya boleh simpulkan di sini ialah Hak Milik Khusus itu adalah Hak Milik Persendirian. Islam memerintahkan kita agar menghormatinya dan bukan menggunakan penganiayaan. Islam juga melarang keras terhadap sebarang pencerobohan dan penganiayaann terhadap Hak Milik Khusus ini. Pemilikan harta yang melampau juga dilarang oleh Islam yang boleh membawa manusia itu kepada kelalaian dan mendorong mereka untuk menderhaka kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Jangan, sesungguhnya manusia itu bertindak melampaui batas. Disebabkan dia merasa dirinya serba cukup.” - Al-’Alaq 6-7

Miskin dan fakir juga boleh membawa manusia itu kepada kemelaratan, kehinaan dan akhirnya kekufuran. Sabda Rasululla s.a.w yang bermaksud : “Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran.”

Hak Milik Khusus ini boleh diperolehi melalui jalan perniagaan atau keusahawanan, pewarisan, wasiat, pemberian dan sebagainya.

Hak Milik Awam pula ialah harta yang dikhaskan bagi kepentingan awam atau masyarakat seperti jalanraya, sungai, padang dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Semua orang Islam itu berkongsi dalam 3 perkara iaitu air, rumput dan api.” -Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Hak Milik Awam ini diuruskan oleh pemerintah dan pengurusan hak milik awam ini juga sudah tentu hendaklah menepati syariah dan tidak boleh mengambilnya tanpa sebarang alasan yang munasabah.

4- Konsep Keadilan, Keseimbangan dan Kesaksamaan

Firman Allah s.w.t yang bemaksud : “Berlakulah adil, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” -Al-Maidah 8
Firman-Nya lagi : “…supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu.” Al-Hasyr 7

Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika berlaku sebaliknya iaitu tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya maka ini dikatakan Zalim. Keadilan ini harus dititik-beratkan oleh Usahawan Muslim kerana adil itu wajib dilaksanakan pada setiap peringkat ekonomi dan urusniaga. Apabila seseorang peniaga itu menjalankan kegiatan perniagaan di samping mendapat keuntungan, mereka juga mampu untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat seperti menawarkan keperluan yang banyak, harga yang berpatutan, kualiti terjamin serta mengeluarkan zakat. Hal ini akan lebih menyumbangkan agihan kekayaan dalam masyarakat.

5- Konsep Amalan Manfaat dan Mudarat

Firman Allah s.w.t : “Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” Al-Baqarah 275

Secara asasnya sesuatu itu adalah halal selagi mana tidak terdapat Nas yang mengharamkannya. Allah s.w.t akan melarang sesuatu itu jika memudaratkan diri atau menganggu kepentingan orang ramai, dan hal sebegini adalah haram dan wajib dihindarkan. Begitu juga jika sebaliknya iaitu setiap perkara yang tidak memberikan sebarang kemudaratan adalah dibolehkan apatah lagi yang memberikan manfaat.Islam itu mengharamkan amalan ekonomi yang batil yang merangkumi kegiatan pengunaan dan pengeluaran, termasuklah segara kegiatan yang diharamkan secara Nas Qat’ie seperti riba, judi, pelacuran, peras-ugut, monopoli, menyorok barang keperluan, melakukan kerosakan, merbahaya dan menganggu keselamatan sama ada berbentuk fizikal dan mental. Kita juga diperintahkan oleh Allah s.w.t dalam urusan ekonomi ini seperti mengeluarkan zakat, nafkah, silaturrahim dan sebagainya.Seseorang Muslim yang mahu meuhi keperluan hidupnya diwajibkan bergiat dalam lapangan ekonomi dengan menjalankan kegiatannya secara halal.

Ini termasuklah :

  1. Melaksanakan amalan ekonomi yang hak dan menepati syarak
  2. Menjaga kebersihan dan kesucian barang seperti menghindari dari busuk, buruk, najis atau yang memudaratkan
  3. Bersederhana dengan menjauhi sifat-sifat boros, membazir dan tidak kedekut
  4. Menjaga aspek kerohanian iaitu berakhlak baik dan menjaga keimanan
  5. Menjaga kemanfaatan serta kemaslahatan anugerah Allah s.w.t supaya dapat semua orang dapat merasainya 6- Konsep Peranan Pemerintah

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, : “Wahai, orang-orang yang beriman, taatilah perintah Allah dan taatilah perintah Rasul dan ketua-ketua kamu.” An-Nisa’ 59

Pemerintah mempunyai tugas yang amat penting di dalam menguruskan perjalanan ekonomi Islam.

Rasanya setakat ini dulu perkongsian ilmu tentang keusahawanan, semoga ianya memberikan manfaat bagi kita bersama, Insya-Allah.

Popularity: 42% [?]

Bantu Saudara Kita Ini…..!

Pengumuman June 19th, 2007

Assalamualaikum /Salamsejahtera,

Terus-terang saya katakan bahawa saya tidak mengetahui kesusahan yang menimpa sahabat kita ini, walaupun saya mengetahui beliau seorang OKU. Namun keperihatinan beberapa rakan ebiz seperti SihatSokmo, Alang dan Mohd Sufian telah menggerakkan hati saya ini untuk membantu beliau yang benar-benar memerlukan bantuan kita. Beliau ialah saudara kita Badruzamani bin Azmi. Badruzamani adalah seorang OKU, lumpuh dari pinggang ke bawah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1995. Anda boleh membaca luahan suara hatinya yang ditulis di blognya :

Nama saya Badruzamani Bin Azmi. Dilahirkan pada 26 Mei 1976 di Batas Liku Arau, Perlis. Saya merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Saya mula menulis blog sejak Jun 2006. Blog ini merupakan blog ketiga saya dan merupakan blog pertama saya yang menggunakan WordPress. Saya mula mengenali HTML sejak tahun 1999 dan mula serius membeli hosting berbayar pada Ogos 2006 apabila laman web saya di hosting percuma mengalami pelbagai masalah teknikal.

Pada tahun 1995, saya terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Ketika itu, saya sedang menuntut dalam jurusan Sijil Elektrik Kuasa di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’adzam Syah(POLIMAS), Jitra. Sebelum kecelakaan itu, saya dalam perjalanan pulang dari melawat bekas guru saya di Sekolah Menengah Vokasional Arau pada pagi 30 April 1995.

Akibat kecelakaan itu, saya mengalami patah tulang belakang dan disahkan oleh doktor, lumpuh kekal dari paras pinggang ke bawah. Tulang bahu kanan saya pernah patah. Hampir 2 tahun, saya berada di Hospital Pulau Pinang sebelum saya mampu menulis semula. Kini kecederaan saya di bahu sudah sembuh sepenuhnya.

Tetapi, akibat terbaring terlalu lama di atas katil hospital dan tidak dapat bergerak dalam tempoh yang lama kerana patah tulang belakang, kulit belakang saya melecet dan lebam yang sangat teruk. Jadi, doktor telah buang kesan lebam itu dan menyebabkan ‘luka besar’ (bedsore) yang sukar sembuh sehingga sekarang. Oleh kerana di bahagian luka itu, saya tidak merasa sakit (sebab patah tulang belakang / lumpuh), jadi tidaklah ‘meraung’ setiap hari. Namun kos untuk membeli seperti kapas, pampers, kain gauze, ubat / krim aloe vera dan sebagainya, memerlukan kos yang banyak setiap bulan.

Namun saya cuba untuk berjimat dan berusaha sejak tahun lepas untuk menambah pendapatan melalui laman blog saya Badruzamani.Org dan laman RahsiaNiaga.Com . Saya cuba menyakinkan diri saya bahawa untuk berjaya perlu ada usaha, selalu berdoa, kena ada ilmu dan akhir sekali bertawakal kepada Allah dengan penuh sabar dan tabah. Itulah yang saya ‘pegang’ sebelum ini.

Tetapi, bila saya lihat akaun Maybank saya pada 30 Mei 2007 hanya tinggal RM 1.33, sedangkan ubat untuk luka dan kain gauze sudah habis, bil Streamyx dan bil telefon belum dijelaskan lagi dan gas memasak dah habis, saya pening kepala. Bolehkah saya bersabar lagi?

Luahan hati dari seorang blogger

Jika anda prihatin dan kasihan dengan masalah saya sekarang, bantulah seikhlas anda. Saya harap bantuan anda sekalian. Walaupun tak banyak yang mampu anda beri, saya tetap menghargai sumbangan anda. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda sekalian. Amin…

Sila salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Al - Wadiah saya bernombor : 162021342824.

Terima kasih banyak - banyak kepada anda semua yang sudi membantu saya. Semoga Allah murahkan rezeki anda sekalian. Amin…

Yang benar,

Badruzamani Bin Azmi

Badruzamani Bin Azmi,
1, Lorong Machang 4,
Taman Machang Manis,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

Renungilah maksud firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas kurniaan-Nya lagi meliputi ilmu-Nya.” - Al-Baqarah 261

Renungilah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Dua akhlak yang sangat dicintai oleh Allah s.w.t, iaitu akhklak yang baik dan dermawan, dan dua akhlak yang amat dibenci oleh Allah s.w.t ialah buruk akhlak dan kedekut. Jika sekiranya Allah inginkan kebaikan pada seseorang itu, Dia akan mempergunakan dia untuk memenuhi hajat keperluan manusia.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud :

“Seseungguhnya orang yang dermawan itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia, dekat dengan syurga dan jauh dari neraka. Dan sesungguhnya kedekut itu (menjadikan seseorang itu) jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari syurga dan dekat dengan neraka. Seseorang bodoh yang dermawan itu lebih dicintai oleh Allah daripada seorang alim yang kedekut, dan seberat-berat penyakit ialah kedekut.”

Oleh itu sama-samalah membantu rakan kita ini sekadar yang termampu, bagi yang tidak berkemampuan bolehlah mendoakan kesejahteraannya di dunia dan akhirat. AMIN!

Bagi yang ingin mengiklankan sebarang bentuk iklan produk-produk anda, boleh ke blog saudara Badruzamani  untuk menempah iklan. Ini juga merupakan salah satu bantuan yang boleh anda sumbangkan.

Popularity: 18% [?]

Polisi Terbaru E*TRADE bagi orang Asia…!!!

Umum June 19th, 2007

Assalamualaikum / Salamsejahtera

Menurut email dari Matt Ng E*Trade telah mengeluarkan polisi terkini bagi permohonan akaun baru mereka iaitu mereka tidak lagi membenarkan permohonan dari Asia untuk membuka akaun US. Semua permohonana baru dari Asia akan beralamatkan cawangan mereka di Hong Kong. Ini bermakna cawangan E*Trade di Hong Kong akan menguruskan semua akaun baru dari Asia dan tidak lagi di US seperti sebelum ini.

Matt Ng berpendapat mungkin sebab utama mereka memindahakan operasi bagi Akaun dari Asia kerana E*Trade mendapati ramai yang membuka akaun mereka kerana semata-mata untuk Paypal bukan untuk urusan pelaburan atau stock. kerana mungkin merugikan mereka. Selepas ini, bagi mereka yang ingin membuka akaun E*Trade akan memiliki akaun yang beralamatkan di Hong Kong bukan lagi di US.

Seperti yang kita telah maklumi bahawa polisi untuk mengeluarkan wang dari Paypal bagi pemegang akaun Paypal dari Malaysia ialah hendaklah memiliki akaun bank di US terlebih dahulu. Maka dengan keluarnya polisi terbaru dari E*Trade ini maka sudah tentu tidak berguna lagi untuk kita membuka akaun di E*Trade (bagi yang berhasrat untuk membukanya), kerana pemohon-pemohon baru bagi akaun E*Trade akan beralamatkan di Hong Kong bukan lagi di US.

Kesimpulannya menurut Matt Ng, bagi yang berhasrat untuk membuka akaun E*Trade, dia mengsyorkan agar membatalkan hasrat tersebut kerana akaun bank yang diperlukan untuk mengeluarkan wang dari Paypal ialah akaun bank di US bukan yang beralamat di Hong Kong.

Polisi terbaru E*Trade ini hanya untuk permohonan baru bukan bagi pemegang akaun yang sedia ada (Fuhh, ..nasib baik!) Bagi pemegang akaun E*Trade yang lama, tiada berlaku sebarang perubahan dan alamat mereka tetap di Bank US New York, polisi ini hanya untuk permohonan baru sahaja. Namun bagi pemegang akaun E*Trade yang lama hendaklah memastikan agar akaun mereka sentiasa mempunyai wang, ini bagi memastikan agar akaun mereka tidak dipindahkan ke cawangan mereka di Hong Kong atau akaun kita di tutup oleh pihak E*Trade.

Berita yang mendukacitakan bagi mereka yang ingin membuka akaun E*Trade, semoga Matt Ng akan mencari alternatif lain bagi pemilik Paypal dari Malaysia untuk membuka akaun di US. Beliau juga kemungkinan besar akan menghentikan pengeluarkan ebooknya “How To Withdraw Money From PayPal in Malaysia?” kerana baginya sudah tidak relevan lagi sekarang ini dengan polisi akaun baru dari E*Trade tersebut.

Semoga maklumat ini berguna untuk anda…. :)

Popularity: 15% [?]

Temuramah Eksklusif Bersama Bitol..!

Umum June 16th, 2007

Assalamualaikum / Salamsejahtera,

Apa khabar anda semua? Kali ini saya ingin berkongsi sebuah Interview menarik di antara Gobala dengan Hafiz atau lebih dikenali sebagai Bitol. Beliau digelar oleh Gobala sebagai “The Amazing Virus” kerana keupayaan beliau mengumpul lebih dari 3,000 orang Subscriber baru dalam masa sebulan sahaja!!!, Mengkagumkan, betul tak? Bagaimana agaknya tu…? Nak tahu rahsianya…? Sila baca lagi ye …….:)

Jadi Gobala cuba untuk mencungkil beberapa tips dan rahsia dari Bitol untuk dikongsi bersama-sama kita. Ada sesiapa tak kenal mereka berdua? Kalau tak kenal, …..bermakna tak cukup syarat kita menceburi dunia Perniagaan Internet ini…. :)

Di dalam interview tersebut saudara Bitol telah sudi untuk berkongsi pengalaman dengan menceritakan kepada kita bagaimana beliau berjaya memperolehi 3,000 subscribers dalam masa sebulan (sekarang sudah tentu semakin bertambah berlipat-kali ganda) dan beliau juga menjelaskan beberapa lagi idea dan tips untuk menjalankan perniagaan Internet. Jadi bagi anda yang ingin menambahkan lagi ilmu tentang Perniagaan Internet ini, sila dapatkan Interview ini, berbaloi anda memilikinya.

DI dalam interview ini, anda akan perolehi dan mempelajari perkara-perkara penting seperti berikut :

  1. Bagaimana Bitol telah membina satu mailing list yang besar, iaitu bermula dari sebuah website membership percuma yang menawarkan tempalate-template atau rekabentuk laman web dan penerangan atau tutorial.
  2. Beliau menceritakan bagaimana beliau melaksanakan takktik-taktik “Viral Marketing” atau Pemasaran Viral bagi mendapatkan pelanggan yang dapat mempromosikan websitenya
  3. Beliau menerangkan cara yang betul untuk mempromosi produk-produk “Affiliate” kepada senarai email atau Email List anda dan sekaligus membuat jualan dengan mudah
  4. Bagaimana hendak mengenal-pasti apa yang dikehendaki oleh seseorang pelanggan atau Subscriber, dan beliau juga akan menerangkan perisian PERCUMA yang boleh anda gunakan untuk membanci apa yang dikehendaki oleh para pelanggan kita…..
  5. Nasihat beliau pada pengemar program Affiliate di Malaysia

Harga Istimewa Interview ini diberikan kepada SUBSCRIBER kami iaitu RM?……! tetapi terhad kepada 30 orang subscriber sahaja. Nak tahu berapa harganya? Bagi Subscriber Alhusna Gallery, kami telah menghantar email kepada anda, dan bagi yang tidak menerima email tawaran kami tersebut, sila emailkan kepada kami epustaka@gmail.com seberapa segera untuk kami maklumkan maklumat tentang Tawaran Istimewa tersebut. Lebih cepat lebih bagus kerana harga Offer ini terhad kepada 30 orang sahaja kerana selepas itu harga akan naik ke harga asal iaitu RM10

Harga sebenar interview ini ialah RM10, bagi yang berminat dengan Interview ini sila emailkan kepada kami untuk mengetahui maklumat selanjutnya. Sebelum itu anda seharusnya mengetahui apakah yang anda akan perolehi dengan RM10 ini? Anda akan dapat :

a) MP3 interview Hafiz Latib dan Gobala Krishnan
b) E-book interview Hafiz Latib dan Gobala Krishnan (BM dan English)

Tak rugi anda memiliki Interview dari salah seorang Internet Marketer yang terkenal dengan ebook ‘Alternatif Paypal di Malaysia ini, beliau sudi untuk berkongsi dengan kita dan mengajar pula salah satu cara untuk berjaya dalam Perniagaan Internet ini,dapatkannya sekarang!!! Ok bertemu lagi….

Popularity: 14% [?]


 Powered by Max Banner Ads