Hiasi Website Anda & Jadikannya Unik!
Powered by MaxBlogPress 

 Powered by Max Banner Ads 

TAWARAN AKAN TAMAT!

Pengumuman August 31st, 2007

Assalamualaikum,

Tawaran istimewa untuk AMAZING eCOVER akan tamat pada pukul 12.00 malam ini, dan dengan ini bermakna bahawa tepat jam 12 malam ini AMAZING eCOVER akan dilancarkan secara rasmi.

Bagi anda (subscriber) yang ingin mendapatkan tawaran ini boleh berbuat demikian sebelum jam 12 malam ini, kerana selepas itu harga AMAZING eCOVER akan kembali kepada harga asal.

Bagi anda yang telah membeli pakej AMAZING eCOVER ini, saya mengharapkan anda berpuas-hati dan terima kasih diucapkan atas kepercayaan anda tersebut. Saya telah pun sedaya upaya berusaha agar produk ini mampu untuk membuat anda berpuas-hati dan berbaloi memilikinya. Insya-Allah saya akan terus berusaha untuk membaiki / upgrade produk ini agar lebih mantap dan profesional.

Terima Kasih

Popularity: 11% [?]

SIFAT MUNAFIK

Tazkirah August 31st, 2007

Assalamualaikum,

Sifat-sifat Munafiq merupakan himpunan sifat-sifat Mazmumah yang wajib kita jauhi sebagai seorang Muslim, kerana balasannya nanti adalah seksaan yang pedih di akhirat kelak. Hal ini disebutkan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran pada beberapa tempat antaranya di dalam Surah At-Taubah ayat 67.

“Orang-orang yang Munafiq lelaki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama. Mereka menyuruh membuat perkara mungkar dan melarang membuat amal ma’ruf dan mereka mengenggamkan tangannya (iaitu bersifat kedekut dalam kebajikan) mereka telah melupakan (perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasiq”
Jika kita perhatikan pada ayat tersebut Allah s.w.t telah hanya menyebut sifat-sifat seorang Munafik tetapi tidak pula menyebut nama orang-orang munafik tersebut, kenapa agaknya? Ini kerana orang-orang Munafik tersebut akan mati dan meninggalkan segala-galanya di atas muka bumi ini, tetapi sifat-sifat munafik yang ada di dalam diri mereka tersebut tidak mati malah ia akan terus hidup dan wujud sepanjang masa dan zaman serta di merata tempat di dunia ini.
Ayat ini memberi peringatan kepada kita agar orang-orang yang beriman agar tidak bersifat dengan sifat-sifat munafik ini serta berusaha untuk menjauhinya dan orang golongan mukmin mestilah sentiasa berhati-hati dengan orang-orang yang bersifat munafik ini. Baiklah, apakah sifat-sifat munafik tersebut? Di dalam ayat di atas Allah s.w.t telah menyebut “Mereka menyuruh membuat perkara mungkar dan melarang membuat amal ma’ruf”, ayat ini menjelaskan secara umum tentang sifat-sifat munafik tersebut yang boleh kita bahagikan kepada empat perkara :

  1. Mengajak orang lain melakukan perbuatan maksiat / mungkar tanpa ada ada perasaan malu atau segan dengan perbuatan, perkataan dan akhlak mereka, Bahkan bermegah pula dapat melakukannya di depan orang ramai.
  2. Hari merasa girang dan gembira melihat orang lain melakukan maksiat/mungkar tanpa ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk menghalang perbuatan mungkar tersebut dari berterusan berlakunya.
  3. Mewujudkan tempat-tempat maksiat / mungkar, bahkan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghebahkan kepada orang ramai dan menggalakkan mereka untuk mengunjunginya.
  4. Menghalang orang lain dari melakukan kebajikan atau perbuatan amal maaruf dan tidak merasa senang melihat perbuatan baik tersebut mendapat perhatian masyarakat secara berterusan.

Rasulullah s.a.w ada bersabda mengenai hal ini yang bermaksud : “Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia mendapat pahala seperti orang yang melakukan kebaikan dan sesiapa yang mendorong satu jalan ke arah kejahatan maka dia memperolehi balasan sebagaimana orang-orang yang melakukan kejahatan tersebut.”

Di penghunjung ayat tersebut Allah s.w.t telah menjelaskan kepada kita salah satu sifat mereka dan kesudahan orang-orang munafik ini :

“… mereka mengenggamkan tangannya (iaitu bersifat kedekut dalam kebajikan), mereka telah melupakan (perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasiq”

Manakala yang dimaksudkan dengan “mengenggam tangan” itu ialah orang-orang munafik ini bersifat kedekut di dalam membelanjakan harta benda mereka pada jalan kebajikan, lebih-lebih lagi jika ia untuk tujuan meninggikan kalimah Allah s.w.t. Mereka hanya akan membelanjakan harta mereka pada jalan kejahatan atau untuk menunjuk-nunjuk (riya’) kepada manusia bukan untuk mencari keredaan Allah s.w.t. Allah s.w.t telah menyediakan neraka sebagai tempat bagi orang munafik ini bersama-sama dengan orang kafir dan mereka akan mendapat azab yang pedih dan mereka tergolong dari golongan orang-orang yang rugi di dunia dan di akhirat.Kehidupan mereka ini terkeluar dan menyeleweng dari landasan keimanan dan ketakwaan, Allah s.w.t telah menyediakan tempat kembalinya mereka ini ialah seperti orang-orang kafir.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : ” Allah mengancam orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka jahannam. Mereka kekal di dalamnya.”

Demikianlah tadi sedikit kupasan tentang sifat-sifat yang wajib kita jauhi agar kita terselamat dari janji buruk Allah s.w.t kelak, sifat-sifat sebegini hidup subur di akhir zaman ini malah dapat dilihat ia dilakukan secara terang-terangan tanpa rasa segan atau malu. Malah sifat-sifat khusus munafik seperti bercakap dusta, khianat janji, melampau apabila berbalah, tidak amanah dan sebagainya seakan-akan menjadi sifat wajib yang perlu ada di dalam diri kita jika ingin hidup di alaf baru ini. Bersama-sama kita berdoa dan berusaha untuk menghindari sifat-sifat tersebut agar kehidupan kita di akhirat kelak tidak diletakkan bersama-sama orang kafir, wal ‘iyazubillah

Terima Kasih

Popularity: 20% [?]

TAWARAN TINGGAL 2 HARI!!!

Pengumuman August 29th, 2007

Assalamualaikum,

Di sini saya ingin maklumkan TAWARAN ISTIMEWA VIP & VVIP untuk AMAZING eCOVER bagi subscriber Alhusna Gallery hanya tinggal 2 hari sahaja lagi, dan tawaran ini akan tamat pada hari Jumaat, 31 Ogos 2007 tepat jam 12.00 malam. Oleh itu apabila tawaran istimewa sudah tamat maka pelancaran AMAZING eCOVER secara rasmi akan dilancarkan, Insya-Allah pada hari Sabtu nanti.

Bagi subscriber Alhusna Gallery yang masih tidak mengetahui tentang tawaran istimewa ini, anda boleh memeriksa email tawaran istimewa ini di dalam Inbox anda atau pada bahagian Spam, kerana mungkin email tersasar ke dalam tu. Jika anda tidak menerima email tawaran tersebut, sila maklumkan kepada kami seberapa segera.

Tawaran tinggal lagi 2 hari!!! Rugi tak dapatkan AMAZING eCOVER ni dengan harga yang lebih rendah dari harga asal tu …. :)

Popularity: 12% [?]

FAKTA YANG MENARIK 2

Fakta August 29th, 2007

Assalamualaikum,

Jenis-jenis Ketagihan Internet

Menurut satu sumber kajian Center For Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan yang diketemui pada mereka yang melayari internet ini, ia telah diklasifikasikan kepada lima kategori utama iaitu :

  1. Ketagihan mendapatkan maklumat - Ia merujuk kepada individu yang menggunakan Internet ini untuk mencari sesuatu informasi atau bahan ilmiah secara berlebihan
  2. Ketagihan Menggunakan komputer - Ketagihan ini disandarkan kepada individu yang menggunakan komputer secara berlebihan terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan gamers (extreme)
  3. Ketagihan bahagian-bahagian tertentu dalam lingkungan Internet - Iaitu individu yang gemar melayari bahagian-bahagian tertentu dalam Internet seperti perjudian, game online, lelong, handphone, komputer, perisian dan sebagainya.
  4. Ketagihan Perhubungan Cyber - Iaitu merujuk kepada individu yang gemar berkawan atau menjalinkan persahabatan secara online menerusi bilik sembang samada melalui ICQ, IRC, forum dan sebagainya.
  5. Ketagihan Seksual (bahaya ni :) - Sudah tentu ia merujuk kepada golongan “giler seks” yang suka atau amat menggemari meneroka laman-laman pornoi atau ruangan chatting atau forum yang berbincang hal-hal seksualiti ini secara terbuka.

Simpton-simpton bagi individu yang mengalami ketagihan

Berikut merupakan tanda atau simpton bagi mereka yang mengalami ketagihan internet ini :

  • Sentiasa aja kepala otak ni memikirkan tentang Internet, berkhayal tentang apa yang berlaku di dalam dunia Internet dan merasa rugi atau kecewa yang amat sangat sekiranya tidak menggunakannya.
  • Merasa gelisah atau tidak senang duduk sekiranya tidak menggunakan Internet
  • Sukar untuk berhenti dari menggunakan Internet walaupun setelah berjam-jam mengadap dan melayarinya
  • Mengalami gangguan “psikomotor” misalnya ada bahagian-bahagian tubuh kita yang terikut-ikut dengan perbuatan kita ketika kita melayari internet contohnya seperti jari kita yang bergerak seolah-olah kita sedang menekan keyboard atau mouse.

Kesan dari ketagihan Internet ini ialah mengalami tekanan perasaan serta kemurungan dan suka menyendiri disebabkan jarang bercampur-gaul dengan masyarakat dan kawan-kawan. Menurut Dr. Kimberly Young, pakar psikologi melalui hasil kajiannya mendapati bahawa pesakit IAD ini biasanya mengalami masalah yang sama seperti mereka yang mengalami penyakit ketagihan arak misalnya keruntuhan rumahtangga, kemerosotan pelajaran dan juga masalah sosial.

Amacam kawan-kawan? Adakah kita ini tergolong dari PENAGIH? :)

Sekian, Terima Kasih

Popularity: 51% [?]

VIDEO PERCUMA dot COM!!!

Video, Percuma August 27th, 2007

Assalamualaikum

Sahabat-sahabat sekalian kali ini saya akan memberitahu tentang satu lagi benda PERCUMA tetapi bermutu dan amat bernilai. Projek video percuma hasil usahasama Zamri Nanyan dan Mohd Sufian telah menghasilkan satu laman web yang akan memaparkan video tutorial secara percuma.

Projek yang bernilai tinggi ini mengandungi beberapa …..ops, rasanya lebih anda semua membacanya sendiri tentu lebih berpuas -hati …… ye tak? :) Anda boleh saksikan sendiri di:

Website VIDEO PERCUMA dot COM

Ianya benar-benar percuma! Sesetengah laman web mengenakan bayaran yang tinggi untuk mempelajari selok-belok pemasangan nama domain dan web hosting. Namun, di laman web Video Percuma ini, anda memang dapat menontonnya tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

Seperti yang kita ketahui bahawa untuk membina sesebuah video tutorial itu memerlukan kos yang tidak sedikit, sama ada dari sudut wang, masa, tenaga dan sebagainya. Namun mereka sanggup untuk memberikan kepada kita secara percuma sahaja!

Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Daftar sebagai ahli sekarang dan pelajari subjek yang penting di dalam perniagaan Internet ini sekarang! Saya tak tahu jika Zamri Nanyan dan Mohd Sufian akan mula mengenakan bayaran untuk menonton video tutorial mereka pada masa akan datang.

Tetapi, jika anda daftar pada hari ini, anda akan terus menjadi ahli percuma seumur hidup.

Jangan lepaskan peluang ini.

Lawati Website VIDEO PERCUMA dot COM

Popularity: 28% [?]

PAKEJ AMAZING eCOVER! TUNGGU KEMUNCULANNYA!!!

Pakej, Pengumuman August 26th, 2007

Assalamualaikum,

Kali ini saya ingin membuat pengumuman mengenai projek terbaru saya iaitu Pakej AMAZING eCOVER akan menemui anda tidak lama lagi. Insya-Allah kalau tidak ada aral dalam minggu ini saya akan usahakan untuk melancarkannya. Namun sebelum itu saya akan buka tawaran terlebih dahulu kepada para subscriber Alhusna Gallery (bagi yang beli daftar tu boleh berbuat demikian dengan segera untuk dapatkan harga VIP) selama 4 hari sebelum saya buka kepada umum. Sekarang dalam proses terakhir iaitu pengubahsuaian mana-mana yang kurang sesuai, dan test yang mana patut. :)
Secara ringkas saya akan terangkan di sini bahawa pakej AMAZING eCOVER ini ialah sebuah pakej untuk membina ecover dengan segera iaitu kurang dari 3 minit! Pelbagai ecover yang boleh anda bina dengan menggunakan action script ini seperti ecover bagi ebook, software box, ezine, membership pass, CD dan sebagainya. Pelbagai bonus menarik disediakan termasuk BONUS MERDEKA yang hanya terhad untuk 5 orang pembeli pertama sahaja! Baiklah rasanya tak perlu saya menulis panjang kat sin ye, sebab anda boleh membacanya sendiri apabila websitenya dilancarkan pada minggu ini, Insya-Allah.

Seperti biasa saya akan menyediakan produk ini dalam bentuk ‘downloadable‘ dan CD, CD AMAZING eCOVER ini disediakan bagi yang mempunyai masalah dengan line internet mereka kerana kapasiti AMAZING eCOVER ini ialah lebih kurang 560Mb!. Penghantaran CD ini menggunakan POS EKSPRES dan kos penghantaran adalah PERCUMA!

Harga tawaran akan diberikan hanya kepada 20 orang pembeli sahaja (sempena Merdeka) selepas itu harga akan dinaikkan tanpa kira bicara lagi! :) Jadi sentiasalah jengok di blog ini untuk mendapatkan perkembangan selanjutnya ye!

Popularity: 28% [?]

TANDA-TANDA HATI YANG MATI

Tazkirah August 24th, 2007

Assalamualaikum,

Sahabat-sahabat sekalian,
Hati merupakan suatu kurniaan Allah s.w.t yang sepatut kita syukuri dan menjaganya sebaik mungkin. Kurniaan dari Allah s.w.t ini kepada para makhluknya bukan hanya berfungsi sebagai salah satu dari organ terpenting di dalam tubuh kita saja yang mana fungsinya tentu menjaga kesihatan kita itu dari sudut jasmani. Tahukah anda bahawa hati mempunyai peranan yang tersangat penting dari sudut rohani? Sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w : …….

“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh itu ada seketul darah apabila ia elok maka eloklah keseluruhannya jika sekiranya rosak maka rosaklah keseluruhannya, iaitu HATI”

Oleh itu, apabila hati kita telah “mati” maka segala perbuatan maksiat atau jahat akan menjadi baik pada pandangan kita dan kita akan melupakan bahawa semua perbuatan maksiat dan jahat itu adalah perbuatan yang dicela dan dikeji oleh Allah s.w.t. Hati yang mati itu akan menghalang pandangan hati kita untuk melihat dan mematuhi segala perintah Allah s.w.t dan serta merasa senang hati apabila melakukan larangan-Nya. Al-Imam Ibnu ‘Athoillah Askandary ada berkata mengenai hati yang mati ini :

” Sebahagian daripada tanda-tanda kematian hati itu ialah tidak bimbang dan susah hati di atas sesuatu yang telah luput dari perintah dan suruhan Allah s.w.t pada manusia itu. Dan meninggalkan penyelesaian (tidak menyesal) di atas sesuatu perbuatan jahat yang telah dikerjakannya.”

Maka bagi orang yang sedang menuju dan mencari keredhaan Allah s.w.t atau mendekatkan diri kepada Allah s.w.t adalah disyaratkan agar hatinya sentiasa hidup, yang bermaksud denagan HIDUP di sini bukanlah hidup dalam bentuk jasmaniah atau hidup berdenyut atau fizikal tetapi bermaksud hidup dalam bentuk Maknawiah atau Rohani. Hati itu hidup dengan keimanan yang padu dan mantap dengan segala bentuk keimanan yang perlu kita pegangi sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Hati yang hidup dalam keimanan ini adalah hati yang sentiasa tersentuh, tidak senang duduk, risau, takut dan sebagainya apabila diri manusia itu melakukan perbuatan maksiat. Sekiranya manusia itu melaksanakan segala perintah Allah s.w.t maka hati tadi akan merasa tenang dan aman sekali, bahkan hati tersebut seakan-akan menjadi ketagih atau gian untuk melakukan amal soleh atau mengerjakan segala perintah Allah s.w.t tersebut.

Oleh itu apabila hati kita tidak merasa risau, bimbang, takut apabila kita melakukan perbuatan maksiat bahkan tidak sedar bahawa mereka melakukan perbuatan maksiat malah yang terlebih berat ialah dia menegakkan bahawa perbuatan maksiatnya itu adalah perbuatan yang baik kerana kejahilan dan merasakan dirinya berilmu, malah menentang para ulama yang menegur perbuatan maksiatnya itu maka hati sebegini adalah hati yang telah lari jauh dari pencipta-Nya.

Hal ini telah dijelaskan oleh Ibnu Mas’ud yang bermaksud : “Orang-orang Mukmin itu melihat dirinya tentang hal dosa-dosanya itu seolah-olah dia duduk di bawah bukit, di mana dia takut kalau-kalau bukit itu akan jatuh menimpanya. Dan orang munafik pula melihat dia akan dosa-dosanya seperti lalat-lalat yang menghinggapi hidungnya, mudah untuk dihalau dengan jari telunjuknya saja.”

Demikianlah gambaran yang menunjukkan betapa nipisnya iman kita ini bila hati sudah tidak merasa risau dan takut tetapi merasa tenang dan sentiasa aman apabila melakukan dosa-dosa atau perbuatan maksiat itu. Semoga kita dapat menjaga hati kita ini. Terima Kasih

Popularity: 16% [?]

PAKEJ LENGKAP PERNIAGAAN INTERNET

Pakej August 20th, 2007

Assalamualaikum,

Apa khabar para pembaca yang budiman sekalian? Saya harapkan anda semua berada dalam keadaan sihat wal’afiat di samping keluarga atau sahabat handai, apatah lagi sekarang ini musim cuti sekolah sudah tentu berbagai perancangan telah dirancang untuk memenuhi cuti persekolahan ini. Tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat bercuti kepada para guru dan pelajar sekalian.

Seminggu dua yang lalu saya ada ber’YM’ dengan salah seorang sahabat saya yang bertanyakan bagaimana dia hendak mulakan Perniagaan Internet ini sebagaimana yang saya buat sekarang ini. Beliau ingin mengetahui selok-belok tentang ebiz ni bermula dari bina website, blog, Paypal, produk dan sebagainya. Saya berkata sambil bergurau : “Hendak cara mahal atau cara murah?” Dia bagitahu yang dia hendak serius dalam ebiz ni, jadi dia hendak tahu pakej atau ebook yang mahal (ada modal la tu kot).” Namun saya bagitau beliau bahawa saya sewaktu ingin menceburi dunia ebiz ni saya guna cara yang paling murah iaitu PERCUMA. Saya kumpul dan baca ebook yang diberikan secara percuma di forum WangCyber, blog Smartzul, blog SaifulSham dan sebagainya, saya download dan membacanya siang dan malam selama 4 bulan (sambil pratikal) sehingga saya memahami konsep perniagaan online ini yang bermula dari daftar Paypal, Kad Debit, Bina web/minisite, bina blog, Adsense dan sebagainya. Apabila dah tahu serba sedikit mengenai ebiz ni maka saya mulakan perniagaan saya pada awal April 2007 iaitu empat bulan tempoh pembelajaran sendiri dan selepas itu saya mulakan dengan perniagaan WEB TOOLS I. Semua ebook percuma tersebut saya telah kumpulkan dalam satu pakej dan berikan secara percuma di blog saya ini iaitu Koleksi eBook SUPER MEGA yang mengandungi lebih dari 40 buah ebook mengenai Perniagaan Internet dari A-Z dalam Bahasa Melayu, bagi yang tidak mengetahuinya anda boleh download di sini :

http://www.epustaka.com/blog/produk-hangat 

Baiklah, jadi kali ini saya ingin menulis atau men’review’ tentang satu produk khas untuk kawan saya tu dan semua yang berminat menceburkan diri dengan ebiz secara serius, produk ini yang boleh membantu anda (terutama bagi yang mempuyai modal besar). Saya sejak awal bulan Jun lagi sudah memiliki produk ini tetapi entah kenapa asyik tertangguh je nak reviewkan produknya. Insya-Allah saya akan cuba sedaya-upaya untuk review secara ringkas di blog saya ini mengenai produk-produk yang saya sendiri beli dan berpuas hati ataupun yang dibeli oleh rakan-rakan saya dan mereka berpuas hati dengan produk tersebut. Semoga perkongsian ini akan dapat membantu kita meningkatkan prestasi dan mutu ebiz kita.

Oklah, produk tersebut ialah PAKEJ LENGKAP PERNIAGAAN INTERNET dari Monakas yang merupakan sebuah pakej lengkap ebiz yang menceritakan secara terperinci langkah demi langkah untuk membina Perniagaan Internet secarai manual dan video tutorial sepanjang 7 jam untuk kita tontoni dan pelajari step-step tersebut.

Anda akan menimba ilmu dalam bentuk :

  1. Teori - Anda dibekalkan dengan manual atau ebook yang akan menerangkan 8 langkah yang dilakukan oleh jutawan-jutawan internet.
  2. Praktikal - iaitu Video Tutorial yang akan membantu anda memahami apa yang dipelajari dengan lebih cepat dan membolehkan anda untuk menghasilkan laman web profesional dalam jangka waktu yang singkat.

Anda juga akan diajar tentang selok-belok perniagaan Internet ini seperti :

  • Bagaimana cara untuk mendaftar nama domain?
  • Bagaimana cara untuk mendaftar dan menggunakan akaun ‘hosting’?
  • Apakah ‘DNS’ dan bagaimana untuk intergrasikannya ke ‘web hosting’?
  • Bagaimana untuk membina laman web canggih yang mampu menarik pelanggan?
  • Bagaimana untuk ‘upload’ laman web yang telah siap ke ‘web hosting’ anda?
  • Bagaimana untuk mendapat senarai pelawat laman web anda secara automatik?
  • Bagaimana untuk memasang sistem Autoresponder di laman web anda supaya maklumat perniagaan anda dapat disampaikan kepada pelanggan secara automatik?
  • Bagaimana untuk install popup yang menarik dan dapat menawan pelawat menyertai kempen perniagaan anda?
  • Bagaimana untuk mendaftar akaun Payment Processor supaya laman web anda dapat menerima bayaran melalui kad kredit?
  • Bagaimana untuk intergrasikan payment processor ke laman web anda?
  • Bagaimana untuk membolehkan pelanggan download produk digital dari laman web anda hanya setelah membuat bayaran?
  • Bagaimana untuk install CGI/PHP script supaya laman web anda lebih ‘dinamik’ dan pelanggan boleh berinteraksi dengan laman web anda ?
  • Bagaimana teknik untuk memasarkan laman web anda supaya dapat dikunjungi oleh ribuan malah jutaan pelanggan?

Anda tidak perlu bimbang jika sekiranya tidak faham atau ketinggalan semasa proses pembelajaran ini, kerana ia disediakan bukan sahaja dalam bentuk manual malah juga disediakan dalam bentuk video tutorial yang disampaikan dalam Bahasa Melayu oleh saudara Najib sendiri yang ke semuanya memakan masa lebih 7 jam. Jadi untuk mengetahui apakah senarai tajuk pelajaran dari video ini, anda boleh melayari website :

PAKEJ LENGKAP PERNIAGAAN INTERNET : MONAKAS

Bukan itu sahaja anda juga boleh mendapatkan Video tutorial BUAT DUIT DENGAN BLOG secara percuma! Anda boleh download dan lihat sendiri Video Tutorial Buat Duit Dengan Blog secara Percuma ini yang bernilai RM45.00! Saksikan bertapa mudah dan cepat anda dapat mempelajarinya tanpa perlu membaca sebarang panduan atau e-book.

Oleh itu bagi sesiapa yang mempunyai modal dan ingin serius dalam bidang ini, maka wang yang anda keluarkan untuk membeli pakej ini adalah amat berbaloi dengan ilmu yang anda akan perolehi nanti. Pada pandangan saya sendiri pakej ini sememangnya lengkap dan saya benar-benar berpuas-hati. Bagi sahabat saya tu, anda boleh baca review ringkas saya ini, seterusnya kalau nak baca panjang-panjang bolehlah layari website PAKEJ LENGKAP PERNIAGAAN INTERNET ini dan jika masih tak puas hati lagi, maka anda bolehlah membeli dan melihat sendiri isi kandungannya. Ok? Anda juga akan memperolehi banyak tip-tip dan petua yang mungkin anda tidak perolehi dari orang lain. Sekian dulu perkongisian ilmu buat kali ini. Terima Kasih.

Popularity: 30% [?]

JOM BERIKAN ZAMRI NANYAN PAKEJ PELANCONGAN PERCUMA!

Pengumuman August 18th, 2007

Assalamualaikum,

Saya baru sahaja habis membaca sesuatu yang menarik di laman web Zamri Nanyan dan saya rasa anda akan menyukainya juga.

Di samping mendapat pelbagai produk pembangunan diri (self-improvement) secara PERCUMA, anda juga dapat membantu saudara Zamri Nanyan berehat daripada perniagaan internet beliau buat seketika and menghantar beliau untuk bercuti di Amerika Utara.

Bukan setakat itu sahaja, Zamri juga akan memberikan produk beliau sendiri yang berharga USD9.97 secara percuma.

Jadi, mari bantu saudara Zamri Nanyan - seperti yang telah saya lakukan.

Lawati www.ZamriNanyan.com/giveaway.html

Terima Kasih,

Popularity: 15% [?]

BLOGGER ADSENSE GUIDE VERSI BM!!!

eBook, Percuma August 18th, 2007

Assalamualaikum,

Berita baik buat para peminat Adsense khususnya bagi pembaca-pembaca ebook BLOGGER ADSENSE GUIDE dalam versi Inggeris kerana ebook BLOGGER ADSENSE GUIDE dalam versi BM telah berada dipasaran. Bukan itu saja laman web reseller dalam BM pun turut disediakan dan disertakan juga Blogger Adsense Guide Audio MP3, Autoblogging Tools dan banyak lagi, anda boleh melihatnya sendiri.

Harga? Tidak mahal …… cuma PERCUMA aja!!!! Ya, PERCUMA ……. naper? tak percaye? Betuuul, anda boleh dapatkan di sini :

Bagi subscriber Alhusna kami telah emailkan link download kepada anda, sila check Inbox email anda, manakala bagi yang bukan subscriber kami anda bolehlah klik link dibawah ini untuk melihat website dan mendownload ebook BLOGGER ADSENSE GUIDE dengan mengklik butang order di website tersebut :

www.epustaka.com/adsenseguide

Melalui ebook ini anda akan dapat mengetahui :

1. Apakah pengertian blog
2. Adsense sebagai model untuk menghasilkan wang
3. Bagaimana hendak memulakan Adsense dengan Blogger?
4. Bagaimana untuk mencipta isi yang menarik
5. Bagaimana untuk meningkatkan trafik blog anda?
6. dan banyak lagi ….. sila baca, jangan tak baca!

Oleh itu jangan lepaskan peluang anda untuk memilikinya sekarang!

Popularity: 32% [?]


 Powered by Max Banner Ads