Assalamualaikum,
Apa khabar para sahabat yang budiman? Semoga semuanya berada di dalam situasi yang ceria dan penuh keberkatan. Rasanya dah lama tak menulis kat sini, disebabkan beberapa urusan kerja yang perlu diselesaikan. Kali ini saya nak menyentuh mengenai PERNIAGAAN YANG TIDAK BERETIKA kerana mash terdapat beberapa individu yang menjalankan Perniagaan Online secara tidak beretika atau secara tidak bermoral. Bermacam-macam cara untuk mendapatkan wang di dalam perniagaan ini tetapi bukan melalui cara yang haram atau tidak beretika. Terdapat segelintir dari kita yang menjual ebook atau sebarang produk IM kita dengan harga yang tidak sepatutnya, menjadikan produk atau ebook itu sebagai produk yang dibundlekan dengan harga yang sememang tidak masuk akal.
Manusia jenis ini tidak sedar tentang kepayahan orang lain, yang dia tahu keuntungan cara mudah dan cepat sahaja. Hormatilah hak cipta orang lain, jangan melakukan sebarang tindakan mengikut suka hati kita je. Duit yang kita akan perolehi nanti tidak diberkati kerana duit tersebut adalah DUIT HARAM! Kalau nak berniaga kenalah ikut etika yang telah digariskan oleh Islam (bagi Muslim) seperti yang telah saya tuliskan mengenai ETIKA BERNIAGA di post sebelum ini , sila rujuk di :
http://www.epustaka.com/blog/category/tazkirah/page/2
Letakkan 3 konsep utama dalam perniagaan kita iaitu :
- Tauhid
- Rububiah
- Tazkiah
Jika ketiga-tiga konsep di atas kita letakkan dihadapan, Insya-Allah perniagaan kita akan diberkati. Bagi mereka yang masih baru dalam dunia ebiz ini, sila hindarkan diri anda dari Skim Cepat Kaya, Pelaburan Internet, Scam dan sebagainya, keterangan lanjut anda boleh rujuk di sini :
http://www.wangcyber.com/pelaburan-internet-perniagaan-internet.htm
Sama-samalah kita membantu IM-IM tempatan dalam perniagaan terutama sekali sesama Muslim untuk lebih berjaya lagi dalam perniagaan Internet. Berniagalah secara jujur, amanah dan ikhlas agar perniagaan kita diberkati dan wang yang bakal kita diperolehi juga wang yang halal dan berkat. Sekian

Popularity: 34% [?]