Tarik Pelanggan Anda Dengan Opt-In Box!
Powered by MaxBlogPress 

 Powered by Max Banner Ads 

PAKEJ BONANZA ULANGTAHUN - TERHAD!!!

Pakej, Pengumuman January 26th, 2008

Assalamualaikum,

 

bonanza-180.jpg

Para pembaca yang budiman, seperti yang telah saya umumkan di dalam Perancangan Al-Husna 2008 baru-baru ini - projek pertama yang akan dilancarkan tidak lama lagi ialah Pakej Bonanza Ulangtahun (PBU). PBU ini dilancarkan bersempena dengan ulangtahun kelahiran saya pada 1 Februari ini, juga bersempena dengan ulangtahun kelahiran anak saya Ain Hidayatul Husna yang juga jatuh pada 1 Februari dan PBU ini juga dilancarkan bersempena dengan ulangtahun perkahwinan saya yang ke-8 - oleh itu bersempena dengan 3 peristiwa yang berlaku di dalam hidup saya ini maka saya telah cuba berusaha untuk mendapatkan beberapa produk 2007/2008 yang disertakan lesen MRR/RR/PLR, dikumpul dalam satu pakej MEGA ini dengan harga yang sememangnya TIDAK MUNASABAH!!! - mahal ke murah??? Anda tengok le sendiri nanti!

Produk-produk tersebut terdiri dari software, video tutorial, audio, ebook, artikel, grafik dan template. Pelbagai Artikel PLR juga telah saya kumpul - baru dan lama sehingga mencapai hampir 23,000 artikel dari pelbagai tajuk atau niche. Bagi mereka yang tahu tentang pentingnya Artikel PLR ini sudah tentu mereka akan berusaha mendapatkannya walaupun terpaksa berhutang sekalipun…. :). Bagi mereka yang ingin memulakan Perniagaan Internet, PBU ini amat sesuai untuk anda kerana hampir semuanya mempunyai lesen MRR/RR/PLR.

Bukan itu saja, PBU juga menawarkan beberapa kupon diskaun bagi mendapatkan potongan harga istimewa sama produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh beberapa orang JV Partner saya (terima kasih semua- semoga Allah memberkati kalian) khas untuk PBU ini. Jadi nantikannya….!

Saya juga akan memberikan WEB TOOLS I v2.0 sebagai bonus ekslusif kepada 15 orang pembeli sahaja - harga bagi WEB TOOLS I v.2.0 apabila dilancarkan kelak adalah melebihi RM45, tetapi saya memberikannya secara percuma kepada 15 orang pembeli pertama sahaja bagi PBU ini. Begitu juga dengan bonus-bonus lain yang bernilai lebih dari RM250 menanti anda di dalam PBU ini. Kapasiti download bagi PBU ini ialah hampir 1.5 Gb atau 1500 Mb - fuh, letih le nunggu depan PC! Mungkin terlintas di kepala anda —> “lembab le nak download kalau dah 1.5Gb, atau line internet aku slow le, atau camner dengan saya yang guna Dial-Up???

himpunan-2cdcase.jpg

Jangan bimbang, saya menyediakan PBU ini dalam 2 bentuk - Downloadable dan CD, dan akan dihantar kepada anda dengan menggunakan POS EKSPRES. Hanya dengan sedikit penambahan wang sahaja anda akan dapat memiliki 2 @ 3 keping CD PBU ini.

 

Jika tidak ada aral, Insya-Allah, PBU akan dilancarkan pada 1 Februari 2008 - saya hanya membuka PBU ini untuk 100 orang pembeli atau 24 hari sahaja atau salah satu darinya - iaitu dari 1 Februari sehingga 24 Februari 2008. Kenapa 24hb??? Mungkin ada yang tertanya-tanyakan? - sebenarnya 24 Februari ialah tarikh perkahwinan saya! Itu je…:)

 

Saya juga akan melancarkan Program Affiliate bagi PBU ini pada 7hb Februari 2008 (tertakluk kepada perubahan) …. jadi sebarang berita saya akan salurkan di sini. Jadi rajin-rajin le singgah ye ……. bagi yang ingin menempahnya sekarang pun - saya terima!

Popularity: 36% [?]

PENYAKIT HASAD DENGKI - PHD

Tazkirah January 25th, 2008

Assalamulaikum,

Sama-sama kita hayati sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Hadis riwayat dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :

 

Jangan kamu saling dengki mendengki, jangan kamu menipu pada jual beli, jangan kamu bermusuh, jangan kamu saling tidak bertegur sapa dan jangan kamu berjual beli di atas jual beli orang. Jadilah kamu semua hambah Allah yang bersaudara, jangan menzaliminya dan jangan menghinanya dan jangan memboikotnya. Takwa itu terletaknya di sini, sambil baginda menunjukkan ke dadanya 3 kali, mengikut kejahatan seseorang yang menghina saudara Muslimnya. Setiap individu Muslim ke atas Muslim yang lain itu diharamkan nyawanya, hartanya dan kehormatan saudara seagama dengannya.” - Riwayat Muslim

 

Berdasarkan maksud hadis di atas dapat kita mengambil “istimbat” atau pengajaran yang amat berguna yang menunjukkan bahawa ikatan persaudaraan itu bukanlah semata-mata ikatan atau tali persaudaraan yang berdasarkan hubungan kekeluargaan semata-mata. Rasulullah s.a.w telah menjelaskan kepada kita bahawa konteks persaudaraan yang sebenarnya ialah yang berdasarkan kepada ikatan agama Islam atau sesama Muslim. Ikatan yang berdasarkan IMAN dan TAKWA merupakan ikatan persaudaraan yang paling kukuh dan mantop mantap.

 

 

Hadis di atas juga melarang kita dari melakukan beberapa perbuatan yang boleh menjejaskan kestabilan hubungan sesama Muslim seperti hasad dengki, iri hati, marah, berdendam, menipu, membeli atas belian saudaranya sendiri dan sebagainya. PHD amat terkenal di kalangan masyarakat kita hari ini dan penyakit yang paling sukar untuk dibuang (Wal ‘iyazubillah). Tahukah anda PHD ini merupakan penyakit yang pertama timbul di kalangan Bani Adam dan seterusnya virus PHD ini berterusan tersebar dan menyerang Umat Islam dari dulu sehingga sekarang dan menyebabkan Umat Islam dan Kerajaan Islam itu sendiri telah beberapa kali menghadapi perpecahan akibat penangan PHD ini.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

 

 

Kamu telah diserang oleh penyakit yang pernah menyerang Umat sebelum kamu, hasad dengki dan marah. Ianya merupakan pencukur, bukan aku maksudkan mencukur rambut tetapi mencukur agama.” -Riwayat At-Tirmizi

Oleh itu hasad tersangat merbahaya kepada manusia terutama sesama Muslim dan penyakit ini akan membawa kerugian yang amat besar kepada diri kita, masyarakat, negara dan agama itu sendiri.

 

 

Popularity: 60% [?]

WC300 -KEAHLIAN EKSLUSIF DAN TERHAD!!!

Pengumuman January 21st, 2008

Assalamualaikum,

wc300.gif

Tajuk post saya kali ini ialah WangCyber yang merupakan salah satu forum yang tidak asing lagi bagi para IM Malaysia malah bagi saya ia lebih kepada Universiti Terbuka Perniagaan Online.

WangCyber merupakan salah satu forum yang terkenal di Malaysia, siapa tak kenal? (Ada yang tak kenal ke?) WC membincangkan pelbagai topik yang bersangkutan dengan Perniagaan Internet. Sesiapa yang ingin belajar Perniagaan Internet, maka WC merupakan tempatnya untuk menimba ilmu kerana di situ berkumpulnya para Otai, Sifu, Pakar dari pelbagai bidang seperti Adsense, Web Development, Graphics & Designing, Directory, IT, SMS Business, Online MLM, Motivasi, Copywriting, Blog, agama, Isu semasa dan banyak lagi. Pendek kata, WC merupakan Gedung Ilmu bagi mereka yang lapar kepada ilmu IT dan Internet.

Langkah pertama saya sebelum menceburkan diri ke Perniagaan Internet ini ialah dengan mendaftarkan diri di forum WC iaitu pada bulan Januari 2007. Di situlah saya menimba pelbagai ilmu (saya kurang aktif di WC tetapi saya suka membaca thread di situ – lebih kepada pemerhati je) sehingga saya berjaya mengeluarkan produk pertama saya iaitu WEB TOOLS I. Sememangnya sungguh besar jasa WC kepada saya….

Baru-baru ini, founder WangCyber iaitu Suhaimi atau lebih dikenali dengan Shuth telah membuka satu tawaran yang hebat yang dikenali sebagai WC300.

Apakah WC300? Agent WC300 ke? atau ala-ala perisik cam agent 007?

Bukan, semuanya bukan!!!

WC300 merupakan satu Program keahlian Ekslusif (Membership) yang hanya dibuka untuk 300 orang sahaja! Ya, Terhad!!! Ahli dikenakan yuran sebanyak RM47 setahun sahaja iaitu lebih kurang RM4 sebulan, murah bukan? (Makan nasi dengan teh tarik pun koman-koman RM5! Ye tak?). Kebiasaan di peringkat antarabangsa yuran yang dikenakan kepada ahli kelab ekslusif sebegini paling kurang pun USD50 sebulan.

http://www.wangcyber.com/pengumuman/wc300

Pelbagai kelebihan bagi ahli WC300 berbanding dengan ahli biasa :

  1. Disediakan ruangan KHAS untuk ahli WC300
  2. Ruangan iklan percuma dalam (Ruangan Topik “Pengiklanan & Pemasaran)- Kebiasaan di’charge’ sebanyak USD2
  3. Diskaun sebanyak 66% untuk iklan Banner
  4. Diskaun 70% untuk Advertorial
  5. Perbincangan KHAS untuk ahli WC300
  6. Diskaun hebat bagi produk-produk WC
  7. Peluang ber’JV’ sesama ahli WC300
  8. Jemputan ke perjumpaan tertutup sesama ahli WC300

 wc3001.gif

wc300-2.gif

Demikianlah antara kelebihan yang ditawarkan kepada ahli WC300 ini, sekarang tinggal 192 tempat sahaja lagi dan selepas itu keahlian ini ditutup serta merta dan tidak ada lagi ahli ke 301!!! Keahlian WC300 ini hanya akan dibuka semula jika sekiranya terdapat mana-mana ahli WC300 yang menarik diri atau membatalkan keahlian mereka (ada ke???). Rugi le!

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini ……. Sila daftarkan diri anda di :

http://www.wangcyber.com/pengumuman/wc300

Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang terdapat pada WC dan WC300, kalau hendak diceritakan semua…mau berjela-jela le post WC300 ni :)

Popularity: 28% [?]

CASH PULLING BLOG TACTICS REVEALED - SATU LAGI PAY PER LEAD!

eBook, Percuma January 19th, 2008

Assalamualaikum,

 

 

 

 

 

 

 

blogreport-400.jpg

Kali ini satu lagi program “Pay Per Lead” telah dikeluarkan oleh Dave Isaacs dan Aaron Leighton dengan laporan terbaru mereka “Cash Pulling BlogTactics Revealed“. Laporan terbaru mereka ini telah membongkar beberapa kaedah dan tips untuk memulakan Perniagaan Online dengan menjadikan blog sebagai mediumnya. “Cash Pulling Blog Tactics Revealed” ini mengandungi 76 mukasurat (wow!) dan mengandungi 5 bab utama iaitu :1. Introduction - Cara untuk memulakan langkah dengan blog, keperluan untuk menyertai mana-mana forum,
2. Getting Started - Membina “Content Blog”
3. Free Traffic Tactics - 9 Taktik percuma -Fuh, power ni kalau praktikkan
4. Turning Your Traffic Into Cash - Beberapa cara untuk mendapatkan wang dari blog
5. Putting It All Together - Kesimpulan

http://www.epustaka.com/urlshrinker/?cashblog

Saya berpuas-hati dengan special report dari Dave Isaacs dan Aaron Leighton ini kerana membantu untuk menambahkan lagi pengetahuan tentang blog dan rahsia-rahsia yang tersembunyi di sebalik blog itu sendiri yang mungkin sesetengah rahsia tersebut belum lagi terungkai sehinggalah anda membaca special report “Cash Pulling Blog Tactics Revealed” ini.

Di antara bab yang paling saya suka ialah bab yang ke-3 iaitu Free Traffic Tactics, pada bahagian ini mereka telah menceritakan tentang 9 cara untu menarik trafik ke blog anda iaitu :

 

  1. Directory Submission
  2. Run A Contest
  3. Create and submit Articles
  4. Video Marketing
  5. Press Releases
  6. RSS Feeds
  7. Make Comments
  8. Social Bookmarking
  9. Viral eBook

 

Demikian, 9 kaedah yang mungkin sesetengah anda mengetahuinya (otai le!) tetapi yang mereka yang sedang berjinak-jinak dengan dunia blog atau Perniagaan Internet inilah peluang anda untuk menimba ilmu dan meningkatkan trafik ke blog anda dan sekaligus meningkatkan juga sumber pendapatan anda melalui Perniagaan Internet.

http://www.epustaka.com/urlshrinker/?cashblog

Dave Isaacs
dan Aaron Leighton juga bukan sekadar memberikan Special Report yang bermutu ini secara PERCUMA, malah memberikan kita beberapa bonus berharga yang boleh membantu kita untuk meningkatkan pendapatan melalui blog antara bonus-bonus tersebut ialah :

 

  1. AdSense Revenue Exposed
  2. Clickbank Text Ads Generator
  3. Maximize Your Mailing List
  4. Confessions of A Forum Marketing Zombie
  5. How To Write Killer Sales Letters
  6. Mailing List Profits
  7. Make Your Ebook Sell
  8. Top Paying AdSense Words
  9. Tube Traffic

 

Special report “Cash Pulling Blog Tactics Revealed” ini juga seperti report mereka sebelum ini, turut menyediakan “Pay Per Lead” iaitu anda dibayar setiap kali “special report” ini di download oleh rakan-rakan anda melalui link anda. Anda akan di bayar sebanyak $0.50 untuk setiap download dan kali ini mereka juga telah memberikan komisyen sebanyak 50% bagi setiap pembelian di laman “One Time Offer” yang dilakukan oleh rakan-rakan itu.

http://www.epustaka.com/urlshrinker/?cashblog

Kali ini bayaran agak lumayan, $0.50 tu jika ditukar kepada matawang kita berjumlah lebih kurang RM1.70 untuk setiap download melalui link kita. Jadi inilah peluang anda untuk melakukan dua perkara iaitu membaca dan menjana pendapatan…. 2 in 1!

panjang.gif

Popularity: 40% [?]

MUHARRAM 1429 - SATU PENGHAYATAN

Tazkirah January 18th, 2008

Assalamualaikum,

masjid.gif

Tanpa disedari kita telah 8 hari kita berada di bulan Muharram 1429 yang merupakan tahun baru bagi Umat Islam seluruhnya. Dengan perubahan tahun ini maka sepatutnya iman kita semakin hari semakin kuat, amalan kita semakin hari semakin bertambah. Namun apakah yang berlaku adalah sedemikian? Tepuk dada tanya iman!

Bulan Muharram merupakan satu bulan yang menggamitkan pelbagai kenangan yang tercetus di dalamnya, kita sebagai seorang Muslim seharusnya memiliki Minda yang tersemat tentang sejarah dan kehebatan bulan pertama dalam tahun Hijrah ini, kita juga seharusnya mengetahui rahsia-rahsia yang berlaku di dalam bulan mulia ini agar roh “HIJRIAH” dapat diserapkan ke dalam jiwa Umat Islam di seluruh pelusukan dunia secara amnya dan di Malaysia secara khususnya.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan dalam ketetapn Allah sewaktu Dia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan haram itulah ketetapan agama yang lurus

Allah s.w.t yang merupakan pemilik seluruh alam ini telah mengatur perjalananan alam ini dengan begitu tersusun dan indah sekali tanpa berlaku sebarang pelanggan, keruntuhan dan bencana besar.

Bulan Muharram merupakan bulan pertama mengikut kiraan Qamariah - Bulan (Tahun Masihi - Syamsiah - Matahari) bulan Muharram ini merupakan salah satu dari 4 bulan yang dihormati sebagaimana yang disebut oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran. Terdapat beberapa fadhilat dan keutamaan yang harus dilakukan di dalam bulan Muharram ini, di antaranya :

1. Berpuasa - Disunatkan berpuasa sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w :

Seutama-utama solat selepas solat fardhu ialah solat di waktu malam dan seutama-utama puasa selain puasa bulan Ramadhan adalah pada bulan Allah (yakni Muharram)

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Jika aku masih hidiup sampai ke tahun depan, nescaya aku akan berpuasa pada hari “Tasu’a” (hari ke sembilan bulan Muharram)”

2. Hari Asyura’ - Hari Asyura’ jatuh pada hari yang kesepuluh dalam bulan ini (10 Muharram), kita digalakkan agar melakukan beberapa amalan pada hari ini :

i. Berpuasa - Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim :

“Rasulullah s.a.w ditanya berkenaan puasa pada hari Asyura’, maka beliau menjawab : “Dapat meluputkan dosa setahun yang lalu.”

Ibnu Abbas r.a berkata : “Apabila Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah (rujuk post sebelum ini), baginda telah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura’. Baginda s.a.w lantas bertanya, “Kenapakah kamu berpuasa?” Orang-orang Yahudi menjawab : “Hari ini adalah hari besar, pada hari ini Allah s.w.t telah menyelamatkan Nabi Musa a.s dan menenggelamkan Firaun dan askar-askarnya, maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah pada hari ini, maka kami semua pun berpuasa juga”. Nabi Muhammad s.a.w pun menjawab : “Kamilah yang lebih berhak untuk mengikuti jejak Nabi Musa itu dari kamu.” Lalu Rasulullah s.a.w berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya agar berpuasa juga pada hari itu.”

Berpuasa pada hari Asyura’ ini seelok-eloknya dilakukan dengan berpuasa terlebih dahulu pada 9 haribulan atau pada hari Tasu’a iaituberpuasa pada 9 dan 1o haribulan Muharram, agar perbuatan kita itu tidak menyerupai dengan amalan-amalan Yahudi yang hanya berpuasa pada hari Asyura’ sahaja. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

Berpuasalah kamu pada 9 dan 10 Muharram dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.

ii. Bersedekah - Disunatkan memperbanyakkan sedekah pada hari ini

iii. Mengembirakan keluarga - Rasulullah s.a.w bersabda : “Barangsiapa yang melapangkan (mengembirakan) keluarganya pada hari Asyura’, maka Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang bersedekah satu tahun.

Oleh itu, antara perkara yang sunat dilakukan pada hari ini ialah melakukan perkara yang mengembirakan keluarga dan sanak saudara dari kebiasaan sama ada dengan menyediakan makanan dan minuman “special” sedikit dari kebiasaan atau memberikan wang belanja lebih dari biasa.

iv. Berdoa - Perbanyakkan berdoa pada hari Asyura’ kerana doa orang yang berpuasa itu diterima oleh Allah s.w.t.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada hari Ayura’ :

  • Allah s.w.t menerima taubat Nabi Adam a.s sehingga bersih dari segala dosa dan kesilapan
  • Allah s.w.t mengangkat Nabi Idris a.s ke tempat yang tinggi
  • Allah s.w.t menyelamatkan Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya dari banjir besar yang melanda dunia selama 6 bulan
  • Allah s.w.t menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s dari kekejaman Namrud yang telah menghumbannya hidup-hidup ke dalam api yang tersangat besar .
  • Allah s.w.t telah mengeluarkan Nabi Yusuf a.s dari penjara akibat fitnah Zulaikha
  • Allah s.w.t telah memulihkan penglihatan Nabi Yaakub a.s dari buta
  • Nabi Yunus a.s keluar dari perut ikan setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
  • Allah s.w.t telah menyembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s
  • Allah s.w.t telah menyelamatkan Nabi Musa a.s dari firaun dan tenteranya yang besar.
  • Allah s.w.t mengampuni dosa Nabi Daud
  • Allah s.w.t telah mengurniakan kerajaan besar kepada Nabi Sulaiman a.s
  • Allah s.w.t telah mengangkat Nabi Isa ke langit sewaktu dikejar oleh pelampau Yahudi yang ingin membunuhnya
  • Pembunuhan Saidina Husein bin Ali r.a di Karbala’ pada 10 Muharram tahun 61 hijrah

Demikianlah serba sedikit maklumat bersejarah yang berlaku pada hari-hari di dalam bulan Muharram ini, oleh itu bersama-samalah kita mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Setiap kali bertambahnya tahun, ini bermakna semakin berkurang umur kita dan semakin dekat kita dengan ajal ………. kita sama-sama renungi kata-kata dari salah seorang sahabat ini :

Perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku semakin berkurangan tetapi amalanku tidak bertambah.” - Ibnu Mas’ud r.a.

 

Popularity: 29% [?]

PERANCANGAN ALHUSNA - ABOOAIN 2008

Pengumuman January 13th, 2008

Assalamualaikum,

 

Apa khabar semua? Semoga anda semua sihat walafiat dan bergembira bersama keluarga tercinta apatah lagi di sebelah Pantai Barat hari ini merupakan hari minggu…peluang untuk bersama-sama keluarga tu! Saya petang ni terasa nak rehat kepala dan mata yang mungkin agak letih sikit setelah beberapa hari menyiapkan kerja-kerja terkini terutama kerja pelanggan yang masih belum lagi siap. Jadi mungkin post kali ini hanya sekadar berkongsi info dengan rakan-rakan sekalian di samping untuk ‘release’ keletihan minda di petang-petang begini.

 

Sebenarnya tahun 2008 ni terdapat beberapa perancangan yang bermain-main difikiran ini untuk dilaksanakan sama ada awal tahun, tengah tahun atau akhir tahun, namun yang pasti ada beberapa projek yang telah saya rangka untuk Alhusna Gallery. Insya-Allah, dalam masa terdekat ni projek saya yang pertama mungkin Pelancaran Blog Abooain.com dan diikuti pada bulan Februari dengan Pelancaran Pakej Bonanza Ulangtahun, Hosting Abooain Network, Abooain eDesign dan sebagainya. Namun itu semua masih dalam perancangan dan persiapan masih diperingkat awal lagi, tetapi dalam tempoh terdekat ni Blog Abooain.com akan dilancarkan, Insya-Allah. Blog Abooain.com ni merupakan blog ketiga dari saya dan juga merupakan sebuah lagi blog Perniagaan Internet tetapi dalam blog ini saya lebih fokuskan kepada perkongsian maklumat dan ilmu tentang dunia IT sekadar yang ada pada diri ini dan perkongsian maklumat dan ilmu dari sahabat-sahabat sekalian dan ini berbeza dengan Blog ePustaka yang mungkin lebih kepada Umum dan ‘rojak’ sikit.

 

Manakala Projek seterusnya ialah Pakej Bonanza Ulangtahun (PBU) pula merupakan satu pakej produk MRR/RR/PLR (lebih 100 produk) saya yang seterusnya…mungkin WEB TOOLS III??? Ya, mungkin juga, tetapi yang pasti PBU ini dilancarkan bersempena  dengan ulangtahun …., …., dan …. !!! Ya, sempena ulangtahun bagi 3 peristiwa bersejarah dalam hidup ini. Insya-Allah saya akan maklumkan nanti.

 

Kemudian dalam masa yang sama saya akan lancarkan Hosting Abooain Network yang menawarkan 3 pakej hosting dari Abooain Network dengan harga yang teramat menjimatkan dan yang Paling Istimewa sekali ialah bagi semua pakej tersebut harganya adalah termasuk domain! Ya, DOMAIN PERCUMA!!! untuk ketiga-tiga pakej di atas. Buat masa sekarang dah ada yang tempah dan beli (rakan-rakan terdekat dan pelanggan istimewa), bagi mereka yang ingin melihat dan meninjau-ninjau tawaran hosting dari saya ini bolehlah menggunakan borang hubungi kami di blog ini dengan tajuk “Sila hantar Brochure Hosting” dan saya akan emailkan brochure atau senarai tawaran hosting tersebut. Tawaran hosting istimewa ini saya hadkan untuk beberapa orang sahaja, selepas itu tawaran akan ditamatkan.

Begitu juga Abooain eDesign merupakan satu lagi projek yang akan dilancarkan, yang mana sebelum ini saya hanya membina minisite, ecover dan setup blog secara ‘underground’ je. Kali ini saya akan membuka perkhidmatan ini kepada umum dengan tawaran harga yang istimewa…tunggu ye!

Sekarang ni saya sedang menyiapkan proses “upgrade” WEB TOOLS I 2.0 dan AMAZING eCOVER 2.0, saya memohon maaf kepada sahabat-sahabat yang bertanya khabar tentang proses “naik-taraf” ini, kerana kerja-kerjanya agak lambat sedikit nampaknya, namun Insya-Allah saya akan cuba siapkan secepat mungkin.

Jadi itulah perancangan yang ada di kepala ini bagi tiga bulan pertama bagi tahun 2008 ini, semoga ianya dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Namun bekerja seorang diri ni agak letih sikit, teringin gak nak cari partner agar kerja lebih tersusun dan kemas……tetapi semua dalam perancangan lagi …… :)

Jadi itu sahaja perkongsian maklumat dari saya untuk petang ini….selamat berjumpa lagi ye.

 

teknik-p-m.gif

Popularity: 17% [?]

SEARCH ENGINE MYTHS EXPOSED! FULL VERSION -PERCUMA

Percuma January 10th, 2008

Assalamualaikum,

 

seomythsmall.gif

Nampaknya  Jonathan Leger telah pun melancarkan report Search Engine Myths Exposed dalam versi penuh, yang mana sebelum ini beliau hanya menerbitkan versi preview je.  Jon telah menghuraikan tentang mitos yang ke #5 sahaja dalam report preview beliau yang diterbitkan sebulan yang lalu, dan dalam versi penuh ini pula beliau akan menceritakan ke semua mitos atau kisah dongeng yang berlegar-legar di sekitar Search Engine.

Di antara mitos yang dihuraikan oleh Jonathan ialah :

Myth #1: Google Knows All and Sees All
Myth #2: Google Will Not Rank Duplicate Content
Myth #3: You Must Get Links From Related Subject Sites to Rank
Myth #4: Your Site Must Focus On One Subject To Rank
Myth #5: High PageRank Means Good Rankings
Myth #6: To Maintain Good Rankings, You Must Add New Content
MYTH #7: Ranking In Google Is Hard - THE BIGGEST MYTH      - Betapa sukarnya untuk mendapatkan rangking di Google!!!

SEOMythExpose

Beliau bukan sekadar menghuraikan mitos tersebut secara tulisan sahaja bahkan diberikan screenshot-screenshot terpilih bagi memberikan gambaran yang lebih jelas kepada kita. Ok, tak rugi mendapatkan report PERCUMA ni…….tentu anda tertanya-tanya adakah Jon akan memberikan tips atau menceritakan cara-cara untuk mendapat rangking di Google??? Emph, yang tu kena baca sendiri la ye….!

Everything you’ve
been told is A LIE!

 

bannerseomyth.gif

Popularity: 27% [?]

MAAL HIJRAH - SATU RENUNGAN DAN PENGHAYATAN

Tazkirah January 9th, 2008

Assalamualaikum,

 

1281.JPG

Esok bermulanya episod tahun baru yang sebenar bagi Umat Islam seluruh dunia yang sememangnya memerlukan kita merenungi tentang konsep TAHUN BARU HIJRAH dan pengertian PENGHIJRAHAN yang sebenarnya bagi Umat Islam.

Cuba kita renungi kembali sejarah penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Madinah yang telah mencetus satu perubahan besar dalam sejarah Umat Islam. Walaupun sebelum itu telah berlaku beberapa penghijrahan kecil seperti penghijrahan beberapa orang sahabat ke Habsyah dan Madinah namun ia hanya sekadar penghijrahan biasa sahaja. Walaupun dari sudut pandangan kasar kita, penghijrahan rasul ini dilihat seolah-olah seperti ‘undur ke belakang’ atau semata-mata melarikan diri dari kezaliman, cemuhan dan seksaan Musyrikin Mekah namun sebenarnya penghijrahan tersebut merupakan satu arahan dan perintah dari Allah s.w.t bagi meneruskan kewajipan sebagai seorang Rasulullah s.w.t untuk menegakkan Panji Islam dan melaksanakan suruhan Allah s.w.t di dalam mewujudkan satu komunit Islam yang hidup bermasyarakat dan bernegara.

Kita renungi semula SEJARAH PENGHIJRAHAN RASUL - HIJRATUL RASUL ini agar generasi sekarang tidak lupa kepada pengertian Hijrah yang sebenar serta sejarah yang berlaku di sebaliknya. Hijrah ini bermula apabila pemuka-pemuka Quraisy yang merasa tercabar dengan penyebaran Islam di Kota Mekah telah melakukan pelbagai bentuk seksaan dan kezaliman terhadap Muslimin pada waktu itu. Anak isteri dipisahkan, harta benda dirampas, nyawa diragut, dipukul dan diseksa dengan seksaan yang begitu dahsyat dan mengerikan, namun tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu tidak berjaya juga menghalang kebangkitan Islam yang semakin luas penyebarannya dari sehari ke sehari.

Maka para pemuka Quraisy yang mewakili kabilah masing-masing telah mengadakan MESYUARAT TERGEMPAR atau persidangan pada 26 Safar tahun ke 14 kenabiaan di Darul Nadwah bagi membincangkan isu Islam, Umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. Di dalam persidangan tersebut iblis turut menghadirinya dengan menyamar sebagai Syeikh An-Najd (Seorang tua dari Najd) yang turut memberi cadangan dan usul yang jahat. Persidangan tersebut akhirnya berakhir dengan menerima cadangan dari Abu Al-Aswad agar Rasulullah s.a.w dibuang negeri dan kemudian menerima pula cadangan dari Abu Al-Buktari yang mencadangkan agar Rasulullah s.a.w dipenjarakan.

Allah s.w.t telah mewahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Jibril tentang pakatan jahat kaum Musyrikin tersebut dan memerintahkan agar Rasulullah s.a.w berhijrah ke Yathrib (Madinah). Rasulullah s.w.t telah memberitahu sahabat karibnya, Abu Bakar As-Siddiq r.a tentang makluman dan perintah dari Allah s.w.t tersebut dan membuat persiapan dan perancangan untuk berhijrah dari tanah kelahirannya itu.

Ringkasnya, Rasulullah s.a.w telah memerintahkan Saidina Ali bin Abi Talib r.a agar berbaring menggantikannya di tempat pembaringan dan menyampaikan beberapa pesanan dan amanah kepada Ali. Helah yang dilakukan oleh baginda ini telah berjaya memperdayakan pengintip-pengintip Quraisy yang telah mengintai tempat pembaringan Rasulullah s.a.w dan melihat sekujur tubuh sedang tidur yang disangkakan Rasulullah s.a.w itu. Rasulullah s.a.w telah berjaya melarikan diri dari kepungan Quraisy tersebut tanpa disedari oleh mereka walaupun seorang pun.

Rasulullah s.a.w bersama Abu Bakar r.a telah bertolak ke arah selatan menuju ke ‘Gua Thur‘ dan bermalam di dalamnya selama 3 malam. Dalam tempoh tersebut, Asma dan Aisyah telah membawa bekalan makanan manakala Abdullah bin Abu Bakar pula menjadi perisik bagi mendengar sebarang berita atau perancangan dari pembesar Musyrikin, dan Amir bin Fuhaira’ pula mengembala kambing di sepanjang laluan yang telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a bagi menghapuskan kesan-kesan perjalanan mereka berdua itu. Sewaktu Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar berada di Gua Thur ini telah berlaku beberapa mukjizat seperti sarang labah-labah dan sebagainya.

Pihak Quraisy yang kecewa akibat tidak berjaya menangkap mereka berdua telah mengumumkan ‘SPECIAL OFFER‘ berupa ganjaran 100 ekor unta kepada sesiapa yang berjaya memberkas 2 orang pelarian yang amat-amat dikehendaki itu. Tawaran ini telah berjaya menarik minat Suraqah bin Malik yang telah berjaya mengesan jejak mereka berdua dan mengejarnya dari belakang. Namun impiannya untuk mendapatkan 100 ekor unta tersebut berkecai akibat beliau dan kudanya tersungkur rebah ke tanah.

Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar As-Siddiq r.a telah meneruskan perjalanan mereka berdua melalui beberapa perkampungan di antaranya ‘Tihama‘ dan melintasi padang pasir yang luas dalam keadaan panas terik yang membakar padang pasir sahara. Perjalanan yang penuh dengan kesusahan dan keperitan dengan melintasi padang pasir, batu-batu kapur, lembah-lembah curam, binatang berbisa, kedinginan malam hari dan 1001 macam bentuk kepayahan itu berjaya diharungi dengan hanya berbekalkan keimanan, ketabahan, kesabaran, kepatuhan yang tinggi kepada Allah s.w.t.

Akhirnya Rasulullah s.a.w bersama Abu Bakar r.a telah tiba di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiul Awwal tahun ke 14 Kenabiaan, sebahagian ulamak mengatakan hari tersebut bertepatan dengan 12 Rabiul Awwal. Baginda telah menetap di situ selama 4 hari dan mendirikan Masjid Quba’.

Maka pada hari Jumaat, 16 Rabiul Awwal bergemalah laungan “Thola’al Badrul Alaina” yang merupakan laungan nasyid Selamat Datang oleh penduduk “Yathrib” yang diiringi laungan takbir memecah kesunyian bandar tersebut. Rasulullah s.a.w menunaikan solat Jumaat di ‘Yathrib’ dan menukarkan nama bandar ‘Yathrib’ itu kepada ‘Madinaturrasul‘ atau ‘Al-Madinah‘. Maka dengan itu tertegaklah sebuah negara Islam Madinah dengan rasminya dan disitulah juga merupakan titik permulaan bagi penyebaran Islam ke serata dunia.

Unta Rasulullah s.a.w terus bergerak menuju sehingga ke tempat jemuran kepunyaan 2 orang anak yatim iaitu Shal dan Suhail bin Amr, Rasulullah s.a.w kemudian membeli tempat itu untuk membangunkan masjid dan tempat kediamannya. Rasulullah s.a.w telah menumpang di rumah Abu Ayyub bin Khalid bin Zaid sementara menunggu tempat tinggalnya siap dibina.

Detik bersejarah tersebut telah disaksikan oleh seluruh penduduk Madinah termasuk golongan Yahudi yang telah melihat kedatangan seorang Rasul yang membawa amanah dari Allah s.w.t yang kemudiannya berjaya menyatukan puak Aus dan Khazraj serta mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar yang merupakan satu ikatan persaudaraan yang unggul dan gemilang dalam sejarah Umat Islam.

Oleh itu sahabat-sahabat sekalian, jadikan Hijrah ini sebagai satu titik permulaan bagi MENGUKUHKAN KEIMANAN, MENINGKATKAN KETAKWAAN dan MENEGUHKAN SYARIAT ISLAMIAH agar kita menjadi individu Muslim yang aktif, positif, produktif dan inovatif agar bersesuaian dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Kamu merupakan sebaik-baik Ummah yang telah dikeluarkan untuk seluruh umat manusia…..

Renungilah detik-detik bersejarah yang tersimpan di dalam Awal Muharram atau Maal Hijrah ini dan perlu diketengahkan dan diperbincangkan sekurang-kurangnya sekali setahun. Ketahuilah sahabat-sahabat sekalian bahawa di dalam peristiwa ini tersimpannya pelbagai ‘elemen-elemen’ yang boleh dijadikan pedoman dan iktibar bagi menyuburkan ‘Ruh Islamiah’ yang mungkin semakin hari semakin di’gelap’kan oleh pelbagai bentuk anasir maksiat dan mungkar yang semakin canggih dan mempersonakan.

P.S - Jangan lupa Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun yang perlu dibaca selepas Solat Asar nanti, semoga doa kita tersebut diterima oleh Allah s.w.t dan tahun-tahun yang seterusnya ini akan diberkati oleh Allah s.w.t…..Amin!

Popularity: 33% [?]

PERBANKAN INTERNET

Umum January 8th, 2008

Assalamualaikum,

Pagi ini seperti biasa, rutin harian saya ialah membuka email dan melayari internet tetapi tiba-tiba tak dapat nak ‘connect’ plak, nape ye! Pelik gak saya….. Saya cuba gak 2, 3 kali namun hasilnya tetap sama, lantas saya menghubungi StreamyxCare dan bertanyakan tentang akaun Streamyx saya mungkin di’gantung’ perkhidmatannya. Kekeke, memang tepat jangkaan saya …… akaun Streamyx saya digantung buat sementara waktu kerana kerana bil belum dijelaskan dan masih ada yang tertunggak. Apara, itu pun boleh tak ingat. Saya pun dengan segera melangsaikan segala hutang yang tertunggak bagi memastikan akaun diaktifkan semula seperti sediakala. Sebenarnya kelewatan membayar bil ni bukanlah disengajakan kerana bil Streamyx dah 2 bulan tak sampai, itu yang menyebabkan saya terlupa tu.

Jadi apa kaitan saya dengan tajuk post saya kali ini —> PERBANKAN INTERNET! Ada kaitan, cuba baca kat bawah :

Sebenarnya sekarang ini begitu banyak kemudahan untuk menyelesaikan bil-bil kita sama ada bil Elektrik, Air, Astro, Streamyx, Tmnet, Kad Kredit, prepaid Online dan bermacam-macam jenis bil lagi la. Semua bil-bil tersebut dapat kita jelaskan hanya menggunakan Perbankan Internet atau dengan kata lain kita jelaskan pembayarannya menggunakan Perbankan Online sebagai satu medium yang memudahkan.

Sudah tentu kaedah ini lebih menjimatkan masa, tenaga dan kos kita! Kenapa saya kata begitu? Ya, dengan menggunakan Perbankan Internet tidak kira sama ada Maybank2u, BankIslam.biz, CimbClicks dan sebagainya, anda akan dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos untuk menjelaskan bil tersebut.

1- Masa :

  • Anda telah menjimatkan masa anda dari memandu kereta atau naik kenderaan awam atau beratur panjang hanya semata-mata untuk menjelaskan satu bil je!

    2- Wang/Kos :

    • Anda telah menjimatkan wang atau kos minyak petrol kenderaan anda untuk pergi membayar bil, menjimatkan wang dari membayar parking kereta (kalau tak sempat masukkan wang parking mungkin kena saman parking lak ), menjimatkan wang bagi yang membayar tol, menjimatkan wang dari membayar tambang kenderaan awam hanya semata-mata untuk pergi ke bank, pejabat pos, Tm Point atau sebagainya bagi menjelaskan bil-bil yang berkenaan.

      3- Tenaga

      • Sudah tentu anda dapat menjimatkan tenaga anda yang mungkin letih berjelir-jelir kerana terpaksa ke hulu ke hilir hanya untuk membayar satu bil je!

        Demikianlah antara kelebihan kita menggunakan Perbankan Internet untuk membayar semua bil-bil kita agar tidak berlaku cam saya di atas! Saya biasa menggunakan Perbankan Internet untuk menjelaskan bil telefon, Astro dan bil Kad Kredit malah prepaid reload pun saya beli menggunakan Perbankan Online! Tak perlu keluar malam-malam semata-mata untuk membeli kad prepaid RM10 je….. :)

        Jadi sama-sama kita memanfaatkan kemudahan yang disediakan di dalam Intenet ini agar lebih menjimat masa, wang dan tenaga kita, apatah lagi sekarang ni kos hidup semakin tinggi!

        Bagaimana anda?

        Popularity: 28% [?]

        2 YANG MEMBINASAKAN!

        Tazkirah January 4th, 2008

        Assalamualaikum,

        Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

        “Sesiapa yang dipelihara oleh Allah kejahatan di antara dua dagunnya dan kejahatan diantara dua kakinya, pasti dia akan memasuki syurga.”

        Rasulullah s.a.w telah menjelaskan kepada kita tentang kejahatan yang terdapat pada diri seseorang itu iaitu apa yang terdapat pada dua dagunnya iaitu lidah dan apa yang terdapat di antara dua kakinya iaitu kemaluannya. Kedua-dua anggota ini telah membinasakan ramai dari manusia semenjak dari terciptanya manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s sehinggalah ke hari ini. Kedua-dua anggota ini jugalah yang akan mengheret manusia ke lembah kecelakaan yang abadi iaitu Neraka. Oleh itu barangsiapa yang dapat memelihara kedua-dua anggota ini maka dia akan berada di dalam keadaan selamat dan aman kerana punca kejahatan dan maksiat adalah dari kedua-dua anggota tersebut.

        Tidakkah kita teringat peribahasa yang berbunyi “Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa”, begitulah hebatnya penangan mulut atau lidah itu, kerana ia mampu untuk membunuh seorang atau sekumpulan manusia, mampu untuk meruntuh rumahtangga seseorang, melaga-lagakan orang, menyebabkan dua puak berperang, menimbulkan perasaan benci seseorang kepada yang lain, memisahkan persahabatan dan berbagai-bagai lagi kecelakaan yang timbul hasil dari mulut atau lidah itu.

        Sabda Rasulullah s.a.w :

        “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah berdiam diri sahaja.”

        Begitu juga dengan fungsi kemaluan yang akan mengheret manusia itu ke lembah kehinaan sama ada di dunia ini mahupun di akhirat kelak. Telah banyak peristiwa dan sejarah yang menunjukkan tentang akibat buruk yang menimpa kaum-kaum yang menyalahgunakan fungsi kemaluan itu sendiri. Oleh itu berhati-hatilah terhadap kedua-dua anggota tersebut yang mungkin boleh menjerumuskan kita ke lembah kehinaan. Sesiapa yang dapat memelihara dan mengawal dua anggota tersebut pasti kehidupannya selamat dan akan memperolehi kemuliaan sama ada di dunia ini mahu pun di akhirat kelak.

        Popularity: 26% [?]


         Powered by Max Banner Ads