PROJEK
Pengumuman March 31st, 2008
Assalamualaikum,
Hari ini saya akan mengumumkan beberapa projek yang akan menemui anda semua dari Alhusna Gallery. Saya akan cuba berusaha untuk mencapai target saya bagi beberapa projek saya ini yang sepatutnya siap dalam masa terdekat. Di antaranya :
WEB TOOLS II versi Bonanza

Projek saya yang pertama akan menemui anda semuanya ialah WEB TOOLS II versi Bonanza yang merupakan kesinambungan dari WEB TOOLS II v1.5. Juga merupakan Pakej Bonanza Ulangtahun yang telah saya kemaskinikan agar bersesuaian dengan pakej WEB TOOLS II yang merupakan siri seterusnya bagi pakej grafik dan perkakasan bagi membina website. Jadi bagi mereka yang tidak sempat untuk mendapatkan PBU yang telah saya lancarkan pada awal bulan Februari selama 24 hari tersebut, bolehlah berbuat demikian untuk WEB TOOLS II versi Bonanza ini malah beberapa tambahan produk terkini 2008 saya sertakan dalam pakej ini. Jangkaan saya kemungkinan kapasiti produk ini adalah 3 CD tetapi belum lagi diputuskan dan sekarang kerja-kerja proses penyiapannya tinggal lagi 80% - masih banyak lagi tu tetapi saya akan cuba untuk menyiapkannya sebelum pertengahan bulan 4 nanti….kerana sempena ………???
KOLEKSI eBOOK - SUPER eBIZ

Produk pertama saya yang diberikan secara percuma sewaktu saya mula-mula menceburkan diri dalam arena Perniagaan Online ialah Koleksi eBook - Super Mega yang mengandungi 40 buah ebook percuma yang berkaitan dengan Perniagaan Online dari A sampai Z. Ebook yang semuanya ditulis dalam Bahasa Melayu oleh IM-IM terkenal tanah air telah saya kumpul pada asalnya untuk pembacaan saya sendiri sebagai persediaan sebelum saya membina Perniagaan Online saya, tetapi saya kemudian terfikir kenapa tidak saya kumpul dan berikannya kepada orang lain yang mungkin juga seperti saya (Newbie) pada waktu itu. Maka saya telah mengumpulnya dalam satu pakej dan memberikannya secara percuma diblog saya. Kali ini saya cuba mengemaskinikan Koleksi ebook ini dan menambahkan lagi ebook-ebook percuma yang kini berjumlah lebih dari 60 buah ebook Perniagaan Internet. Proses tinggal lagi 50% ……
AMAZING eCOVER versi 2.0

Amazing eCover merupakan koleksi script yang membantu anda untuk membina ecover sendiri dengan hanya 3 langkah sahaja. Saya akan mengemaskinikan produk ini dengan penambahan beberapa perkara yang perlu dan sesuai untuk anda menggunakannya. Saya belum lagi memulakan proses “update” produk ini tetapi Insya-Allah akan cuba menyegerakannya.
OneBiz Network

Ini bukan produk tetapi merupakan syarikat hasil perkongsian saya dengan Afzai Afandi - sekarang dalam proses pertama perancangan bagi membina dan menyediakan produk dan perkhidmatan pertama kami. Insya-Allah kami akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang mampu untuk membantu anda membina empayar perniagaan online sendiri.
Ok, itu sahaja makluman dari saya buat kali ini terima kasih.
Popularity: 34% [?]

















About






































