Ingin Jadi Webmaster? Bina Sendiri Website & Sistem?
Powered by MaxBlogPress 

 Powered by Max Banner Ads 

CLICKBANK - LUBUK EMAS?

Pengumuman April 28th, 2008

Assalamualaikum,

cb_logo.gif

Beberapa hari yang lalu kita dihangatkan dengan berita mengenai Clickbank yang telah membuka keahliannya kepada rakyat Malaysia setelah 4 tahun menyekat negara kita dari menjadi ahli Clickbank. Jadi ini adalahn berita baik bagi mereka yang ingin menjana pendapatan melalui Internet kerana CB diibaratkan seumpama sebuah gedung emas yang telah melahirkan ramai jutawan dari kalangan IM antarabangsa.

Saya sebaik sahaja mendengar perkhabaran ini melalui salah satu dari Thread di forum di WangCyber terus saja mendaftarkan diri walaupun dalam keadaan yang masih dalam keraguaan : “Eh, betul ke ni?” Mengapa saya ragu-ragu? Kerana saya telah mendaftar diri sebanyak 3 kali dengan Clickbank dalam masa setahun dan semuanya dibekukan kerana mereka tidak menerima Malaysia sebagai ahli CB hanya buka sementara je……… tetapi kali ini lain pula, berdasarkan kepada beberapa bukti berupa email yang dihantar kepada individu yang bertanya tentang hal ini dan jawapannya Malaysia dibenarkan!. Harap-harap kali ini biar berterusan dan tidak ada sebarang masalah yang timbul…….

Baiklah bagi mereka yang tidak mengetahui apakah Clickbank saya akan ceritakan serba sedikit mengenainya : Clickbank ialah seumpama sebuah eMall yang menyediakan pemasaran melalui sistem Affiliate kepada para ahlinya yang menjadikan produk digital sebagai fokus utama penjualan. Sekarang CB mempunyai lebih kurang 10,000 website bisnes yang menyediakan 100,000 affiliate dalam pelbagai jenis produk digital dan juga perkhidmatan melalui Internet dan ebook serta perisian adalah merupakan dua produk utama penjualan melalui Clickbank ini.

www.epustaka.com/clickbank

Clickbank menyediakan dua bentuk perkhidmatan asas iaitu Publisher dan Affiliate :

Publisher : Vendor / Sellers - Penjual boleh menjadikan CB sebagai orang tengah kepada produk mereka yang hendak dijual, CB akan menerima pembelian atau order dari pelanggan dan juga akan mengawal program affililiate bagi setiap produk yang berdaftar dengan CB. CB secara automatik akan membayar setiap komisyen affiliate bagi produk yang berjaya dijual melalui link affiliate yang disediakan. Pihak Clickbank akan mengeluarkan bill / resit penjualan kepada pelanggan, membayar kepada publisher dan membayar komisyen affiliate.

Affiliate : Merupakan satu sistem jualan yang disediakan oleh pihak Clickbank yang memberikan kita peluang untuk meraih pendapatan melaluinya dengan memasukkan sebarang produk atau perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak CB ke laman web atau blog sebagai satu promosi. Kita juga boleh menjadi Referrer dengan atau dengan kata lain sebagai broker / orang tengah yang membawa kawan-kawan untuk berdaftar sebagai publisher atau agen affiliate dengan Clickbank

www.epustaka.com/clickbank

Sebenarnya amat luas perkhidmatan dan keistimewaan Clickbank ini, kalau hendak dibuat kajian dalam masa yang singkat sememangnya tidak sempat…….CB juga ada menyediakan Clicbank Culculator bagi mereka yang mungkin banyak produk yang hendak dijual dan mungkin pening dan malas nak mengira komisyen secara manual maka anda boleh menggunakan Free Tools yang disediakan ini.

Ok, sekadar itu dulu perkongsian info mengenai Clickbank, jadi bagi mereka yang berminat jangan tunggu lagi ini peluang anda untuk meraih pendapatan yang lumyan kerana komisyen yang ditawarkan CB menjangkau sehingga 70%!!!

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan diri dengan Clickbank kerana Clickbank ialah “Clickbank adalah lubuk emas untuk membuat duit di internet!” . Daftar secara percuma di :

www.epustaka.com/clickbank


Click here to get Free Marketing Graphics

Popularity: 73% [?]

WEB TOOLS II BONANZA DILANCARKAN!!

Pelancaran, Pakej April 25th, 2008

Assalamualaikum,

 

set2.jpg

Web Tools II Bonanza sepatutnya dilancarkan pada 24 April 2008 iaitu bersempena dengan genapnya setahun usia blog epustaka saya dan setahun penglibatan saya dalam dunia Perniagaan Internet ini (sebenarnya setahun setengah)….tetapi disebabkan beberapa masalah yang dihadapi oleh saya maka saya terpaksa tunda pada hari ini.

www.myresellrightdepot.com 

Baiklah, Web Tools II Bonanza (WTIIB) ini merupakan pakej yang mengandungi lebih dari 210 produk (sekitar 218 sebenarnya) MRR/PLR yang sememangnya mendapat sambutan hangat pada penghujung 2007 dan sehingga April 2008. Kapasiti bagi WTIIB ini mencecah 1600Mb atau 1.6Gb yang terpaksa di’burn’kan dalam 3 keping CD atau sekeping DVD.

Oleh itu WTIIB ini merupakan pakej terbesar MRR/PLR pernah ditawarkan bagi tahun 2008 dan merupakan Megasales yang paling menguntungkan dan memberikan pulangan yang berganda kepada anda - tambahan pula harganya yang berbaloi untuk anda miliki. WTIIB mengandungi produk-produk yang terdiri dari software, video tutorial, audio, ebook, artikel, grafik, template dan kupon diskaun. Pelbagai Artikel PLR juga telah saya kumpul - baru dan lama sehingga mencapai 15,000 artikel dari pelbagai tajuk atau niche dan diberikan sebagai Bonus dalam pakej mega ini. Bagi mereka yang tahu tentang pentingnya Artikel PLR ini sudah tentu mereka akan berusaha mendapatkannya walaupun terpaksa berhutang sekalipun…. :).

www.myresellrightdepot.com

Bagi mereka yang ingin memulakan Perniagaan Internet, WTIIB ini amat sesuai untuk anda kerana 98% produk WTIIB mempunyai lesen MRR/RR/PLR! Oleh sebab itu saya telah meletakkan harga yang MUNASABAH untuk meringankan golongan Newbie memulakan Perniagaan Online mereka di samping mampu untuk mengaut keuntungan yang berganda (kreativiti anda)! Bagi mereka yang tidak mahu berniaga maka boleh menjadikan WTIIB ini sebagai bahan rujukan atau untuk menambahkan pengetahuan anda tentang dunia Perniagaan Online ini.

www.myresellrightdepot.com

Bagi mereka yang mempunyai masalah Line Internet yang mungkin slow atau sebagainya, jangan bimbang, saya seperti biasa akan menyediakan WTIIB ini dalam 2 bentuk - Downloadable dan CD / DVD - (3 CD / 1 DVD) dan akan dihantar kepada anda dengan menggunakan POS EKSPRES. Hanya dengan sedikit penambahan wang sahaja anda akan dapat memiliki CD WTIIB ini.

Saya juga akan melancarkan Program Affiliate bagi WTIIB ini pada bila-bila masa mungkin 1 Mei 2008 (tertakluk kepada perubahan) …. jadi sebarang berita saya akan salurkan di sini. Jadi rajin-rajin le singgah ye ……. harga akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat sebagaimana jadual yang saya telah letakkan di website. WTIIB kini tinggal 11 tempat lagi sebelum harga dinaikkan, kerana terdapat beberapa pembelian yang dilakukan sebelum saya melancarkan produk ini.

www.myresellrightdepot.com

Jadi rebutlah peluang ketika harga masih murah ini! namun jika dinaikkan sekalipun harganya masih dikira murah jika hendak dibandingkan dengan jumlah dan kualiti produk yang ditawarkan tersebut.

 

Saya juga membuka tempahan bagi sesiapa yang belum lagi gaji tetapi ingin memilikinya sebelum harga dinaikkan.

3dboxbasic1.jpg

Ops, sebelum itu saya juga turut melancarkan Koleksi eBook SUPER eBIZ yang diberikan secara PERCUMA dengan memasukkan email dan nama anda di website tersebut ….. saya juga akan tukarkan koleksi yang sedia ada diblog ini dengan versi baru ini. Terima Kasih!

size_a1.gif

Popularity: 81% [?]

KISAH TAUBAT

Tazkirah April 25th, 2008

Assalamualaikum,

1257.JPG

 

Terdapat satu kisah yang diriwayatkan oleh Alwan bin Daud dari seseorang di antara kaumnya sendiri : “Pada masa jahiliah, keluarga aku pernah mengutus aku untuk membawa sebuah hadiah untuk disampaikan kepada ” Dzul Kala’ “. Aku tidak dapat bertemu dengannya sehingga akhirnya aku tertahan di depan pintu gerbang kerajaan sehingga setahun lamanya. Suatu hari ketika aku melihat satu pemandangan dari dalam istana, di mana orang ramai yang berada di hadapan Raja Dzul Kala’ itu semuanya bersujud kepada Raja Dzul Kala’ itu. Aku lalu dipanggil menggadapnya dengan membawa hadiah itu dan pemberian tersebut diterima oleh Raja itu.

Raja Dzul Kala’ akhirnya memeluk Islam dan aku telah melihatnya sedang membeli daging dengan wang dirham. Pada ketika itu dia sedang menaiki kuda dan daging yang dibelinya itu digantungkan di punggung kudanya, sambil beliau melagukan syair :

“Untuk apa dunia ini jika harus begini
tiap hari aku berada dalam kesengsaraan
dahulu aku telah mendapat gelaran
orang yang paling bahagia hidupnya
hari berganti hari
Hidupku berubah menjad derita
alangkah buruknya kesengsaraan ini.”

Diriwayatkan pula dari Duraid dari Al-Rijasyi dari Al-Ashmu’i, Nabi Muhammad s.a.w pernah mengutus surat kepada Dzul Kala’ yang ketika itu menjadi Raja Thaif melalui utusan baginda iaitu Jarir bin Abdullah yang mengandungi seruan agar Dzul Kala; memeluk Islam. Pada ketika itu Dzul Kala’ pernah mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan dan dia selalu ditaati oleh rakyatnya sehinggalah Rasulullah s.a.w wafat, manakala Jarir utusan Rasulullah s.a.w masih belum kembali. Kekuasaan Dzul Kala’ berterusan sehingga tiba zaman khalifah Amirul Mukminin, Saidina Umar Al-Khatob r.a dan ketika zaman inilah beliau mendapat hidayah dan hatinya mencintai Islam. Kerana kecintaannya terhadap Islam, Dzul Kala’ kemudian mengirimkan satu delegasi yang dipimpinnya sendiri dengan membawa lapan ribu hamba abdi. Sebaik tiba di hadapan Saidina Umar r.a dia pun mengisytiharkan dirinya untuk memeluk Islam dan ketika itu juga beliau telah membebaskan empat ribu hambanya.

Umar r.a berkata sebaik sahaja melihat hal tersebut : “Wahai Dzul Kala’, Aku memohon kepada engkau agar bersetuju untuk menjual baki lagi dari hamba abdi engkau itu kepada aku (untuk tujuan membebaskannya) dan aku akan membayar satu pertiga harganya di sini dan satu pertiga lagi akan aku bayar di Syam!

Dzul Kala lantas menjawab : “Berikan kepada aku tempoh sehari untuk memikirkan tawaran dari tuan tersebut.”

Dzul Kala’ pun meminta diri untuk pulang ke rumahnya dan sebaik tibanya dirumah, beliau telah bertindak membebaskan semua baki hamba abdi yang dimilikinya.

Keesokkannya Dzul Kala’ kembali menggadap Saidina Umar r.a dan Saidina Umar lantas bertanyakan tentang tawarannya sebelum ini itu : “Bagaimana keputusan engkau dengan tawaran aku semalam mengenai hamba-hambamu itu?

Sesungguhnya Allah telah memilihkan jalan terbaik buat aku dan mereka daripada tawaran yang tuan telah berikan itu.” jawab Dzul Kala’

Apa yang engkau maksudkan itu, wahai Dzul Kala’, tanya Umar kepadanya.

Mereka telah aku merdekakan kerana Allah,” jawabnya ringkas.

Demi Allah, kamu telah melakukan yang terbaik, wahai Dzul Kala’ ujar Umar r.a

Wahai Amirul Mukmini, aku mempunyai dosa yang aku rasakan terlalu besar dan Allah tidak akan mengampuninya,” kata Dzul Kala’ kepada Umar.

“Dosa apakah itu, wahai Dzul Kala’,” tanya Umar r.a

Aku terlalu suka orang ramai menyembah aku dan aku telah menganggap diri aku ini yang tertinggi dan jumlah rakyat yang menyembah aku sekitar seratus ribu orang,” demikian penjelasan Dzul Kala’

Taubat itu harus dilakukan secara ikhlas dan kembali kepada Allah s.w.t harus dikerjakan dengan bertekad dan berazam untuk meninggalkan semua perbuatan itu dan tidak sekali-kali mahu mengulanginya. Semoga perbuatan tersebut akan diperkenankan oleh Allah s.w.t dan diterima taubat dan memberikan keampunan-Nya. Allah s.w.t telah berfirman :

Janganlah engkau berputusa asa dari rahmat Allah” - Az-Zumar 53

klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan

Popularity: 72% [?]

GENAP SETAHUN!

Umum April 23rd, 2008

Assalamualaikum,

epustaka.gif

Hari ni saya ingin berkongsi satu kegembiraan buat semua pembaca iaitu mengenai blog saya - pada bulan ini maka genaplah setahun usia blog epustaka.com ini setelah pelbagai cabaran dan dugaan ditempuhi (cheewah - sebenarnya pada 24 April). Pejam celik, celik pejam, aik dah setahun dah blog saya ni! dah besar agaknya ni tetapi mungkin belum matang lagi, Insya-Allah akan berusaha agar mencapai tahap kematang an yang memuaskan.

Genapnya setahun blog ePustaka ini maka bermakna setahun juga penglibatan saya dalam arena Perniagaan Online yang telah memberikan kepada saya 1001 kepuasaan dalam diri ini. Pelbagai pengalaman dihadapi sepanjang berkecimpung dalam arena perniagaan maya ini ada yang menggembirakan ada yang mendukacitakan (tapi alhamdulillah banyak sukar dari duka) yang mungkin akan mematangkan saya di dalam proses menempuh masa-masa akan datang dalam dunia Perniagaan Internet ini……. yang pasti perbezaan ketara di antara Perniagaan Online dan Offline!

Namun semakin lama berkecimpung dalam dunia eBiz ini terasa semacam semakin banyak yang hendak dipelajari malah dada ini terasa kosong dengan ilmu-ilmu Perniagaan Online ini, tetapi alhamdulillah, seakan-akan mengetahui cetusan hati saya ini maka satu seminar telah dianjurkan oleh Team Jom Seminar iaitu JomSeminar - Multiple Streams of Online Income. Terdetik di hati saya bahawa inilah peluang keemasan yang perlu saya rebut sekarang iaitu belajar, sewaktu ada peluang untuk menimba ilmu dan berkongsi teknik dan panduan dari Otai-otai kita yang mahir dan pakar dalam bidang masing-masing…..! Jadi jumpa saya di sana ya ….Insya-Allah!

Sempena ulangtahun pertama blog saya ini maka saya akan melancarkan Web Tools II Bonanza yang merupakan satu lagi megasales dan Pakej Terbesar MRR/PLR bagi tahun 2008 ini dengan harga yang sememangnya tidak akan anda perolehi di tempat lain. Nantikan post saya selepas ini……

Perkongsian Rahsia Dari 5 Pakar

Popularity: 58% [?]

SEMINAR GEMPAR - 5 IM TERKEMUKA!

Seminar April 20th, 2008

Assalamualaikum,

klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan

Post kali ini saya ingin sentuh mengenai satu seminar yang akan diadakan pada awal bulan 5 nanti yang menggabungkan 5 orang IM terkemuka dari Malaysia yang tidak asing lagi dalam dunia Perniagaan Online. 5 orang pakar dalam Perniagaan Internet ini akan menggegarkan dewan Hotel Armada pada 10 Mei 2008 yang bermula pada pukul 9.00 a.m sehinggan 5.00 pm.

www.epustaka.com/jomseminar

JomSeminar - Multiple Streams of Online Income, begitulah nama yang diberikan untuk Seminar Internet ini yang sememang menarik perhatian saya untuk ke sana, apatah lagi nama-nama seperti Syed Ikhwan, Alang, Gobala, Fuad Latif dan Yusri adalah nama yang tidak asing lagi dalam arena eBiz ini dan masing-masing mempunyai kepakaran dalam bidang yang berlainan….semangat semakin berkobar-kobar. Mereka ini adalah IM yang berjaya memperolehi pendapatan 6 angka hasil dari Internet!!!

Jadi 10 Mei ini merupakan hari yang bersejarah kerana mereka sanggup turun padang untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka, dan ilmu yang diberikan oleh mereka bukan ilmu yang biasa-biasa kita temui di Internet malah rahsia-rahsia, kunci, petua yang telah menjadikan mereka berjaya dalam arena Perniagaan Online. Mereka akan menerangkan kepada kita kaedah dan cara yang betul mendapatkan wang dari Internet dan menjadi seorang Internet Marketer yang berjaya melalui Perniagaan Online yang sebenarnya - bukan melalui Skim Pelaburan Internet, Sistem Piramid atau Ponzi, HYIP dan bermacam-macam lagi yang boleh menjejaskan status Perniagaan Online itu sendiri.

jom.gif

5 Usahawan Internet tersebut mempunyai kepakaran tersendiri dalam bidang masing-masing :

1- Alang - Pemilik beberapa website, web directories, forum dan merupakan sponsor utama forum Wangcyber.com. Beliau seringkali keluar di dada-dada akhbar yang menceritakan tentang kejayaan beliau.

2- Gobala Krishnan - Seorang IM terkenal bukan sahaja di Malaysia malah diperingkat antarabangsa - merupakan seorang yang pakar dalam Internet Marketing dan memiliki berbagai produk yang hangat seperti Wordpress Adsense System dan beliau sering menganjurkan teleseminar dan ecourse secara percuma di Internet.

3- Syed Ikhwan - Seorang yang tidak perlu diperkenalkan lagi - seorang Pakar Adsense di Malaysia dan beliau sering memberikan ilmu dalam kelas personal mengenai adsense ini untuk mereka yang berminat dalam bidang Adsense.

4- Fuad Abdul Latip - Seorang penulis buku fizikal yang bertajuk - “15 Teknik Efektif Internet Marketing

5- Yusri - Seorang yang misteri - merupakan pakar dalam Program Affiliates serta Program Cost Per Action

Yuran yang dikenakan untuk seminar hebat ini ialah RM479 setiap seorang –namun –> 20% diskaun bagi 30 pendaftaran awal iaitu RM397…..harga ini terhad untuk siapa yang cepat! Harga yang cukup berbaloi jika hendak dinilaikan dengan ilmu dan pengalaman yang bakal mereka curahkan. Apatah lagi pihak penganjur telah menyediakan BONUS-BONUS yang bernilai tinggi dan tidak dapat diperolehi di lain-lain tempat.

Malah anda juga akan memperolehi BONUS EKSKLUSIF yang tidak ditawarkan oleh pihak Jom Seminar - habis tu siapakah yang menawarkannya? Huhu, sudah tentu BONUS tersebut adalah dari saya!!! Apakah Bonus tersebut dan bagaimanakah caranya?? Nanti saya ceritakan di akhir rancangan post nanti.

www.epustaka.com/jomseminar

Oleh itu bagi mereka yang benar-benar serius dan berminat serta mempunyai azam yang tinggi untuk menceburkan diri dalam dunia Perniagaan Online maka Seminar ini adalah platform anda! Setiap bidang pekerjaan yang diceburi perlulah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dari mereka yang benar-benar pakar dan sebaik-baik menuntut ilmu tersebut adalah secara berguru bukan sekadar membaca semata-mata! Sebarang permasalahan, persoalan, kemusykilan, was-was, keraguan dan sebarang tanda tanya yang berlegar-legar di kepala otak kita boleh diselesaikan dengan 5 orang pakar ini - tanya mereka dan terjah kepakaran mereka dengan pertanyaan anda tersebut. Agar segala kekusutan dan persoalan yang anda hadapi mengenai dunia Perniagaan Online akan berjaya dileraikan oleh kelima-lima pakar tersebut dalam seminar ini. www.epustaka.com/jomseminar

Baiklah seperti yang dijanjikan - saya telah menyediakan BONUS EKSKLUSIF untuk anda yang menyertai forum ini melalui LINK saya! Bonus tersebut ialah Web Tools I V 2.0, Web Tools II Bonanza (Belum lagi dilancarkan), Killer Text Versi Premium dan Amazing eCover yang bernilai keseluruhannya RM150! Semua produk ini adalah dalam versi CD yang akan saya poskan direct ke pintu rumah anda mengunakan POS EKSPRES!

jom_bonus.gif

Caranya ialah —> klik link saya atau banner yang terdapat pada post ini dan kemudian daftarkan diri anda untuk seminar, bonus akan dihantar sebaik sahaja saya berjaya mengesahkan pembayaran anda tersebut dengan pihak Jom Seminar - tetapi sebelum itu anda perlulah menghantar nama penuh anda kepada saya menggunakan borang Hubungi Kami di blog ini. Rebutlah peluang yang jarang-jarang datang ini - selamat ber’seminar’.

p.s - Sila dapatkan Video percuma dengan mendaftarkan diri anda di laman web jom seminar ini!

klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan

Popularity: 49% [?]

WEB DITUTUP!

Pengumuman April 17th, 2008

Assalamualaikum,

j0431523.png

Saya ingin memaklumkan bahawa laman web MyResellRightDepot.com akan ditutup buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada proses terakhir pembikinan produk terbaru nanti. Oleh itu produk Web Tools II juga akan ditamatkan kerana mungkin saya akan update ke versi baru atau saya akan tukarkannya kepada satu produk yang lebih terkini.

Bagi agen affiliate yang berdaftar dengan Web Tools II jangan bimbang kerana saya masih mengekalkan anda sebagai agen kami untuk produk Web Tools II BONANZA iaitu produk terbaru saya…..dan anda tidak perlu mendaftarkan diri anda, hanya ‘login’ menggunakan id dan password yang telah didaftarkan sebelum ini.

Insya-Allah, produk MEGA MRR/PLR ini akan saya keluarkan tidak lama lagi ………bagi mereka yang tidak sempat untuk mendapatkan Pakej Bonanza Ulangtahun yang telah saya lancar pada bulan Februari dan ditamatkan pada 24 Februari yang lalu, bolehlah mendapatkan produk ini kerana mengandungi lebih dari 150 produk MRR/PLR terkini dengan harga yang cukup istimewa.

size_a.gif

Popularity: 47% [?]

KILLER TEXT - VERSI LIGHT PERCUMA!

Grafik, Percuma April 16th, 2008

Assalamualaikum,

textexamples.jpg

Bagi peminat grafik atau mereka yang suka mengubahsuai website, ecover, banner, header dan sebagainya pasti gembira dengan produk terbaru yang sedang hangat sekarang di pasaran antarabangsa ini iaitu Killer Text! Killert Text ini mampu untuk menjadikan tulisan atau text anda bertukar menjadi pelbagai bentuk hasil dari “special effect” dan sudah tentu ianya akan menjadikan text anda tersebut lebih bermaya dan segar jika hendak dibandingkan dengan text biasa atau plain text.

Saya belum lancar lagi produk ini secara rasmi tetapi kepada Subscriber saya sudah tentu telah memperolehi email VVIP dari saya yang menawarkan harga istimewa untuk kedua-dua versi produk ini. Bagi mereka yang berminat hendak mencubanya terlebih dulu boleh berbuat demikian di sini :

Versi Light - Percuma!

cover_light.jpg

Versi Light - Percuma!

 

Killer Text telah didatangkan dalam dua versi iaitu versi Regular dan Premium - Versi Regular mempunyai 25 Layer Style dan 25 font manakal Versi Premium pula mempunyai 125 Layer Style dan 125 Font. Saya hanya akan tawarkan versi Regular sahaja manakala versi Premium hanya akan ditawarkan selepas pembelian versi Regular sahaja TETAPI bagi subscriber saya kedua-dua versi tersebut saya tawarkan dengan harga DISKAUN!

cover_regular.jpg cover_premium.jpg

Anda boleh mencuba terlebih dulu keunikan Killer Text ini melalui Versi Light yang diberikan secara PERCUMA, sila dapatkannya sekarang dan cuba sendiri untuk mengetahui apakah keunikan yang saya telah saya katakan tadi.

p.s - Kegunaan untuk Adobe Photoshop & Photoshop Elements dan sesuai untuk PC & Mac

panduan menjana pendapatan lumayan di ebay

Popularity: 69% [?]

JANGAN JADI PEMINTA SEDEKAH!

eBook, Percuma April 14th, 2008

Assalamualaikum,

im3.jpg

IM siri ke 3 telah pun berada di pasaran sekarang dengan isikandungan yang sememangnya mantap dan dipenuhi dengan pelbagai topik dan cerita-cerita yang berkisar tentang Perniagaan Online. Kali ini topik perbincangan IM 3 berkisar kepada Perniagaan eBook - adakah masih relevan penjualan ebook ni? Persoalan ini akan dijawab oleh IM yang tidak asing lagi di Malaysia mahu pun peringkat antarabangsa yang menjadi “model” bagi cover IM 3 kali ini - Gobala Krishnan. Beliau akan menjawab persoalan tersebut dan mengupas pandangannya mengenai isu penjualan ebook ini.

http://majalahim.com

Paling menarik mengenai majalah IM edisi April ini ialah audio interview bersama Gobala turut disertakan sekali dengan IM kali ini dalam format MP3. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk memilikinya kerana Team Majalah IM yang diketuai oleh saudara Adly aka Labanon dan Zhafran ini telah bersusah-payah berusaha untuk memastikan majalah ini dapat dikeluarkan tanpa bayaran sesen pun - PERCUMA!

http://majalahim.com

Tetapi kenapa tajuk post saya di atas lain macam je, apa kena-mengena dengan majalah IM ini???

Sebenarnya tajuk saya tersebut merupakan petikan dari kata-kata Gobala Krishnan tentang mentaliti sesetengah dari kita yang ingin memulakan Perniagaan Internet. Beliau menyifatkan mereka yang hanya bertanya semata-mata tanpa usaha dan belajar sendiri adalah seorang yang tidak bertanggungjawab dan bukan mentaliti seorang Business Owner!

You must try to solve all the problem and take your own responsibility for your own action and that is the way to succeed”.

Jadi saya rasa lebih baik anda mendapatkannya sekarang kerana ianya percuma je! Ok.

Popularity: 76% [?]

REBUT 5 SEBELUM 5

Tazkirah April 11th, 2008

Assalamualaikum,

 

matchpix2.gif

Riwayat dari Ar-Tirmizi dan Muslim dari Amru bin Maimun r.a bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah menyampaikan satu pelajaran kepada seorang lelaki dengan sabdanya yang bermaksud :

Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda mu sebelum datangnya hari tua, masa sihat mu sebelum datang masa sakit, masa kaya mu sebelum papa, masa lapang mu sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum datang saat kematian.

Hadis di atas memperlihatkan kepada kita bahawa 5 peluang yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w di atas merupakan 5 waktu yang sememang kita tempuhi di dunia ini dan 5 perkara kemudian tersebut juga adalah perkara yang bakal kita hadapi kelak. Anugerah tersebut telah diberikan oleh Allah s.w.t secara PERCUMA sahaja tidak memerlukan kepada bayaran sesen pun, kita cuma diperintahkan agar memanfaatkan 5 masa dan memenuhinya sebaik mungkin. Namun jika sekiranya kita tidak menggunakan 5 masa yang diberikan tersebut sebaik mungkin, maka kita juga yang mendapat kerugian akibat kedatangan 5 waktu yang menyebabkan kita kerugian dan tidak dapat lagi berbuat apa-apa.

Kita telah diberikan masa muda oleh Allah s.w.t yang penuh dengan kecergasan dari sudut fizikal, kecekalan rohani, kekuatan tubuh badan yang mampu menanggung bebanan yang berat serta minda yang cerdas dan mampu untuk menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahun dan juga pengalaman hidup. Berapa ramaikah yang tidak mampu mengecapi masa muda mereka sebaik mungkin akibat mereka tidak diberikan nikmat ini?

Kita perlu sedar bahawa masa muda, masa sihat, masa kaya, masa lapang dan masa hidup ini tidak akan kekal selama-lamanya kerana kita pasti akan bertemu dengan masa tua, masa sakit, masa miskin, masa sibuk dan akhirnya bertemu dengan penghujung kehidupan yang akan memutuskan segala kenikmatan yang kita kecapi di dunia ini iaitu MATI.

Oleh itu bersama-samalah kita memanfaatkan kenikmatan 5 masa tersebut yang telah diberikan secara PERCUMA sahaja oleh Allah s.w.t yang merupakan satu amanah yang perlu dipikul dan kita pasti akan dipersoalkan-Nya nanti…!

Pakej Web Jualan Evolusi

Popularity: 49% [?]

STRATEGI SEBAGAI INTERNET MARKETER

Umum April 6th, 2008

Assalamualaikum,

 

p_023.jpg

Lagi kisah menarik mengenai Internet Marketer tempatan mendapat liputan akhbar … sapa lagi kalau bukan otai Dr.Irfan Khairi dan Alang. Akhbar melaporkan tentang Perniagaan Internet yang mereka lakukan serta pendapatan yang mampu diraih oleh mereka melalui Internet. Saya bukan mahu mengulas tentang kedua-dua otai tersebut tetapi ingin mengambil sedikit pengajaran serta ilmu di sebalik kejayaan yang dikecapi oleh mereka berdua yang boleh kita jadikan sebagai idola bagi mencampai kejayaan seperti mereka.

Jika kita baca dan dengar tentang kejayaan mereka seakan-akan nampak mudah je kan? Tanpa kita sedari bahawa kejayaan yang mereka kecapi tersebut bukanlah terhasil dari “goyang kaki” atau dengan kata lain bukan melalui “jalan mudah” untuk sampai ke tahap yagn mereka capai sekarang ini! Mereka telah berusaha berdasarkan minat serta bersungguh-sungguh dalam berusaha dan konsisten terhadap kerja-kerja mereka tersebut. Inilah rahsia kejayaan mereka sebenarnya……

Saya sebenarnya ingin menulis mengenai strategi dan taktik luar biasa yang kebiasaannya digunakan oleh mereka yang berjaya di dalam lapangan kerjaya masing-masing tanpa mengira apakah bentuk pekerjaan mereka tersebut. Apakah strategi yang boleh saya ada kita pratikkan? Cuba kita lihat point-point tersebut :

1) Menawarkan perkhidmatan atau informasi

Apapun jenis Perniagaan Online yang dijalankan oleh kita - perlu kepada satu niche yang boleh kita fokuskan sama ada berbentuk produk atau perkhidmatan. Ini memandangkan tawaran kita yang berbentuk produk atau perkhidmatan mampu menjadikan kita berjaya mencapai matlamat kita.

Anda akan dilihat sebagai seorang yang pakar dalam sesuatu bidang atau niche yang anda tawarkan jika sekiranya anda benar-benar konsisten terhadap niche anda tersebut. Maka akan terbina satu ikatan dengan pelanggan dalam bentuk kepercayaan dan hubungan baik yang akan membantu memperkukuhkan perniagaan kita. Bina satu kepercayaan di antara anda dengan pelanggan melalui ikatan perniagaan yang jujur dengan menawarkan produk seperti perisian, informasi atau perkhidmatan yang mampu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh mereka dengan penuh bertanggungjawab.

Kita juga perlulah sentiasa kreatif di dalam di dalam perniagaan kita agar lebih membantu kelancaran perniagaan kita. Contoh terbaik dan terdekat dapat kita lihat kekreatifan seseorang ialah seperti SmartZul dan Labanon yang sentiasa saja kreatif di dalam membina perniagaan mereka.

2) Mengambil berat tentang pelanggan anda.

Ini juga merupakan satu faktor yang mampu membantu perniagaan kita walaupun perkara tersebut nampak remeh saja. Perlu jujur dalam urusan jual beli kita biar apa pun yang kita tawarkan kepada mereka. Bukan sahaja kita perlu fokuskan kepada jualan semata-mata malah kita perlu juga fokuskan juga kepada bantuan atau support jika mereka memerlukannya. Pertanyaan atau permasalahan mereka perlulah dijawab dengan sebaik mungkin - jangan berlagak seperti seorang yang sombong terutama kepada soalan-soalan yang telah ditanya berulang-kali. Mungkin kefahaman mereka tidak sama seperti kita, mungkin dengan memberikan jawapan sekali masih belum cukup buat mereka! Melainkan jika sekiranya soalan yang ditanya tersebut pada perkara yang bukan bidang kita maka perlulah menjawabnya dengan penuh berhemah.

Bagi pelanggan pula, mereka perlu mengetahui bahawa soal-jawab dalam bentuk tulisan tidak mengambarkan situasi sebenar emosi si penjual yang menjawab soalan atau si pembeli yang menanyakan soalan kerana intonasinya mungkin berbeza dengan jawapan atau soalan secara lisan atau berdepan. Mungkin kita nampak jawapan yang diberikan agak kasar sedangkan situasi sebenar tidak begitu - yang penting saling bersangka baik!

Sekali saja anda menunjukan prestasi yang baik kepada pelanggan anda maka perniagaan anda akan mula dipercayai dan prospek anda akan sentiasa menunggu produk atau perkhidmatan anda yang terkini…malah akan menarik lebih ramai pelanggan.

3) Tawarkan yang terbaik!

Ini juga merupakan salah satu faktor terpenting jika mahu berjaya di dalam perniagaan online kita. Menawarkan produk-produk yang berkualiti, terkini dengan harga yang berpatutan, begitu juga dengan perkhidmatan-perkhidmatan kita.

Tawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan atau special offer kepada pelanggan tetap atau diskaun jika sekiranya mereka membeli produk kita secara borong serta menawarkan beberapa hadiah-hadiah yang berkualiti kepada mereka. Produk yang ditawarkan kepada pelanggan juga perlulah bermanfaat melebihi dari nilai yang ditawarkan kepada mereka.

4) Sentiasa menghubungi prospek anda

Menggunakan fungsi Autoresponder sama ada yang berbayar seperti Getresponse atau yang percuma seperti yang ditawarkan dalam Pakej Web Jualan - untuk menghubungi pelanggan anda sama ada memberikan informasi terkini mengenai produk anda atau jv atau sebarang informasi semasa.

Mailing List merupakan aset terpenting bagi seseorang IM kerana di situlah terkumpulnya pelanggan yang sentiasa setia bersama-sama anda sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan anda atau dengan kata lain “Unsubscribe” dari Mailing List kita.

Menghantar email informasi seperti tip, perkongsian ilmu, pengalaman, tawaran istimewa, diskaun, kupon dan sebagainya bukan hanya sekadar menghantar email jualan semata-mata! Ini akan mewujudkan keyakinan prospek atau pelanggan-pelanggan terhadap anda.

Demikianlah sedikti perkongsian tip yang mungkin saya sendiri pun dalam proses untuk merealisasikan point-point di atas agar lebih profesional di dalam perniagaan ini. Semoga teknik-teknik tersebut dapat membantu kita untuk berdiri sebagai satu Perniagaan Online yang stabil dan mempunyai reputasi yang baik agar tahap kepercayaan orang ramai terhadap Perniagaan Online semakin kukuh dan mantop!

Popularity: 36% [?]


 Powered by Max Banner Ads