PENGGUNA INTERNET PERLU BERDAFTAR?
Umum May 30th, 2008
Assalamualaikum,

Pengguna internet kena daftar? Betul ke? Saya ada terbaca di dalam akhbar harian beberapa hari yang lepas mengenai tajuk “Pengguna Internet Wajar Mendaftar” - kalau tidak silap berbunyi “Setiap pengguna Internet wajar mendaftar identiti diri mereka sebelum dibenarkan menggunakan rangkaian internet.”
Langkah di atas dibuat bagi memastikan keselamatan, keyakinan dan demi melindungi semua pengguna Internet dan juga orang ramai yang menggunakannya.
Bagaimana pendapat anda?
Adakah selepas ini para pengguna internet sudah tidak bebas lagi atau setiap gerak-geri mereka diperhatikan atau pun akan wujud satu undang-undang maya bagi memastikan setiap aktiviti online dapat dipantau.
Menurut akhbar yang saya baca itu lagi : “Keterbukaan dan demokrasi yang diamalkan di Internet pada masa sekarang ini boleh memberikan ancaman terutama dari aspek sosial di kalangan masyarakat di seluruh dunia, oleh itu ia perlu dikawal.“
Lagi : “Keadaan ini menjadi bertambah sukar terutamanya kepada negara yang mengamalkan dasar tidak menapis sebarang bahan seperti yang diamalkan di negara ini serta beberapa negara lain.”
Emph, bagaimana pendapat anda?

Popularity: 74% [?]














About






































