Ingin Jadi Webmaster? Bina Sendiri Website & Sistem?
Powered by MaxBlogPress 

 Powered by Max Banner Ads 

BERITA BAIK UNTUK ORANG PANTAI TIMUR KHUSUSNYA KELATE!!!

Seminar June 27th, 2008

Assalamualaikum,

 

Berita baik untuk orang Kelate dan Gganu kerana satu lagi ilmu perniagaan baru yang mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang rahsia dan kehebatannya walaupun perniagaan ini mampu memberi income yang lumayan. Perniagaan SMS yang mungkin merupakan satu perniagaan yang masih baru bagi kebanyakan dari kita malah mungkin masih ramai yang tidak tahu langsung apakah yang dimaksudkan dengan Perniagaan SMS ini dan tidak ramai lagi yang menerokainya.

Tahukah anda, bahawa telefon bimbit merupakan satu peralatan moden yang PASTI ada pada setiap individu tidak mengira usia atau bangsa sehinggakan seawal 7 tahun pun telah mempunyai telefon bimbit sendiri!!!

Jika kita merujuk kepada statistik yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada suku ke-3 bagi tahun 2007, terdapat lebih dari 2 juta pengguna talian mudah alih.

Ini merupakan BERITA BAIK bagi mereka yang mengetahui keuntungan di sebalik info di atas kerana zaman sekarang ini semua perniagaan yang berkaitan telekomunikasi kini telah menjadi perniagaan yang boleh memberikan keuntungan yang amat memberansangkan. Cuba lihat iklan di television yang menggunakan undian SMS atau langganan SMS sama ada rancangan Realiti seperti Akademi Fantasia atau langganan waktu Solat atau tips istimewa yang memerlukan kita menaip satu ‘Keyword’ seperti ‘SOLAT AHMAD dan send ke nombor 21111′ dan akan akan mendapat maklumat selepas SMS itu dihantar dan SMS tersebut sudah tentu menelan kos sekitar RM0.50 sehingga RM2.00 betul tak? Tahu tak siapakah yang mengaut keuntungan tersebut? Sudah tentu syarikat-syarikat gergasi yang mampu mengaut keuntungan sehingga jutaan RM!!!

Alangkah ruginya jika kita tidak memanfaatkan peluang keemasan ini!

Pada suku ke-3 bagi tahun 2007 lebih dari 14.6 billion SMS telah dihantar dan pada suku pertama 2006 sebanyaj 7.4 bilion SMS telah dihantar yang melibatkan pelbagai urusan sama ada bersifat peribadi atau urusan perniagaan.

JADI APA KAITAN SEMUA INI???

sms.gif

Bagi anda yang ingin merebut peluang keemasan ini maka pihak Akademi SMS.com milik personaliti yang tidak asing lagi dengan Pemasaran SMS ini iaitu Encik Irwan Dahnil yang akan menganjurkan satu Seminar SMS dalam siri seminar SMS beliau kali ini di Kelantan. Ya, di KELANTAN!!! Seminar SMS ini akan diadakan di :

Tempat : Hotel Sutera Inn, Kota Bharu Kelantan
Tarikh : 5 Julai 2008
Masa : 8.30 - 5.30

http://www.epustaka.com/seminarsms

Saudara Irwan Dahnil akan mendedahkan teknik dan cara untuk memulakan Perniagaan SMS melalui beberapa kaedah yang mudah, cepat dan menguntungkan tanpa memerlukan kepada perkakasan mahal seperti pejabat atau sebagainya, hanya berada di rumah sahaja anda sudah boleh menjana wang sampingan! Tetapi bukan melalui cara skim-skim cepat kaya atau pelaburan haram ya!

Di dalam seminar ini beliau juga akan mendedahkan :

  • Bagaimana SMS - Chatting mampu menjana Pendapatan Puluhan Ribu ?
  • Mengapa perniagaan SMS Ringtone tetap menguntungkan walau lebih 7 tahun?
  • Kenapa Akademi Fantasia boleh mengaut keuntungan lebih RM10 juta melalui SMS ketika Mawi menjadi juara?
  • Berapa banyak pelaburan SMS ON CINTA sehingga mampu membeli iklan TV bernilai RM25,000 ?
  • Bagaimana anda boleh buat duit dengan SMS hanya dengan tips hebat?
  • Perniagaan maklumat yang menjana lebih RM12,000 pendapatan sebulan
  • dan banyak lagi…..

Terdapat segelintir dari rakyat Malaysia yang terpaksa memendam hasrat dan keinginan mereka untuk berniaga disebabkan ketiadaan MODAL malah mungkin hasrat terpendam mereka itu dibawa sehingga mati! Sebenarnya terdapat beberapa perniagaan alaf baru ini yang boleh diceburi tanpa memerlukan kepada modal yang besar atau dengan modal yang paling minimun seperti Perniagaan Online dan Perniagaan SMS!

Tahukah anda bahawa :

  • 90 % perniagaan SMS gagal kerana menggunakan modal yang tinggi ketika memulakan perniagaan ?
  • Keyword SMS seperti AFUNDI (Akademi Fantasia) dannombor kod 5 digit seperti 32555 boleh didapati secara percuma ?
  • Modal perniagaan SMS boleh bermula dari RM0 sehingga RM250,000 mengikut kemampuan masing-masing?
  • Perniagaan SMS bukan hanya menjadi wakil jualan sahaja. Anda juga boleh menjadi SMS Gateway atau Content Provider.

Siapa Yang Perlu Hadir ke Seminar ?

  1. Ingin berniaga tetapi tidak ada modal yang besar
  2. Berminat dengan ilmu perniagaan terutama perniagaan ‘arus semasa’
  3. Tidak mempunyai idea untuk memulakan perniagaan SMS
  4. Telah mempunyai idea yang bernas tetapi tidak tahu sama ada boleh dilakukan atau tidak
  5. Ingin mendapatkan pendapatan sambilan sama ada sampingan dan sepenuh masa dari rumah
  6. Syarikat yang ingin menggunakan SMS sebagai alat pemasaran dan promosi yang berkesan
  7. Anda yang tidak mempunyai pengetahuan teknikal mengenai SMS
  8. Setiap individu yang mempunyai telefon bimbit dan ingin mendapatkan wang darinya

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini terutam bagi rakyat negeri Kelantan, manfaatkan telefon bimbit anda jangan hanya sekadar topup kemudian habis, kemudian topup kemudian habis tanpa sebarang usaha untuk membantu diri sendiri agar mampu untuk topup dengan wang hasil dari SMS sendiri! ( -peringatan untuk yang mempunyai minat untuk berniaga kalau dah tak minat kita boleh paksa! )

Bagi mereka yang tidak mengetahui lokasi sebenar Hotel Suter Inn, maka bolehlah klik imej di bawah ini.

peta-sutera-inn_besar.jpg

http://www.epustaka.com/seminarsms

Harga yang ditawarkan adalah harga istimewa dan tempat adalah terhad, sila buat tempahan segera agar anda tidak berputih mata nanti kerana terlepas peluang untuk mempelajari ilmu perniagaan yang menguntungkan ini kerana pada SMS anda terdapat 7 jenis perniagaan yang boleh anda rebut iaitu :

 

  1. Undian
  2. Chatting
  3. IOD
  4. Subscribe
  5. Page
  6. Slogan
  7. Pertandingan

Rasanya untuk maklumat lanjut lebih baik anda ke seminar tersebut kerana jika saya menulis lebih panjang mungkin saya tidak disenangi oleh saudara Irwan Dahnil kerana saya dilihat cuba untuk menjadi speaker! Gurau je …… :D

Tarikh : 05 Julai 2008
Tempat : Sutera Inn Hotel, Kota Bharu, Kelantan
Masa : 8.30 am - 5.00 pm
Speaker : Encik Irwan Dahnil

Jika berminat atau inginkan maklumat lanjut sila ke : http://www.epustaka.com/seminarsms

kelate_banner.gif

Popularity: 64% [?]

PLUGIN MAX BANNER ADS - MUDAH!

Percuma June 26th, 2008

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi satu plugin istimewa yang memudahkan anda untuk memasukkan banner ads di blog anda atau dengan kata lain memasukkan banner iklan produk sendiri atau affiliate tanpa perlu bermain dengan kod atau secara manual.

Max Banner Ads merupakan satu plugin bagi wordpress yang mempunyai Control Panel tersendiri bagi memudahkan anda untuk memasukkan banner iklan ke blog anda tanpa perlu bersusah payah menggunakan kaedah lama iaitu bermain dengan kod. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengesan setiap Impression, Klik dan CTR pada setiap banner yang anda letak di blog anda. Menarik bukan? Ini membantu anda untuk mengetahui tahap keberkesanan sesuatu banner yang anda letakkan di blog anda.

max.gif

Anda boleh melihat sendiri Cpanel Max Ads ini yang mengandungi beberapa bahagian termasuk bahagian ‘tracking’ Impressions, Klik dan CTR bagi setiap banner yang diletakkan di blog anda. Saya telah mencubanya di blog www.abooain.com - anda akan dapat lihat iklan banner Raja Bidvertiser dan Panduan Asas HTML adalah menggunakan Max Ads ini.

Jadi bagi yang berminat boleh download di sini :

Max Banner Ads atau ke sini : MaxBlogPress

Selamat mencuba.

Popularity: 76% [?]

BIDVERTISER VS ADSENSE = ???

eBook June 20th, 2008

Assalamualaikum,

 

 

bidvertiser.jpg

Apabila kita mendengar perkataan Google Adsense maka semua akan kenal dan ketahui apakah Google Adsense. Google Adsense yang sudah begitu sinonim dalam Pengiklanan Online di kalangan mereka yang menceburkan diri dalam Perniagaan Online sama ada di Malaysia mahu pun di peringkat antarabangsa. Para blogger dan pengusaha website di Malaysia pasti menggemari Google Adsense kerana sesetengah mereka telah mencapai pendapatan sehingga ribuan RM sebulan hanya dengan Google Adsense!

Namun sebenarnya bukan mudah untuk memperolehi income yang stabil dari program Google Adsense ini tambahan pula ‘minimum payout’ sebanyak $100, peh, bukan mudah tu. Jika tidak fokus secara bersungguh-sungguh maka agar sukar untuk mencapai tahap $100 tersebut bagi membolehkan kita mendapat bayaran dari Google Adsense.

http://www.epustaka.com/rajabidvertiser

Tahukah anda terdapat satu lagi alternatif kepada Google Adsense yang mungkin tidak ramai yang mengetahuinya iaitu BidVertiser yang menawarkan ‘minimum payout’ sebanyak $10 je! Wow, taklah letih nak mengejarnya kan? BidVertiser ini di samping menawarkan minimun payout sebanyak $10 yang dibayar menggunakan Paypal ia juga menawarkan minimun payout $50 menggunakan cek, banyak pilihankan?

BidVertiser mengambil pendekatan yang agak ‘lembut’ dan berbeza jikan hendak dibandingkan dengan Google Adsense dan mempunyai beberapa kelebihan seperti boleh meletakkan iklan Adsense dan Bidvertiser bersama dalam satu blog atau website serta risiko ‘banned’ yang agak kurang dan sebagainya.

http://www.epustaka.com/rajabidvertiser

BidVertiser juga menawarkan ‘refferal’ iaitu setiap orang yang mendaftar sebagai publisher di bawah anda maka anda akan dibayar sebanyak $10 jika sekiranya downline anda tersebut mencapai tahap minimun payout $10!

Anda boleh mencubanya jika sekiranya berminat, namun anda memerlukan kepada panduan atau teknik yang betul agar lebih mudah dan cepat untuk anda mencapai minimun payout atau lebih. Saudara Anwar telah melakukan kajian selama 5 bulan dan mengeluarkan sebanyak 11 teknik berkesan untuk meningkatkan lagi nilai CPC Bidvertiser anda.

Anda boleh mencubanya di sini : http://www.epustaka.com/rajabidvertiser

Saya menawarkan kupon diskaun bagi ‘Subscriber List’ saya, jadi sila tunggu email dari saya kerana kupon diskaun tersebut khas buat subscriber saya.

Popularity: 84% [?]

KISAH TAUBAT

Tazkirah June 20th, 2008

Assalamualaikum,

Diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud r.a dia berkata : Ada dua desa yang mana satu desa tersebut merupakan sebuah desa yang harmoni dan sebuah lagi merupakan desa yang dipenuhi dengan kezaliman dan kejahatan. Pada suatu hari seorang lelaki dari desa yang dipenuhi kezaliman itu telah meninggalkan desanya menuju ke desa yang harmoni.

Di pertengahan jalan dia dihadang oleh malaikat Izrail yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk mencabut nyawanya namun telah terjadi perselisihan di antara Malaikat Izrail dengan iblis.

Iblis berkata : “Orang ini sentiasa mentaati aku dan tidak pernah menderhakai aku.

Izrail pula berkata : “Orang ini telah keluar dari desanya untuk bertaubat.

Kerana perdebatan di antara keduanya itu tidak menemui jalan penyelesaian maka akhirnya diputuskan agar penyelesaiannya adalah dengan mengukur jarak jauh perjalanan lelaki tersebut di antara kedua desa itu. Selepas diukur ternyata tubuh lelaki tersebut lebih dekat jaraknya dengan desa yang baik dan harmoni berbanding dengan desa yang dipenuhi kezaliman dengan jarak hanya satu jengkal. Namun dengan kelebihan tersebutlah dosanya diampuni oleh Allah s.w.t.

Popularity: 74% [?]

KEPENTINGAN KOD HTML!

Pelancaran, eBook June 16th, 2008

Assalammualaikum,

Tahukah anda betapa pentingnya kod HTML bagi seseorang yang ingin membina sesebuah website atau blog? Walaupun sekarang ini begitu banyak Website Builder / Website Editor seperti Microsoft Frontpage, Dreamweaver, NVU dan sebagainya sama ada percuma atau berbayat namun ianya tidak sekali-kali menafikan kepentingan kod HTML dalam proses untuk membina website, pengubahsuaian atau penambahan ‘coding’ pada theme blog!

Jangan pandang remah pada fungsi kod HTML ini kerana ianya satu perkara yang MESTI dipelajari agar anda akan lebih selesa dan lancar di dalam proses untuk membina website.

Tahukah anda apakah fungsi tag di bawah ini :

<td align=”center”>

<p></p>

<a href= </a>

Ataupun pernahkah anda berhadapan dengan situasi begini :

Macamana aku nak letakkan imej produk affiliate aku ni? Banyak sangat kod dalam sidebar blog aku ni?

atau
 

“Di mana Aku nak letak kod google adsense ni? Di dalam tag ini ke “<p></p>”? ataupun tag ini “<td></td>” ?”

Pernahkah anda menghadapi situasi sedemikian? Saya pernah melaluinya! …… kerana pada permulaan saya menceburkan diri dalam dunia ebiz ini pengetahuan saya tentang kod HTML adalah ‘zero’ dan mengambil masa yang agak lama untuk memahamkan fungsi sesuatu kod HTML tersebut (sekarang pun masih ada yang tak faham - namun masih ingin belajar).

Percayakah anda bahawa ada sesetengah orang (kebanyakan Newbie) terpaksa mengupah rakan-rakan mereka hanya semata-mata untuk memasukkan kod Google Adsense tersebut? Bukanhkah ia merugikan? Sebenarnya, masalah di atas boleh diselesaikan dengan mudah tanpa perlu mengupah orang lain, hanya dengan cara anda memahami asas HTML.

Apa itu HTML?

Tag di atas disebut sebagai HTML (HyperText Markup Language). Ia adalah kod yang dihasilkan untuk memaparkan dalam bentuk visual apa yang anda taip di dalam tag.

Contoh anda inginkan teks anda BOLD. Tag seperti di bawah digunakan :

<b>Bold</b> = BOLD

Anda inginkan teks anda berbentuk Italic, tag seperti di bawah digunakan :

<i>ITALIC</i> = ITALIC

Dan banyak lagi yang boleh anda lakukan hanya dengan menggunakan tag HTML ini.

“HTML tak pentinglah…!” Betul ke?

Secara jujur saya katakan terdapat segolongan mereka yang berpendapat sedemikian termasuklah saya sewaktu awal-awal menceburkan diri dalam dunia ebiz ini kerana bergantung 100% kepada keupayaan perisian yang dapat membina laman web ataupun blog tanpa mengetahui HTML.

Ya, memang saya tidak menafikan fakta tersebut……tetapi dengan memahami HTML, anda tahu apa yang anda lakukan. Anda mudah mengesan dimana berlakunya kesilapan, error di laman web atau blog anda.

http://www.epustaka.com/panduanhtml

Saya yakin, anda pernah mengalami situasi di atas bukan? Perkara beginilah yang membuatkan kadang-kadang ramai orang ‘blank’, tak tahu apa nak buat dan sebagainya. Bagi mereka, susah untuk mempelajari HTML. Ingin saya tegaskan, daripada pelbagai jenis bahasa komputer di dunia ini, kod HTML adalah bahasa komputer yang paling senang dipelajari.

Berikut adalah beberapa kelebihan sekiranya menguasai HTML :

1. Dapat mengubahsuai laman web dengan lebih mudah
2. Dapat memperbaiki masalah laman web walau tanpa perisian (Frontpage, NVU,Dreamweaver dsb)
3. Dapat mengoptimumkan rekabentuk dan kualiti laman web
4. Dapat menguruskan dan mengedit blog anda dengan lebih mudah

Banyak lagi kelebihan jika anda mengusai HTML -Kalau tak percaya cuba tanya pada pakar-pakar HTML ini. Apakah perasaan mereka? Nak edit blog, nak mengurus laman web, hatta, anda juga boleh mencari ‘side income’ sekiranya anda mengusai HTML. Bagaimana? Anda fikirkanlah sendiri!!!

beli.jpg

Alhamdulilah, sekarang anda tidak perlu lagi bersusah payah belajar di internet melalui tutorial-tutorial percuma, saudara MazlieNadzri telah menghasilkan ebook Panduan Asas HTML dalam Bahasa Melayu.

Kini anda tidak perlu lagi risau sekiranya anda tidak faham English di dalam tutorial yang anda belajar secara percuma di internet, kerana saudara MazlieNadzri telah menulis khas untuk anda di dalam ebook tersebut.

Dapatkan ebook Panduan Asas HTML ini segera untuk anda memantapkan ilmu HTML anda.

http://www.epustaka.com/panduanhtml

Anda boleh dapatkan segera ebook Panduan Asas HTML ini yang diberikan harga istimewa dan terhad. Bertindaklah segera dengan mendapatkanya di sini :

http://www.epustaka.com/panduanhtml

Popularity: 83% [?]

RAHSIA 10K DILANCAR!!!

Pelancaran, Pakej June 10th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

 

rahsia.png

Lebih seminggu kita digemparkan tentang satu pakej yang bakal muncul dan bakal melakukan satu revolusi baru dalam industri Perniagaan Internet. Malah pakej ini juga telah menjadi buah mulut para IM sekalian kerana kehebatan dan kecanggihan pakej tersebut.

Team Flarebiz telah melancarkan pakej tersebut yang merupakan produk terbaru mereka yang bertajuk “Pakej Lengkap Rahsia 10K” yang ditulis oleh mereka sendiri bertujuan untuk membongkarkan mengenai “blueprint” untuk mendapatkan RM10K sebulan.

http://www.epustaka.com/rahsia10k

Blueprint untuk mendapatkan RM10K ini merupakan blueprint sebenar yang digunakan oleh Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz untuk mendapatkan RM10K sebulan dalam bulan Januari 2008 walaupun pada ketika itu Adly sedang menunggu keputusan SPM keluar.

budok.png

http://www.epustaka.com/rahsia10k

Pakej Rahsia 10K ini ditulis berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan antara pakej yang paling lengkap kerana ia merangkumi semua aspek yang diperlukan dari e-book, video dan mp3 interview khas untuk Rahsia 10K ini.

Pakej Lengkap Rahsia 10K ini mengandungi:

- Ebook Rahsia 10k - Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k - Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k - Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)
- Forum Sokongan Eksklusif (Tidak Ternilai!)

Harga yang diletakkan oleh mereka iaitu RM47 juga agak rendah buat masa ini dan rasanya mereka perlu meletakkan harga lebih tinggi lagi kerana pakej Rahsia 10K ini sangat lengkap untuk anda semua. Tahniah untuk Flarebiz kerana telah membuatkan perniagaan internet ini semakin mudah untuk semua orang!

Dapatkan segera sebelum harga Pakej Lengkap Rahsia 10K ini naik dua atau tiga kali ganda selepas ini! Dapatkan segera di http://www.epustaka.com/rahsia10k sekarang juga!

Saya akan menyediakan satu bonus yang tidak pernah saya pasarkan kepada umum iaitu :

  1. Video Marketer Tools Kit
  2. EZ Ebook Template
  3. EZ EBook Template 2
  4. EZ Ebook Template 3
  5. Squeeze Pack
  6. eCover Software
  7. Salespage Primer
  8. 35 PLR Article Marketing
  9. 45 PLR Article Affiliate Marketing
  10. Kupon Diskaun RM10 bagi PWTI v2.0

bonus10k3.jpg

Harga yang ditawarkan adalah harga terhad dan kemungkinan di buka seminggu je …… jadi rebutlah peluang keemasan ini!!! http://www.epustaka.com/rahsia10k

Popularity: 100% [?]

PERJUMPAAN IM KELANTAN KALI KE-3

Umum June 8th, 2008

Assalamualaikum,

Hari ini sekali IM Kelantan berjaya menganjurkan perjumpaan kali ke-3 sesama ahli yang berjaya diadakan di KB Mall. Perjumpaan kali ini bermula pada pukul 11.00 pagi yang dihadiri oleh beberapa IM seperti Syed Ikhwan, Labanon, RinggitHit, Kasyidi, Pheyz, WanCyber, Abu Hanis dan saya sendiri.

Saya yang keluar dari rumah lebih kurang pukul 10.00 mendapat panggilan dari Labanon yang mengatakan beliau dapat menghadiri perjumpaan tersebut, kerana pada asalnya beliau tidak dapat hadir kerana ada urusan di kampung beliau. Saya meneruskan perjalanan ke Perpustakaan Az-Zahra’ terlebih dahulu untuk menyelesaikan tugas saya di sana dan saya juga berjanji dengan WanCyber untuk pergi bersama-sama beliau dan beliau memang dan sedia menunggu di Pustaka Az-Zahra’ (pada waktu tu beliau sedang meng’update’ blog bola beliau - maklumlah musim EURO). Lebih kurang pukul 11.00 kitorang bergerak ke KB Mall - Noodle Station dan apabila kami sampai 3 orang IM dah ada kat situ iaitu Labanon, Kasyidi dan Abu Hanis - 3 orang IM yang sememangnya bersemangat waja dan mempunyai keazaman yang tinggi…. :)

Tidak lama kemudian Faisal aka Pheyz pun tiba dan diikuti kemudian Syed Ikhwan bersama isteri dan akhir sekali ialah Saudara Azam aka RinggitHit.

dsc00356.JPG dsc00357.JPG

Perbualan kami seperti biasa bermula dengan sesi taaruf dengan Abu Hanis dan Faisal kerana saya belum pernah bertemu secara berdepan sebelum ini - kenal di alam maya je! Perbualan kami selepas itu berkisar tentang dunia ebiz dan perkongsian ilmu dari Otai seperti Labanon, Syed dan RinggitHit. Banyak gak idea yang dicetuskan dalam pertemuan ini tetapi memerlukan perancangan dan persiapan rapi serta memerlukan kepada kerjasama yang padu dari para IM sekalian.

Pertemuan berakhir pada pukul 3.15 petang dan kami kemungkinan perjumpaan seterusnya diadakan pada penghujung tahun ini, Insya-Allah. Terima Kasih kepada RinggitHit kerana belanja kitaorang……

Pakej Web Jualan Evolusi

Popularity: 74% [?]

TINGKATKAN MOTIVASI DIRI DENGAN INTERVIEW PERCUMA INI!

Percuma June 6th, 2008

Assalamualaikum,

 

interview.jpg

Satu lagi produk istimewa yang diberikan oleh Labanon menjelang pelancaran Rahsia10K iaitu “Temubual Eksklusif Bersama Labanon” yang merupakan temubual yang mempunyai nilai-nilai motivasi yang cukup bermutu dan mampu untuk meningkatkan lagi semangat dan motivasi diri di dalam mendirikan Perniagaan Online. Motivasi ini amat penting bagi diri kita terutama dalam konteks kita sebagai Internet Marketer agar kita tidak mudah putus asa atau buat kerja separuh jalan.

 http://www.epustaka.com/percuma/interview_labanon.zip

Oleh itu “Temubual Eksklusif Bersama Labanon” ini dikeluarkan oleh saudara Labanon bagi meningkatkan lagi prestasi motivasi diri agar sentiasa menaik dan tidak menurun!

Anda boleh lihat kandungan interview bersama Labanon ini :

- Rahsia dan strategi yang digunakan untuk mendapat 5 angka sebulan!
- Membongkarkan kenapa produk tip adsense menjadi tumpuan orang ramai.
- Penerangan mengenai perniagaan Internet yang sebenar.
- Bagaimana ingin menjadi usahawan yang bertenaga oh!
- Bagaimana ingin belajar tentang perniagaan Internet.
- Tip management dalam menyiapkan sesuatu kerja.

Dan banyak lagi isu-isu mengenai eBiz serta tip yang dikongsikan oleh Labanon untuk kita semua. Sila dapatkannya ketika masih diberikan secara PERCUMA ni.

 http://www.epustaka.com/percuma/interview_labanon.zip

Popularity: 86% [?]

JANA WANG ADSENSE 2.0

Pelancaran, Umum June 5th, 2008

Assalamualaikum,

 

jwabox.jpg

Penjualan ebook Jana Wang Adsense versi 2.0 kembali dibuka pagi ini, Khamis - 5 Jun 2008 pukul 9.30 pagi setelah hampir 2 minggu ditutup penjualannya akibat sambutan hangat yang diterima oleh Saudara Munawwar terhadap produk ini. Kali ini ebook JWA2.0 akan dibuka semula untuk umum tetapi bagi jumlah yang telah dihadkan!

Pakej paling lengkap pernah saya baca mengenai Google Adsense yang mengajar anda cara untuk menjana pendapatan melalui Adsense melalui kaedah percuma iaitu menggunakan blogspot! Saudara Munawwar telah mengajar satu persatu bermula dari cara untuk membina blog percuma (langkah yang dilengkapi penerangan bergambar) sehinggalah kepada proses untuk mendapatkan traffic, kaedah terbaik untuk mendapatkan klik dari pelawat dan sebagainya.

http://www.epustaka.com/janaadsense

Namun yang pastinya, bagi mereka yang telah memiliki ebook ini pasti akan meluahkan rasa puas-hati mereka terhadap pakej ini, anda boleh melihat luahan perasaan mereka tersebut di forum WangCyber dan di surat jualan tersebut. Ini merupakan salah satu testimoni dari otai mengenai harga produk seperti mana yang terdapat dalam surat jualan JWA 2.0 tersebut.

“Munawar…Anda Tidak Waras!”

Anda tidak waras dalam meletakkan harga bagi produk Jana Wang AdSense! Terlalu murah bagi produk yang sangat terperinci, lengkap dan berkualiti. Jika saya menjadi anda, saya PASTI akan meletakkan harga sebanyak 3 kali ganda daripada harga yang anda tawarkan sekarang. Ini kerana produk anda sangat-sangat lengkap dan mempunyai nilai yang tinggi. Jika anda gandakan harga sekalipun, saya tetap akan membelinya! Tahniah di atas produk yang sangat berkualiti.

Ya, harganya memang terlalu murah jika hendak dibandingkan dengan :

  1. Ilmu yang terkandung di dalamnya
  2. Hasil yang anda akan kecapi nanti
  3. Bonus yang diberikan
  4. Bantuan susulan

Kali ini Saudara Munawwar menghadkan jualannya mungkin atas sebab-sebab tertentu, oleh itu peluang anda untuk memilikinya mungkin agak terbatas jika anda tidak segera bertindak! Ramai yang kecewa apabila versi 1.0 dan versi 1.1 ditutup terus jualannya dan versi 2.0 ditutup sementara akibat server down! Jangan berlengah lagi untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai Google Adsense ini sebelum terlambat.

http://www.epustaka.com/janaadsense

Saya akan menawarkan bonus seperti biasa iaitu berupa 4 produk terkini dan menarik untuk pembelian JWA 2.0 ini menggunakan link affiliate saya iaitu :

  1. Killer Text - Premium
  2. Easy Web 2.0
  3. Scribbles Premium
  4. DIY Minisite Kit

bonus.gif

http://www.epustaka.com/janaadsense

 

Tawaran bonus dari saya ini hanya dibuka untuk 5 hari sahaja iaitu akan berakhir pada 10 Jun 2008 - dapatkannya segera sebelum saya menarik tawaran istimewa saya ini. Sila hantarkan bukti pembayaran anda beserta nama, alamat dan no hp untuk tujuan pengesahan dengan pihak Jana Wang Adsense v2.0

 

jwa2ani.jpg

Popularity: 81% [?]

MINYAK NAIK LAGI!!!

Umum June 4th, 2008

Assalamualaikum,

basikal2.jpg

Minyak naik lagi! Minyak naik lagi! Minyak naik lagi! …… mungkin itu lah kalimah yang di’ratib‘kan hari ini dan mungkin untuk beberapa hari / minggu atau berbulan-bulan selepas ini!

Satu kenaikan yang sememangnya amat dirasai bebanannya terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah!

Adakah sudah tidak ada cara atau jalan penyelesaian lain selain dari menaikkan harga minyak yang sememangnya akan mempengaruhi kenaikkan harga barang-barang lain pula. Bagi mereka yang bergaji ribuan atau jutaan RM sebulan mungkin kenaikan tersebut tidak terjejas tetapi bagaimana halnya dengan mereka yang ‘income’ hanya sekitar RM250 ke atas atau kurang dari itu???

Minta mereka bersabar? Mintak mereka join ebiz? Minta mereka join adsense? - cakap memang mudah!

Saya sebelum ini telah memperuntukan RM40 seminggu (RM40 x 4 = RM160 sebulan) untuk minyak namun dengan kenaikkan ini saya akan ‘terpaksa’ memperuntukkan RM56 bagi seminggu (RM56 x 4 minggu = RM224!) RM224 untuk minyak sahaja belum lagi untuk barang yang akan naik nanti! - Confirm!

Pagi ni nasib baik saya sempat bubuh minyak penuh, namun setakat mana akan bertahan? Seminggu? Sebulan?

Apa pendapat anda semua!

Popularity: 69% [?]


 Powered by Max Banner Ads