Keistimewaan 10 Hari Pertama Zulhijjah
Assalamulaikum,
Rasanya sudah lama saya tidak menulis dalam bab Tazkirah ini, Insya-Allah pada hari ini kita sama-sama renungi kelebihan yang terdapat pada bulan Zulhijjah ini.
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda : “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah.” Riwayat Al-Bukhori
Ibnu Hibban di dalam Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Seutama-utama hari ialah hari Arafah“
Pada bulan Zulhijjah ini terdapat beberapa peristiwa yang terkenal dalam sejarah Islam. Bulan Zulhijjah atau dikenali sebagai bulan haji ini menyimpan pelbagai peristiwa penting dalam sirah perjuangan Rasulullah s.a.w di dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Di antaranya :
- Rasulullah s.a.w telah membawa barang dagangan milik Saidatina Khadijah r.a ke Syam iaitu pada tahun ke-5 sebelum dilantik menjadi Nabi.
- Baiah ‘Aqabah - Perjanjian Aqabah yang berlaku pada tahun ke-13 selepas perlantikan menjadi Nabi. Perjanjian ini disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari Kaum Aus dan Khazraj.
- Tercetusnya peperangan As-Sawiq pada tahun kedua Hijrah. Di dalam peperangan As-Sawiq ini, Rasulullah s.a.w telah keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang telah menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Kumpulan Abu Sya’ban telah melarikan diri apabila mendengar mereka diekori oleh Rasulullah s.a.w, sewaktu melarikan diri ini mereka telah mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan proses melarikan diri itu.
- Rasulullah s.a.w telah menghantar satu kumpulan tentera pada 7 Zulhijjah tahun ke-5 hijrah ke perkampungan Bani Sulaim yang dikepalai oleh Ibnu Abi Al-’Arjak.
- Ibrahim, putera Rasulullah s.a.w telah dilahirkan iaitu pada tahun ke-8 Hijrah dari isteri baginda, Mariah Al-Qibtiah
- Rasulullah s.a.w mengerjakan haji yang dikenali sebagai Hajjatul Wida’ atau Haji Perpisahan. Rasulullah s.a.w telah menyampaikan amanat-amanat atau khutbah baginda yang terkenal itu di sini yang mengandungi amanat, peraturan, nasihat dan cara hidup dalam Islam.
- Abu Bakar As-Siddiq r.a telah mengerjakan haji pada tahun 12 Hijrah bersama-sama Umat Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
- Tercetusnya peperangan di antara Tentera Islam dengan Tentera Rom, dimenangi oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Umamah Al-Bahiliy
- Kemenangan tentera Islam ketika menentang tentera Rom, tentera Islam ketika itu dipimpin oleh Yazid bin Abi Sya’ban manakala Rom dipimpin oleh Sarjius. Perperangan berlaku di Wadi ‘Arabah di Palestin
- Saidina Umar Al-Khatab telah dibunuh pada 23 hijrah oleh Lu’luah Al-Majusi
- Saidina Uthman bin Affan telah dipilih sebulat suara oleh Majlis Syura untuk menjadi khalifah yang ke-3
- Saidina Ali bin Abi Tolib sebagai khalifah yang ke-4 menggantikan Saidina Uthman pada tahun 35 hijrah
Semoga bulan Zulhijjah ini memberikan kita satu suntikan semangat bagi meneruskan kehidupan seharian kita agar lebih baik dan berkualiti dari hari sebelumnya. Semoga Allah s.w.t memberikan kemudahan dan melapangkan rezeki kita untuk mengerjakan Haji terutama ketika usia masih muda dan tubuh badan masih dalam keadaan sihat walafiat, Amin!




semoga dinaikkan semangat kita semua…
insyaAllah…
Semoga ia mampu memberikan semangat untuk kita semua, Amin!
Leave a comment!
Umum »
Hari Memboringkan+Hari Menggembirakan!
Assalamualaikum,
Kenapa tajuk post saya kali ini lain je bunyinye? Hari yang memboringkan tersebut kerana pada 28 Januari baru-baru ini line telefon di rumah saya terputus sehingga 3 hari lamanya. Dalam tempoh itulah saya telah menelefon …
Langgan Artikel Di Blog Ini!
Categories
PRODUK FEBRUARI
Rangkaian Alhusna
Polls
Blogroll
Top Commentators
Recent Posts
Hot Partner!
Terbaik
Produk Graphics Tools Series Terkini!!!
Hosting Terpilih!
Autoresponder Terpilih!
JOM FOLLOW!
VVIP
Tags
Advertiser Affiliate autoresponder Bisnes Bisnes Online blog Clickbank duit eBiz eBook email Free Report GIMP google adsense Graphics headers hosting im internet internet marketer Islam Joint Venture jv Malaysia Master Resell Right membership MRR newbie Niche online oto Palestin paypal Perniagaan Internet Perniagaan Online plr Private Label Right Ramadhan Resell Right rr teknik Usahawan Internet Video Website WordpressApa Saya Buat...?
Posting tweet...
Powered by Twitter Tools.