Pelancaran Blog PLR Series
Assalamualaikum,
Rasa-rasanya bahang bola Piala Malaysia semalam masih terasakan? Hehe, tahniah buat Negeri Sembilan kerana berjaya merangkul Piala Malaysia. Bagi Negeri Kelate pulok, takdok hal punya masuk akhir ni pun dah kira satu kejayaan besar dah tu, boleh cuba lagi lain tahun. Namun hadiah berupa ‘cuti Ahad’ di Kelantan hari ini (Tok Guru Isytihar baru-baru ni) memang best ler…..
Ok, kita tinggal dulu bab bola ni (sebab memang saya tak minat langsung bola ni dan juga kaki bangku, muahaha)…
Saya nak maklumkan satu berita baik buat para peminat Private Label Right atau PLR atau yang seangkatan dengannya seperti Resell Right, Master Resell Right dan sebagainya. Saya telah melancarkan BLOG PLR Series iaitu satu blog khas untuk para peminat PLR yang ingin berkongsi pengalaman dan tip tentang Niche ini. Saya sendiri akan berkongsi pengalaman saya dan juga tip bagaimana hendak menggunakan produk Resell Right bagi tujuan membina perniagaan terutama sekali dari produk-produk emas PLR!
Insya-Allah, saya juga akan menganjurkan pertandingan untuk memeriahkan lagi BLOG PLR SERIES saya ini dengan hadiah lumayan menanti anda! Buat masa sekarang pertandingan ini terbuka hanya untuk para SUBSCRIBER saya sahaja, jadi bagi yang belum mendaftarkan diri tu boleh berbuat demikian ya….
>> www.plrseries.com <<








.gif)













Leave a comment!