RAHSIA BLOGGER!!!
Buku October 3rd, 2007
Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Hari ini saya ingin berkongsi mengenai buku Rahsia Blogger yang tulis oleh IM yang tidak asing lagi iaitu Mohd Suhaimy Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Shuth (Pengasas Forum WangCyber) dan Mohammed Farid Sulaiman.
Bagus! itu perkataan pertama yang terkeluar setelah saya membaca secara sepintas lalu buku Rahsia Blogger ini yang saya terima pada hari ini. Hati kecil saya berkata : “nape tak tulis dari dulu lagi…!” Sebab banyak tips-tips dan rahsia serta maklumat berguna yang dikongsi oleh penulis dengan kita.Saya hendak tulis sikit je preview mengenai buku ini, nak tahu lebih lanjut dan terperinci anda terpaksa beli lah ye..! Buku Rahsia Blogger ini sememangnya telah membongkar 1001 rahsia untuk menjana wang atau pendapatan melalui blog malah tanpa mengeluarkan modal pun. Buku ini di mengandungi 7 bab utama yang mengandungi sejarah blog, maklumat, praktikal, tip-tip dan rahsia untuk :
- Menghasilkan wang melalui blog tanpa mengeluar modal pun
- Cara untuk membina blog “Step by Step”
- Kelebihan blog jika hendak dibandingkan dengan website
- Beliau juga menceritakan 10 cara untuk menghasilkan wang menggunakan blog!
- Tips untuk menghasilkan blog yang menarik
- Kaedah-kaedah untuk mempromosi blog anda dan menarik perhatian pelawat ke blog anda tersebut.
Sekadar itu saja yang dapat disimpulkan hasil dari pembacaan saya secara sepintas lalu, kalau cerita lebih-lebih ramai pulak yang tak membelinya nanti….naye! Bagi saya buku ini memang banyak manfaat terutama bagi Newbie atau anda yang ingin menjana pendapatan melalui blog kerana Shuth telah mengolah setiap penjelasannya dengan gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami….tidak berbunga-bunga cam novel cinta.
Sekadar ‘preview’ ikhlas je ni tak dapat upah atau komisyen pun …… bagi anda yang berminat untuk memiliki buku ‘Rahsia Blogger’ oleh Shuth dan Farid ini, bolehlah mendapatkannya pada harga diskaun di www.rahsiablogger.com.
Popularity: 42% [?]

















About






































