Ingin Jadi Webmaster? Bina Sendiri Website & Sistem?
Powered by MaxBlogPress 

 Powered by Max Banner Ads 

BERJALAN SEBELUM BERLARI!

eBiz February 5th, 2008

Assalamualaikum,

 

p_008.jpg

Tentu anda tertanya-tanya kenapa tajuk camtu ye..? Apa kaitan dengan Perniagaan Internet ni? Sebenarnya tajuk tu dah dipendekkan, kalau nak dikira sebenarnya berbunyi camni : “Merangkak dulu sebelum berjalan dan berlari!

Apa kaitannya dengan ebiz ni……?

Sebenarnya apa yang saya hendak ulaskan di sini adalah ringkas je ………yang saya maksudkan dengan berjalan dulu sebelum berlari ia berdasarkan kepada penglibatan kita dalam Perniagaan Online ini, untuk berjaya seperti Otai-otai Malaysia Irfan Khairi, SaifulSham, SmartZul, Labanon, Amirul Web Jualan, Amirol Sistem Rahsia dan ramai lagi yang telah mengecap kejayaan setelah berusaha keras untuk berdiri tegak di dalam lapangan ebiz ini. Oleh itu untuk mengecap kejayaan di dalam Perniagaan Online ini bukanlah satu perkara yang mudah dan senang, seperti tanggapan sesetengah golongan yang mengatakan bahawa sekelip mata je nak dapatkan RM10k ni!

Betul ke?

Betul ke nak dapatkan wang RM10k ni mudah je, Labanon?

Tajuk post saya - ‘Berjalan dulu sebelum kita dapat Berlari‘ ni sebenarnya lebih menjurus kepada proses pembinaan Perniagaan Internet itu sendiri yang mana bukanlah satu perkara yang mudah untuk membina Perniagaan Internet dan tidaklah pula satu perkara yang sukar, cuma perlulah mengikuti landasannya ‘step by step‘ - tidak boleh melompat-lompat atau overconfidence yang menyebabkan kita akan bertemu dengan pelbagai kesukaran dan seterusnya tersungkur sebelum sempat merasa wang hasil dari eBiz ini.

Bagi anda yang mungkin ‘0′ / zero tentang Perniagaan Internet ini tetapi mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk mempunyai empayar perniagaan Online sendiri maka perlulah bermula dari A, B, C –> Z bukannya bermula dari B,E,U –> O ….!

Mulakan dengan belajar, berguru, membaca, mendengar, melihat –>MENUNTUT ILMU - yang berkaitan dengan Perniagaan Internet –> kemudian cuba praktikkan ilmu yang dipelajari tersebut dengan penuh tekun dan sabar dan diketika inilah anda mungkin akan bertemu dengan pelbagai kegagalan dan kesilapan sewaktu proses praktikal ini — di sini anda perlu melakukan percubaan demi percubaan. Trial & Error ini perlu bagi membuktikan kecekalan yang kita boleh berdikari bagi menghasilkan kejayaan sebelum kita bertanya kepada guru atau kawan-kawan kita….. contohnya anda sedang mempelajari cara-cara membina Website menggunakan perisian Microsoft Frontpage secara ilmiah sama ada berguru secara berdepan atau melalui YM, email, telefon, video tutorial, web cam, manual dan sebagainya …. kemudian apabila tiba masanya anda mempraktikan segala ilmu yang dipelajari tersebut tiba-tiba anda tidak berjaya membina Website atau ada berlaku kecacatan pada Web anda tersebut …….. maka di sinilah perlunya anda cuba dan terus mencuba sedaya upaya terlebih dahulu sebelum bertanya kepada guru anda. Kepuasan pasti tergambar di wajah kita apabila kita telah bertemu dengan penawar bagi kesilapan kita itu dan seterusnya berjaya menghasilkan Web yang sempurna. Pasti kegembiraan jelas terpampang di wajah kita!!!

Demikianlah untuk berjaya di dalam sebarang bidang terutamanya dalam Perniagaan Internet ini, memerlukan kepada minat, fokus, istiqamah dan sabar, Insya-Allah pasti berjaya. Mulakan langkah pertama anda dari bawah ……. kerana jika anda memulakan dari atas kemungkinan untuk jatuh itu adalah besar. Selamat berjaya!

Popularity: 25% [?]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • BlinkList
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Furl
  • NewsVine
  • Smarking
  • digg
  • Reddit
  • Spurl
  • RawSugar
  • Fark
  • Shadows

PAKEJ WEB JUALAN 2.0

eBiz June 25th, 2007

Assalamualaikum / Salamsejahtera,

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian yang tidak kira berada di mana sekalipun sama ada di rumah, pejabat, sekolah, CC, pusat pengajian dan lain-lain, semoga semuanya berada di dalam situasi yang menyenangkan ye.

Hari ini saya ingin berkongsi satu produk yang telah banyak membantu saya di dalam usaha untuk membina Perniagaan Internet ini. Apakah produk tersebut? Sebenarnya produk ini sudah lama berada di pasaran, kalau tidak silap awal tahun ini, namun ianya sentiasa relevan sepanjang masa. Alhamdulillah, pada waktu itu (sekitar awal bulan Februari kalau tak silap le…) tergerak hati saya untuk memiliki pakej ini dan ternyata ianya tidak mengecewakan saya dari pelbagai sudut.

Kebelakangan ini saya ada menerima email dari beberapa orang (Subscriber) yang menyatakan mereka masih dalam proses untuk berjinak=jinak dengan dunia ebiz ini. Masalah utama mereka ialah mereka masih teraba-raba untuk membina web atau minisite, membina header & footer, contact form, order form dan sebagainya. Sesetengahnya pula mengakui mempunyai budget yang terhad untuk mengupah designer bagi membina website mereka kerana kebiasaannya untuk membina website upahnya sekitar RM350-400. Oleh itu saya merasakan cara yang terbaik untuk berjimat ialah dengan membina sendiri minisite anda tersebut kerana proses pembinaannya bukanlah terlalu rumit (cuma mesti mengetahui serba sedikit tentang komputer dan perisiannya) contohnya cara penggunaan Microsoft Frontpage atau NVU dan sebagainya. Oleh itu pada tulisan kali ini, saya akan cuba untuk preview pakej yang banyak membantu saya sejak awal-awal menjejakkan kaki ke dunia ebiz ini. Produk yang saya maksudkan itu ialah Pakej WEB JUALAN 2.0 yang sebelum ini dikenali sebagai Affiliate & Autoresponder - Panduan Lengkap Membina Laman Web Jualan. Pakej Web Jualan yang telah dinaik-tarafkan ke versi 2.0 ini adalah lebih dinamik dan lengkap pada pandangan saya le……..lagi pun pulak harganya adalah berpatutan. :)

Pada awal pembabitan saya dalam dunia ebiz ini, pakej ini salah satu produk yang teeeeerrrrrsangat membantu saya di dalam proses untuk membina laman web terutama sekali dalam pemasangan sistem Autoresponder pada minisite saya. Sehinggalah ke hari ini saya masih lagi menjadikan ebook panduan yang ditulis oleh Saudara Amirol ini sebagai rujukan utama, terutama jika memerlukan kepada pemasangan baru.

Dalam proses saya untuk membina perniagaan internet, saya telah membeli dan merujuk kepada beberapa buah ebook yang bagi saya cukup besar manfaatnya di dalam membantu saya untuk membina perniagaan internet ini. Namun tulisan saya kali ini hanya menjuruskan kepada kupasan ringkas tentang PAKEJ WEB JUALAN 2.0 ini sahaja. Bagi Newbie atau mereka yang ingin menceburi bidang ebiz, perkara pertama yang seharusnya mereka miliki antaranya ialah mendapatkan Pakej ini, tambahan pula harganya adalah berpatutan atau mampu dimiliki oleh semua golongan.

Baiklah, pakej Web Jualan 2.0 ditulis oleh Saudara Amirol. Kalau anda nak tahu pakej ini bukan sekadar ebook semata-mata bahkan lebih daripada itu. Pakej Web Jualan 2.0 ini telah membantu saya membina Autoresponder percuma untuk laman web pertama dan kedua saya iaitu Pustakailmu.com dan Koleksiterkini.com, di dalam proses untuk mengumpul Subscriber sebelum saya menggunakan Autoresponder berbayar iaitu Getresponse. Berpandukan kepada ebook inilah saya telah berjaya untuk memasang sendiri sistem autoresponder ke website-website saya tersebut tidak sampai satu hari pun. Jika terdapat beberapa masalah yang timbul sewaktu proses pemasangan tersebut saya telah ajukan pertanyaan kepada Saudara Amirol dan dengan segera beliau akan menjawab atau membantu saya menyelesaikan permasalahan yang dihadapi tersebut. Dan tidak sampai satu hari saya telah mempunyai website yang dilengkapi Autoresponder yang berjaya mengumpul subscriber saya sendiri.
Pakej ini juga telah membantu saya memasang sistem Affiliate saya sendiri pada Website saya yang seterusnya iaitu pada laman Web Tools II : Special Edition tanpa menghadapi masalah yang serius. Begitu juga pemasangan Contact Form atau Borang Hubungi Kami dan borang pengesahan pembelian semuanya berjaya saya bina hanya berpandukan pada pakej ini sahaja. Saudara Amirol telah berjaya menerangkan setiap langkah dengan gaya bahasa yang mudah untuk difahami, dan setiap panduan dijelaskan secara terperinci. Bagi yang tidak mempunyai latarbelakang IT ……….. anda tidak perlu risau kerana pakej ini sememangnya mudah untuk difahami. Anda boleh melihat sendiri laman web saya seperti Web Tools II : Special Edition yang terhasil dari panduan ebook Pakej Web Jualan ini, melainkan sistem Autoresponder kerana saya telah pun menggunakan Autoresponder berbayar, tetapi sebelum itu saya juga menggunakan yang free hasil dari Autoresponder percuma saudara Amirol ini juga

Sila klik untu ke laman www.websitejualan.com

Pakej Web Jualan 2.0 yang baru je dilancarkan ni……bagi saya lebih ‘powerful‘ dari sudut penerangan, susunan panduan, script dan bonus yang disertakan di dalam pakej ini. Nampaknya Amirol telah mengemaskinikan pakej hebat beliau ini…..syabas, Amirol! Ini bagi memastikan agar individu yang ingin berjinak-jinak atau yang tidak ada pengalaman dalam dunia Internet mengikuti setiap langkah yang diterangkannya secara mudah. Saya amat syorkan ebook Pakej Web Jualan 2.0 ini jika anda sekarang ini sedang mencari jalan untuk memulakan perniagaan di internet secara ‘part-time’ atau Full-Time dan ingin menjana wang sampingan yang berterusan tanpa perlu mengeluarkan belanja modal yang besar…… maka ini adalah pilihan utama anda!

Jika anda berhasrat untuk memiliki sebuah laman web jualan yang mampu memasarkan produk - produk anda kepada lebih 10 juta pengguna internet di Malaysia maka Pakej Web Jualan 2.0 juga adalah pilihan anda.

Secara ringkasnya saya ceritakan apakah yang terkandung di dalam Pakej Web Jualan 2.0 ini :

  1. Anda akan diajar membina laman web jualan (minisite) sama seperti laman web jualan saya (Web Tools I & II dsb). Minisite adalah konsep laman web yang popular masa kini dan amat sesuai untuk membuat jualan sesuatu produk khusus
  2. Anda akan diajar membuat design banner dan background bagi menghiasi laman web anda sekaligus mencantikkannya.
  3. Anda juga akan diajar memasang sistem autoresponder bagi membina mailling list serta melakukan tugas follow up secara automatik. (Sistem autoresponder amat penting untuk seseorang usahawan internet dalam meningkatkan hasil jualan produknya melalui hasil follow up yang dilakukan.)
  4. Anda akan diajar memasang BORANG PESANAN supaya anda boleh mengambil tempahan secara online menerusi laman web anda. Memasang Order Form atau borang pesanan ini pada website adalah amat penting kerana akan memudahkan pelawat membuat order pembelian produk anda dan sekaligus memudahkan anda untuk menyemak butiran order yang dihantar oleh pembeli
  5. Anda akan diajar memasang sistem Affiliate untuk meningkatkan promosi dan penjualan produk anda. Sistem Affiliate membantu anda untuk memasarkan produk anda melalui agen yang berdaftar atau membantu anda untuk mendapatkan sekumpulan “kakitangan pekerja” yang digelar sebagai “affiliate marketers” yang akan melakukan promosi dan pemasaran terhadap produk anda.
  6. Anda akan diajar untuk memasang sistem Contact Us atau borang hubungi kami atau ruangan bantuan/support. Ini bagi memudahkan para pelanggan menghubungi anda iaitu dengan mudah secara terus dari website anda.
  7. Anda juga akan diberikan tunjuk ajar dan tips untuk mendapatkan hosting dan domain anda.
  8. Anda akan diajar bagaimana untuk mengupload laman web anda, membuat subdomain, menginstall pelbagai macam script secara automatik!
  9. Pelbagai tips mudah disertakan bagi memudahkan anda untuk mengendalikan laman web, promosi dan sebagainya.
  10. 3 Video Tutorial dari Saudara Amirol

Jika anda ingin mengetahui isi kandungan Pakej Web Jualan 2.0, anda boleh mendapatkan preview Pakej ini di imej

Bagi anda yang ingin menceburi bidang Perniagaan Internet dan tidak mempunyai pengetahuan tentang pembinaan website dan sebagainya maka Pakej ini amat sesuai sekali, tambahan pula harganya adalah berpatutan terutama bagi anda yang mempunyai budget yang terhad. Pakej yang akan mengajar anda pelbagai jenis panduan untuk membina laman web jualan anda. Perlu anda ingat….jika anda mengupah webmaster untuk membina website anda, sekurang - kurangnya anda terpaksa mengeluarkan budget sekitar RM400.00, dengan harga sebanyak itu anda hanya mendapat laman web jualan yang ringkas sahaja belum lagi dikira caj-caj yang dikenakan jika anda ingin menokok tambah pelbagai fungsi lain. Sudah tentu harga semakin bertambah!!! Maka lebih baik bagi anda berjimat cermat dengan membina sendiri laman web perniagaan anda kerana proses pembinaan tersebut tidaklah sesukar mana pun. Betul tu…….!

Sila klik untu ke laman www.websitejualan.com

Ok, bertemu lagi kita lain waktu ……terima kasih

Popularity: 27% [?]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • BlinkList
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Furl
  • NewsVine
  • Smarking
  • digg
  • Reddit
  • Spurl
  • RawSugar
  • Fark
  • Shadows

WEB TOOLS II : SPECIAL EDITION Dilancarkan Hari ini!!!

eBiz June 8th, 2007

Assalamualaikum / Salamsejahtera,

Apa khabar anda semua? Semoga anda semua sihat,ok?

Alhamdulillah, hari ini saya terasa bebanan yang selama ini (10 hari) yang berada di kepala saya telah terlepas dengan siapnya produk WEB TOOLS II : SPECIAL EDITION ini. Ya, saya telah pun berjaya menyiapkannya setelah berhempas-pulas mengadapnya di depan komputer. Baiklah saya pun tak mahu berceloteh panjang mengenai kepenatan saya ini, cuma saya ingin memaklumkan bahawa WEB TOOLS II : SPECIAL EDITION telah pun kami lancarkan pada hari ini dan di post kali ini saya hanya mahu menceritakan serba sedikit tentang WEB TOOLS II : SPECIAL EDITION ini.

WEB TOOLS II kali ini mengandungi lebih kurang 7,000 fail yang terdiri dari beberapa produk terbaru dan yang terlaris di sepanjang 2007 ini. Kapasiti WEB TOOLS II kali ini mencecah 400MB dalam bentuk fail ZIP dan mencecah 600MB dalam bentuk UNZIP. Bagi WEB TOOLS II : SPECIAL EDITION ini saya sedaya-upaya untuk memastikan bahawa setiap produk yang terkandung di dalamnya adalah terkini, profesional, bermutu tinggi dan dapat memberikan pulangan yang menguntungkan kepada para pembeli.

Koleksi Perkakasan & Bahan Bagi Membantu Anda Membina Website ini telah saya bahagikan kepada 6 bahagian iaitu :

Produk 1 : Himpunan 242 Grafik/imej Terkini yang disertakan Master Resell Right (MRR) dan disertakan juga imej ini dalam format .psd (Adobe Photoshop) yang membolehkan anda meng’edit’ imej-imej tersebut mengikut kehendak anda sendiri! Masih baru dan belum lagi meluas pasarannya di peringkat tempatan atau antarabangsa.

Produk 2 : Himpunan 2,000 grafik terkini yang berkualiti terdiri dari 562 button, 379 bullet, 422 badge dan seal, 16 kotak download bagi Newsletter subscription / report / course / demo, 286 arrow, 250 nombor, dan 91 lain-lain grafik…yang akan menjadikan website anda berkilauan berbanding dengan website-website lain :). Grafik ini juga disertakan dalam format .psd (Adobe Photoshop), sudah tentu anda mampu untuk mengubah-suaikannya menjadi imej yang bersesuaian dengan selera anda! Grafik ini hanya untu kegunaan anda.

Produk 3 : 10 Perisian yang disertakan lesen PRIVATE LABEL RIGHT (PLR), UN-RESTRICTED PLR dan BRANDING RIGHTS! Sudah tentu anda bebas untuk melakukan apa saja dengan semua produk ini, sama ada anda ingin menggunakannya untuk kegunaan sendiri (sudah tentu, kerana semua perisian ini merupakan perisian ‘powerful’) atau menjualkannya, mengubah menjadi produk anda atau berjenama syarikat anda atau berlogo kompeni anda! Anda bebas…!!!

Produk 4 : 59 Produk ini merupakan antara produk-produk ‘powerful’ yang didatangkan dalam satu koleksi yang menarik yang menghimpunkan Perisian dan Ebook Yang ‘bermutu’ beserta dengan Private Label Rights (PLR) & Master Resell Rights (MRR), Source Code Rights, Reprint Rights dan Free Distribution Rights dan banyak lagi…seperti biasa anda boleh guna sendiri atau menjualkannya bagi mengaut keuntungan 100%.

Produk 5 : Produk Master Resell Right bagi tahun 2007 yang terdiri dari software yang relevan sepanjang masa begitu juga dengan ebook dan report yang terkandung di dalam produk 5 ini, sememangnya boleh dijadikan panduan untuk menceburkan diri dalam Perniagaan Internet seperti Blogger Guide To Profits, The Newbies Guide, How To Start Your Own Highly Profitable Internet Membership Web Site, Forum Secrets dan banyak lagi adalah sesuai untuk dijadikan panduan sepanjang masa.

Produk 6 : Bahagian yang biasa kita tengok iaitu ‘BONUS‘ juga menghimpunkan beberapa produk yang menarik untuk kegunaan di laman web atau blog anda. Di bahagian ini juga saya sertakan KUPON DISKAUN bagi pembelian produk WEB TOOLS I iaitu sebanyak RM10 dan juga kupon diskaun bagi pembelian Ribbon Ads sebanyak RM20.

Saya mengharapkan agar WEB TOOLS II ini akan dapat membantu individu-individu yang ingin membina empayar perniagaan internet dan juga membantu anda yang ingin membina laman web perniagaan atau peribadi kerana semua produk yang terkandung di dalam pakej ini adalah juga produk asas yang amat diperlukan bagi seseorang yang ingin membina sebuah laman web perniagaan atau peribadi. Seperti biasa harga yang ditawarkan juga adalah harga ’special offer’ untuk 20 orang pembeli sahaja, selepas itu harga ini akan dinaikkan (sekarang kuota tinggal 18 aja lagi). Seperti WEB TOOLS : The Best Collection, bagi WEB TOOLS II ini kami juga menyediakannya dalam bentuk CD WEB TOOLS II kerana memenuhi permintaan dari rakan-rakan kita yang menghadapi masalah line internet yang terlalu ’slow’ atau menggunakan ‘dial up’ (emph,….berapa lama mahu tunggu, jika download WEB TOOLS II ni?), jadi anda boleh mendapatkannya dalam bentuk CD.

Harga yang saya tawarkan ini juga amat berpatutan kerana jika kita lihat kepada produk-produk seumpamanya di pasaran tempatan atau antarabangsa pasti anda akan merasakan amat berbaloi. Namun harga ini adalah berbentuk sementara sahaja dan akan dinaikkan apabila cukup 20 orang pembeli. Jika sekiranya dijumlahkan harga bagi setiap produk yang terkandung di dalam WEB TOOLS ini berkemungkinan harga koleksi ini akan mencapai USDxxxx.xx!(berapa tu?). Oleh itu saya menawarkan harga yang berpatutan agar Newbie-newbie atau para pelajar dan mahasiswa akan mampu memilikinya (kebanyakkan pelanggan adalah para pelajar atau mahasiswa yang lebih memerlukan wang untuk kegunaan pengajian mereka).

Namun WEB TOOLS II : SPECIAL EDITION ini tidak lengkap jika anda tidak memiliki WEB TOOLS I (WEB TOOLS : THE BEST COLLECTION) kerana Web Tools I juga menghimpunkan beberapa produk dan grafik yang tidak kurang hebatnya (sila rujuk post yang lepas). Oleh itu sila dapatkannya segera kerana kuota untuk WEB TOOLS I pun tinggal sikiiiiiiit saja lagi ( 4 orang ).

WEB TOOLS II ini akan sentiasa di’update’kan dari semasa ke semasa agar ianya berbaloi untuk dimiliki. Terima Kasih buat Saudara Fahmi dari Rahsia Affiliate Dahsyat, Saudara Azhari dari Percuma.net dan Saudara Maizul dari maizul.com kerana banyak membantu saya, terima kasih semua..!!!

Insya-Allah, kami juga akan menyediakan program Affiliate bagi WEB TOOLS II ini tidak lama lagi, bersabar ye……komisyen sebanyak RM15 akan diberikan kepada agen affiliate bagi setiap pakej WEB TOOLS II yang berjaya dijual, manakala bagi ejen yang berjaya memasarkan 15 pakej ini dalam masa sebulan akan diberikan BONUS TAMBAHAN sebanyak RM45 dan HADIAH MISTERI (akan dipos ke rumah anda). Pendaftaran adalah PERCUMA dan tidak disyaratkan untuk anda membelinya terlebih dahulu. Insya-Allah, saya akan maklumkan di sini nanti…..

Sempena pelancaran WEB TOOLS II ini, saya juga membuka tawaran istimewa buat subscriber Alhusna Gallery (Pustakailmu, Koleksiterkini, ePustaka dan Myresellrightdepot ), diskaun sebanyak RM7 bagi pembelian WEB TOOLS II ini sehingga 14 Jun 2007 pukul 12.00AM.

Bertemu lagi di lain kali,…..ada 2, 3 produk akan saya preview di sini dalam minggu ini, Insya-Allah.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk memilikinya sekarang sebelum terlambat………..

Popularity: 16% [?]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • BlinkList
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Furl
  • NewsVine
  • Smarking
  • digg
  • Reddit
  • Spurl
  • RawSugar
  • Fark
  • Shadows

WEB TOOLS II : Special Edition Dalam Proses….!!!

eBiz June 3rd, 2007

Assalamualaikum / Salamsejahtera,
Apa khabar semua? Dua tiga hari kebelakangan ni terasa senak biji mata kerana saya sekarang sedang menumpukan sepenuh perhatian terhadap projek WEB TOOLS II : Special Edition. Jadi kebanyakan masa saya sekarang ni dihabiskan depan komputer bagi mengejar dateline yang dibuat sendiri, namun begitu saya terpaksa menyiapkannya dengan berhati-hati agar tidak berlaku keciciran produk atau sebarang kesilapan besar pada pakej ini. Insya-Allah, bagi produk WEB TOOLS II kali ini saya membahagikan kepada 5 bahagian produk, 4 bahagian adalah terdiri dari Master Resell Right / Resell Right / Private Label Right dan satu bahagian adalah Personal Use sahaja. Jadi saya juga telah membeli dan mengumpul mana-mana produk 2007 yang saya rasakan amat berguna bagi Newbie ( Otai pun boleh …) untuk digunakan bagi membangunkan wesite masing-masing sama ada digunakan untuk kegunaan sendiri atau menjualnya semula bagi mendapat keuntungan 100% . Seperti juga WEB TOOLS I, sudah tentu saya tidak akan mengenepikan grafik-grafik web, maka saya telah meletakkan grafik-grafik baru dan terkini yang terdiri dari order button, arrow dan banyak lagi (pada kiraan awal kemungkinan mencecah 2,000 jenis grafik pelbagai pilihan…tapi tertakluk pada perubahan di saat-saat akhir). Bagi kategori grafik juga saya pecahkan kepada 2 bahagian iaitu grafik yang disertakan Master Resell Right dan Grafik untuk kegunaan anda sendiri sahaja (tak ada MRR/RR/PLR hanya untuk personal use shj).Pada peringkat awal ni kapasiti WEB TOOLS II : Special Edition adalah sebesar 700MB atau lebih dan saya sedang berusaha untuk menapis semula agar tidak terlalu besar tapi jika terpaksa, JANGAN RISAU, kerana saya seperti biasa akan sediakan WEB TOOLS II ini dalam bentuk CD ( 1 atau 2 keping ), tengok kepada keadaan. Buat permulaan saya sertakan di sini cover bagi box WEB TOOLS II sebagai tatapan umum, namun mungkin akan berlaku perubahan pada kotak WEB TOOLS ni……sebab masih dalam proses pembikinan lagi ni, saje je nak tunjuk…:)

Seperti biasa saya akan memberikan Harga Istimewa pada pembeli WEB TOOLS I dan Diskaun pada semua Subscriber web Alhusna Gallery (pustakailmu, koleksiterkini, epustaka/jawi, blogalhusna, myresellrightdepot) Tawaran ini saya akan selama buka 4 hari bermula dari tarikh saya send email kepada para pembeli Web Tools I dan Subscriber . Begitu juga kupon diskaun sebanyak RM10.00 akan diberikan kepada para pembeli ebook Rahsia Affiliate Dahsyat dan Pakej Bina Blog. Buat masa sekarang saya belum keluarkan lagi kupon walaupun dah siap men’design’nya, mungkin sedikit masa lagi ye,……ok itu dulu berita terkini mengenai WEB TOOLS II : Special Edition, jadi jangan lupa untuk memilikinya kerana anda tidak akan bertemu Koleksi Perkakasan & Bahan Bagi Membina Web seumpamanya………….Murah pulak tu :)
Bertemu lagi, sebarang maklumat akan saya salurkan di sini, Insya-Allah. Doakan saya…….

Popularity: 15% [?]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • BlinkList
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Furl
  • NewsVine
  • Smarking
  • digg
  • Reddit
  • Spurl
  • RawSugar
  • Fark
  • Shadows

Rahsia Affiliate Dahsyat

eBiz May 28th, 2007

Assalamualaikum / Salamsejahtera buat anda semua,
Rahsia Affiliate Dahsyat
Post saya kali ini akan menyentuh mengenai sebuah ebook istimewa (bagi saya) yang masih lagi baru di pasaran iaitu ebook Rahsia Affiliate Dahsyat yang ditulis oleh Saudara Mohd Fahmi. Ebook yang menyentuh tentang tips dan rahsia yang berkaitan dengan program Affiliate. Beliau telah menerangkan mengenai teknik-teknik dan cara yang terbukti berkesan untuk memaksimumkan pendapatan dan yang penting mengelakkan ketirisan yang berlaku ketika anda mempromosikan affiliate anda. Ia sebuah e-book tutorial yang dilengkapi dengan gambar dan dihuraikan secara ringkas dengan gaya bahasa yang mudah supaya senang dilaksanakan. Di dalam e-book ini anda akan mengetahui : Mengapa Berlakunya Ketirisan di dalam program affiliate, Cara Menyembunyikan Affiliate, Cara Memendekkan Affiliate, Mengedit URL affiliate dari web site, Kesilapan yang sering dilakukan dan sebagainya.
Bagi anda yang masih baru dalam dunia Perniagaan Internet ini, pasti akan tertanya-tanya apakah sebenarnya Affiliate tu? Saya akan jelaskan secara ringkas sahaja di sini - Affiliate adalah satu program di mana anda mendaftarkan diri dengan pemilik laman web untuk menjadi agen. Setelah menjadi agen, anda akan dibekalkan dengan satu URL khusus. Anda perlu mempromosikan laman web yang berkenaan dengan menggunakan URL yang diberikan. Setiap jualan yang berlaku melalui URL tersebut. Anda akan diberikan komisyen mengikut peratusan tertentu. Ia diibaratkan seperti anda menjadi jurujual atau agen jualan kepada sesuatu produk yang dipasarkan oleh individu atau syarikat tertentu.Menariknya menjadi affiliate di Internet tidak sama seperti kita menjadi agen atau jurujual di luar, kerana agen affiliate tidak memerlukan kita untuk berjumpa dengan pelanggan atau bercakap banyak (sampai berbuih mulut), keadaan ini sudah tentu amat sesuai untuk individu-individu yang pemalu.
Bagi Newbie, ebook ini patut anda miliki bagi menambahkan lagi ilmu tentang program Affiliate ini lagipun harganya juga berpatutan dan mampu dimiliki oleh sesiapa dan program Affiliate juga disediakan untuk ebook ini. Selamat Membaca ye : Sila klik link dibawah untuk ke website ebook ini….

Popularity: 22% [?]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • BlinkList
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Furl
  • NewsVine
  • Smarking
  • digg
  • Reddit
  • Spurl
  • RawSugar
  • Fark
  • Shadows

Alternatif Paypal Di Malaysia

eBiz May 8th, 2007

Assalamu’alaikum / Salam Sejahtera

Apa khabar anda semua?

Alternati Paypal Di Malaysia

Kali ini saya nak menceritakan sebuah ebuku/ebook yang mesti dimiliki oleh setiap pemegang akaun Paypal kerana ebook ini amat berguna untuk anda yang mempunyai akaun Paypal tapi tidak mengetahui cara untuk mengeluarkan duit di dalamnya. Penulis buku “Alternatif Paypal di Malaysia” ini, Hafiz Latib telah membongkarkan kepada kita tentang 3 cara untuk mengeluarkan duit dari Paypal.

Harga ebook ini sememang terlalu murah jika hendak dibandingkan dengan ilmu atau maklumat yang telah dikupas oleh saudara Hafiz di dalamnya. RM10.00 terlalu kecil nilainya jika dibandingkan dengan selaut ilmu yang dicurahkan oleh saudara Hafiz ini. Tidak rugi anda memiliki buku ini….:).

Ketahui Cara Termudah, Termurah dan Terbukti Berkesan Mengeluarkan Duit Dari Paypal.

Jika anda masih belum lagi mendapatkan Alternative Paypal Di Malaysia, maka sila klik link di bawah ini :

Pembayaran Melalui Paypal :

Paypal Alternative in Malaysia-Paypal

Pembayaran Melalui Maybank2u atau CIMB :

Paypal Alternative in Malaysia -Bank

Popularity: 16% [?]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • BlinkList
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Furl
  • NewsVine
  • Smarking
  • digg
  • Reddit
  • Spurl
  • RawSugar
  • Fark
  • Shadows

Perniagaan Internet VS Pelaburan Internet

eBiz May 7th, 2007

Assalamu’alaikum / Salam Sejahtera

Apa khabar anda semua,

Kali ini idea untuk saya menulis mungkin disebabkan oleh sebuah kisah yang berlaku pada diri saya sendiri ketika mengutus SMS dengan seorang rakan yang telah lama tidak berhubung. Kisah berkisar mengenai tanggapan segelintir masyarakat yang rata-rata masih belum lagi memahami tentang apakah yang dikatakan Perniagaan Internet dan apakah pula dikatakan Pelaburan Internet? Sebahagian besar masyarakat kita masih lagi menganggap bahawa Perniagaan Internet itu ialah Pelaburan Internet begitulah juga sebaliknya. Saya merasa terpanggil untuk menjelaskan kekeliruan yang berlaku ini kerana ianya merupakan satu tangungjawab bagi kita yang menceburi bidang ini dan juga merasa bersalah jika tidak memberikan penerangan yang sejelas-jelasnya agar tidak berlaku salah faham nanti. Namun penerangan saya hanya sekadar satu penjelasan yang ringkas sahaja kerana saya percaya otai-otai kita dalam bidang ini telah pun menjelaskan kekeliruan yang berlaku ini.

Pada hari Jumaat, 13 April 2007 yang lalu Malaysia digemparkan oleh fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan skim pelaburan internet yang sememangnya mendapat sambutan hangat dikalangan masyarakat Malaysia. Fatwa ini mendapat liputan yang meluas di media dan terpampang di dada-dada akhbar selama dua tiga hari. Hal ini menyebabkan segelintir dari masyarakat turut mengharamkan juga perniagaan internet yang pada sangkaan mereka adalah sama dengan pelaburan internet.

Seperti yang saya katakan di awal tulisan saya ini, idea untuk menulis tajuk ini tercetus apabila pada suatu hari saya telah menghantar SMS kepada salah seorang rakan baik saya kerana sekian lama tidak berhubung. Setelah bertanya khabar kawan saya itu, dia sms saya menanyakan kepada saya apakah perniagaan yang sedang saya buat sekarang ni.( Kerana saya sewaktu belajar dulu memang aktif berniaga macam-macam, begitu juga dengan rakan saya ini seorang yang minat berniaga). Saya menbalas SMS beliau dengan mengatakan yang sekarang saya sekarang berjinak-jinak dengan perniagaan internet. Nak tahu apakah responnya? Haram tu Din…!!!. Saya tersengih membaca SMS beliau tersebut. Saya pun tanpa berlengah lagi terus menjelaskan kepada beliau satu persatu apakah perniagaan internet yang sebenar dan bezanya dengan pelaburan internet…’ooo macam tu, pernah juga dengar hal ini dalam radio, balas beliau akhirnya.

Oleh itu kita sebagai penguna internet, seharusnya mengetahui apakah perbezaan di antara pelaburan internet dan perniagaan internet. Baiklah saya akan cuba jelaskan secara ringkas apakah perbezaan di antara kedua-duanya.

Pelaburan Internet merupakan tindakan melaburkan sejumlah wang anda kepada institusi,badan, individu atau pertubuhan tertentu secara online dan menunggu dividen yang tinggi secara tetap dan menguntungkan. Saya hanya terangkan di sini secara ringkas sahaja ye.

Manakala Perniagaan Internet pula ialah satu transaksi jual-beli yang dilakukan secara online. Perniagaan Internet ini sama juga dengan proses jual beli yang biasa atau secara Offline cuma perbezaannya ialah kaedah pembayarannya, pengiklanan, tempahan atau pembelian dilakukan secara online. Seperti kita menjual buku, kain, perencah nasi goreng, CD dan sebagainya, semua barangan tersebut kita boleh pasarkan menggunakan medium Online bahkan boleh menembusi ke pasaran International kerana Internet tidak dibatasi oleh sempadan negara. Begitu juga dengan perkhidmatan Online seperti khidmat menterjemah sales letter, khidmat membina laman web, khidmat membuat rubber stamp dan sebagainya, juga boleh dilakukan secara Online. Inilah yang dikatakan sebagai Perniagaan Internet.

Kesimpulannya jadilah pengguna Internet yang bijak yang dapat membezakan di antara baik dan buruk, haram dan halal, Perniagaan Internet atau Pelaburan Internet seperti yang saya jelaskan di atas.

Rasa cukup di sini dulu buat kali ini, lain kali jumpa lagi, wassalam.

Untuk keterangan lanjut sila rujuk - Hukum Pelaburan Internet & UTUSAN

Popularity: 17% [?]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • BlinkList
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Furl
  • NewsVine
  • Smarking
  • digg
  • Reddit
  • Spurl
  • RawSugar
  • Fark
  • Shadows

 Powered by Max Banner Ads