BLOGSPHERE - PENGUASAAN BLOG!
Fakta March 5th, 2008
Assalamualaikum,

Tahukah anda, Blog mampu untuk memberikan kesan yang besar dalam kehidupan kita seharian jika ia diseliakan dengan baik dan penuh bertanggungjawab. Namun ramai orang di antara kita masih lagi tertanya-tanya apakah perlu kita memiliki blog? Apakah kepentingannya sehingga kita memerlukan kepada blog? Bagi mereka yang mencari rezeki melalui Perniagaan Internet sudah tentu blog seperti sebuah kedai runcit buat mereka malah mungkin ‘supermarket‘??? Manakala bagi seorang pencinta ilmu maka blog mungkin seumpama sebuah madrasah atau sekolah tempat menyebar ilmu atau mendidik manusia, mungkin tempat berkongsi pengalaman, perasaan atau emosi, diari harian, tempat menghentam, mengkritik, menyokong dan sebagainya - yang pasti blog memainkan peranan yang amat besar dan meninggalkan kesan yang bukan kecil.
Tahukah anda terdapat blogger di negara-negara luar yang menjadikan blog itu sebagai pejabat untuk mereka mengaut keuntungan yang amat lumayan sehingga mampu bergelar jutawan dalam sekelip mata. Blog juga mampu membawa suara dan luahan hati anda ke luar negara iaitu ke seluruh dunia dan mampu mencari rakan (malah isteri!) dari negara-negara yang jauh dari Malaysia. Hebat betul penangan blog ni ya tak?
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Technorati - jumlah blog sekarang ialah 112 juta buah blog yang berada di talian iaitu kira-kira 175,000 blog baru dicipta setiap hari sehingga fenomena ini telah mewujudkan satu dunia baru yang dikenali sebagai Blogsphere atau Dunia Blog. Penghuni dunia baru ini menjadikan blog tersebut sebagai satu alat untuk meluahkan perasaan, sumber ekonomi, penyebaran ilmu, politik, tempat berkongsi hobi, mencari rakan dan sebagainya. Oleh itu kemampuan blog ini tidak boleh dipandang ringan begitu sahaja kerana fungsinya amat berkesan dan sememangnya telah ramai melahirkan mereka yang bergelar jutawan!
Beberapa fungsi blog yang mungkin kita dapat lihat pada hari ini di Internet, cuba kita tengok blog rakan-rakan kita mungkin berbeza fungsi mereka - antaranya :
-
Pusat ilmu - Menjadi satu pusat untuk menyebar ilmu dan maklumat atau kepakaran masing-masing. Anda mungkin seorang yang pakar di dalam bidang komputer dan blog menjadi tempat anda memberikan tips dan panduan bagaimana menjaga PC atau membaik pulihnya apabila berlaku kerosakan. Cara begini telah membantu ramai pengguna Internet di dalam menjaga PC atau Laptop mereka malah mungkin telah menjimatkan kos mereka jika kerosakan itu hanya sedikit sahaja tetapi jika tanpa ilmu atau maklumat mungkin menelan kos yang tinggi! Begitu juga dengan mereka yang beraliran agama mungkin menjadikan blog sebagai pusat penyebaran dakwah dan ilmu yang mungkin akan menjimatkan masa anda untuk mencarinya diluar kerana keterbatasan masa anda. Oleh itu blog sebagai satu medan atau medium penyebaran pelbagai jenis ilmu.
-
Meluahkan perasaan atau emosi diri - Blog juga satu medium bagi meluahkan perasaan tidak puas hati, marah, kecewa, suka duka, gembira dan sebagainya dan emosi tersebut telah diterjemahkan melalui blog bagi menghilangkan tension atau stress yang terbuku di fikiran.
-
Hobi - Tempat berkongsi minat atau hobi dengan rakan-rakan dari seluruh dunia - malah mungkin boleh bertukar-tukar minat atau hobi anda tersebut dan mungkin lebih unik lagi disebabkan perbezaan negara.
-
Mencari kenalan - Menjadikan blog sebagai tempat untuk mencari kawan dari seluruh dunia. Seseorang yang pemalu mungkin di alam realiti dia tidak mempunyai ramai kawan tetapi siapa tahu dia mungkin mempunyai puluhan atau ratusan kawan-kawan dari seluruh pelusuk alam!!!
-
Perniagaan - Mungkin merupakan satu sumber yang baru mendapat tempat di hati rakyat Malaysia pada hari ini, menjadikan blog sebagai satu ‘kedai runcit’ atau dengan kata lain sumber pendapatan sama ada hasil dari penjualan produk maya atau fizikal atau mungkin juga dari pengiklanan dan banyak lagi. Yang pasti pengaruh blog di dalam menghasilkan wang dalam Perniagaan Online tidak dapat dinafikan lagi…….
- Politik - Ini semua orang tahu kan ……….. apatah lagi sekarang ni …. berlambak-lambak!
Demikiahlah besarnya pengaruh blog di dalam kehidupan Online sekarang ini maka mungkin menjadi satu kerugian bagi mereka yang menceburi bidang perniagaan Online tetapi tidak mempunyai blog!!! Blog mempunyai pengaruh yang tidak boleh dipandang sebelah mata!
Apa pendapat anda???
Cuba lihat fakta ini : Seramai 8,911,336 pengguna Blogger.com dan 1,115,005 pula pengguna Wordpress.com
Popularity: 20% [?]




















About






































