eWRITERpro - PERISIAN MEMBINA EBOOK PDF
Perisian December 27th, 2007
Assalamualaikum,

Berita baik bagi mereka yang ingin menulis ebook terutama kepada mereka yang baru je menjejakkan kaki ke arena Perniagaan Internet ini. Bagi mereka yang bersemangat untuk menulis ebook sebelum ini mungkin terbantut sedikit hasrat mereka tersebut di sebabkan oleh beberapa masalah yang mereka hadapi terutama mengenai Perisian yang benar-benar bersifat ‘friendly‘ atau bersifat ‘All in One‘. Mungkin di pasaran sekarang ini terdapat pelbagai perisian percuma atau berbayar yang mungkin lebih ‘hebat’ atau ‘canggih’. Betul ke? Bagi perisian yang boleh didapati secara percuma mungkin masih lagi terdapat beberapa fungsi yang tidak terdapat padanya atau tidak bersifat ‘ramah pengguna’ atau ‘All In One’ manakala perisian yang berbayar pula sudah tentu mahal harganya kerana bersesuaian dengan ‘jenama’ mereka yang telah lama ‘gah’ dan dah sekian lama bertapak di pasaran.
eWRITERpro ini telah saya miliki lebih kurang seminggu yang lalu ini dan telah saya selongkar perisian dan mencubanya untuk dengan mengeluarkan ebook-ebook “testing’ saya (tapi saya bukan penulis ebook!) dan saya berpuas-hati dengannya. Malah dengan harganya yang berpatutan dan didatangkan pula dengan MRR atau Master Resale Rights iaitu dapat dijual semula perisian dan lesen eWRITERpro tersebut.
Terdapat beberapa keistimewaan yang dapat saya simpulkan setelah menggunakannya :
- Satu perisian bersifat ‘All In One’.
- Menukar kepada ebook PDF yang dilengkapi ciri-ciri seperti password dan sebagainya.
- Anda ’save’ ciri-ciri keselematan tersebut,
- Ebook PDF yang dibina menggunakan perisian ini kelihatan cantik dan bermutu.
- Anda boleh ’save’ artikel anda dalam format Word, RTF, Text atau HTML.
- Persian ini juga boleh membuka file format Word, RTF, Text dan HTML untuk diubahsuaikan semula.
- Anda boleh meletakkan Hyperlinks di dalam ebook atau artikel anda bagi membantu anda untuk membina viral atau promosi produk.
- Perisian yang seakan-akan Microsoft Word yang Powerful kerana ‘interface’ dan fungsi-fungsinya.
- Terdapat fungsi Reminder atau Sistem Penggera Peringatan bagi mengingatkan anda kepada temujanji online atau nota-nota penting yang perlu dilaksanakan oleh anda.
- Anda dapat melakukan ‘Backup’ bagi semua ebook, artikel, dan reminder tersebut dengan satu klik sahaja.
- dan banyak lagi……
Jadi saya syorkan anda cuba sendiri kelebihan perisian kecil molek ini yang mana harganya adalah berpatutan. Tawaran Istimewa telah saya berikan kepada semua subscriber saya dengan harga VIP, sila check email anda. Tawaran tersebut akan tamat jika koata 15 pembeli telah mencukupi atau sampai tarikh 2 Januari 2008. Harga memang istimewa tu!
Saya telah membahagikan perisian ini kepada 2 pakej iaitu Pakej 1 dan Pakej 2 :
- Pakej 1 - Dibekalkan Perisian, Manual Penggunaan, Lesen MRR dan Surat Jualan dalam BI.
- Pakej 2 - Dibekalkan Perisian, Manual Penggunaan, Lesen MRR dan Surat Jualan dalam BI & BM.
Bagi Pakej 2, saya telah hadkan kepada 15 orang pembeli sahaja, agar tidak terlalu ramai menggunakan surat jualan yang sama. Anda boleh melihat sendiri surat jualan BM yang telah saya ubahsuaikan tersebut di :
Oh, ya saya telah mencuba perisian ini di Windows XP sp2 dan juga Windows Vista Ultimate, eWRITERpro beroperasi dengan baik di kedua-dua OS ini. Bravo!!!
PERHATIAN - Bagi mereka yang ingin melihat hasil dari pengunaan eWRITERpro bolehlah melihat sendiri di :
- Ebook Testing - File PDF -Perlu ada PDF Reader dulu
- Ebook Download - Format Zip/Rar -Download dan Unzip
Ok, sekadar itu dulu buat kali ini, bagi yang ingin melihat contoh hasil dari penggunaan eWRITERpro ini boleh klik link di atas tapi sebelum itu pastikan komputer anda dilengkapi PDF Reader seperti Adobe Reader atau Foxit Reader terlebih dahulu.
Popularity: 29% [?]






















About






































