PERNIAGAAN INTERNET
Tips August 3rd, 2007
Assalamualaikum / Salamsejahtera,
Terdapat beberapa rungutan yang saya terima dan dengar dari pelanggan dan rakan-rakan yang mengatakan perniagaan internet ini sukar untuk diceburi! Betul ke?
Adakah untuk menceburkan diri ke dunia Perniagaan Internet ini suatu usaha yang terrrrrrrsangat sukar? Adakah ia sesukar kita membuka kedai runcit atau kedai makan? Bagi pendapat saya, membuka sebuah kedai runcit dan kemudian terpaksa membuka kedai kita itu seawal pagi kemudian ditutup lewat tengah malam setelah melayan kerenah para pembeli yang bermacam-macam perangai, ada yang menyakitkan hati, membuatkan kita naik marah, menjadikan kita tersenyum, membuatkan kita ketawa dan bermacam-macam lagi kerenah pelanggan………bagi saya ini lagi sukar berbanding dengan kita menceburkan diri dalam Perniagaan Online. Semuanya ini adalah berdasarkan pengalamanan saya sendiri yang membantu arwah bapa saya berniaga kedai runcit sejak saya berumur dari 8 tahun lagi bersama adik saya, sehinggalah kami mencecah ke umur 20an, kami pun membawa haluan sendiri dengan menyambung pengajian masing-masing. Pada waktu itu saya mempunyai bahagian saya sendiri di dalam kedai runcit tersebut iaitu gerai akhbar, saya menjual semua jenis akhbar, majalah dan sebagainya……..namun kini semuanya itu tinggal kenangan je ….
Tetapi kesukaran dan kepayahan untuk berniaga tersebut masih lagi melekat di fikiran saya sehingga ke hari ini ( tetapi apabila diingatkan kembali waktu tersebut terasa seronok lah pulak…
Eh, saya ni melalut pergi ke memori silam le………. sebenarnya tujuan saya menulis kali ini ialah untuk memberitahu Perniagaan Online adalah lebih mudah, lebih jimat dan murah jika hendak dibandingkan dengan Perniagaan sebenar, namun kaedahnya tetap sama.
Saya sering menerima soalan-soalan sama ada secara Online atau Offline yang berbunyi : “Bagaimana saya hendak memulakan perniagaan online ni, boleh saudara bantu saya?” ….macam ni lah lebih kurang soalan-soalan tu. Sebenarnya untuk menceburkan diri dalam bidang ebiz ni anda perlu mengetahui serba sedikit mengenai komputer dan penggunaannya dan cara menggunakan perisian-perisian secara asas. Kerana terdapat sesetengah pelanggan saya, yang tidak mengetahui langsung tentang perisian asas seperti Winzip, Adobe Photoshop, Frontpage dan sebagainya, ini sedikit sebanyak akan menganggu kerja-kerja ebiz nanti. Namun terdapat beberapa perisian Opensource yang kegunaannya menyamai perisian-perisian yang berbayar seperti NVU menyamai Frontpage untuk membuat laman web, GIMP boleh menggantikan Adobe Photoshop untuk melakukan kerja-kerja grafik dan sebagainya lagi. Mengenai Opensource ini anda boleh merujuk kepada website sahabat saya Saudara Azhari dari Perisian Percuma.
Anda sebenarnya boleh memulakan perniagaan internet ini dengan cara yang paaaaaling mudah! Apakah cara tersebut? Ya, kaedah Affiliate Marketing, atau menjual produk orang lain dan anda mendapat komisyennya bagi setiap produk yang berjaya dijual. Ini merupakan salah satu kaedah pertama yang boleh anda cuba jika anda ingin menceburkan diri ke dunia ebiz tetapi tidak memiliki produk sendiri. Pada pendapat saya ini cara ini paling mudah bahkan kemungkinan merupakan salah satu cara yang mungkin boleh menjadikan anda seorang Affiliate Marketer yang berjaya pada suatu hari kelak. Sebab saya cakap kaedah Affiliate ini adalah mudah kerana anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk menyertainya kerana kebiasaan pendaftarannya adalah percuma dan kaedah ini juga menjimatkan masa anda kerana anda tidak perlu mencipta produk anda sendiri!
Antara kelebihan menjual produk Affiliate ini ialah :
- Anda tidak perlu mengira atau mencatat urusniaga anda kerana semuanya telah diuruskan dan anda hanya perlu tunggu dibayar komisyen sahaja pertengahan atau penghujung bagi setiap bulan.
- Menjimatkan masa dan wang anda kerana produk tersebut bukan anda yang punya!
- Anda tidak mengalami kerugian jika sekiranya Pengurus Affiliate tersebut menghentikan program affiliatenya itu
- Anda tidak berhadapan dengan risiko hilang komisyen atau sebagainya
Baiklah cara kedua untuk anda memulakan langkah sebagai Internet Marketer ialah dengan menjual produk Master Resell Right (MRR) atau Resell Right (RR). Anda beli produk-produk MRR/RR kemudian anda jual semula produk-produk tersebut mengikut kekreatifan anda sendiri bagi mendapatkan 100% pulangan semula.
Saya memulakan perniagaan internet ini dengan menggunakan kaedah yang kedua ini, sehinggalah ke hari ini, namun saya juga tidak meninggalkan kaedah pertama atau kaedah Affiliate untuk mendapatkan keuntungan. Dan keuntungan yang paling banyak saya perolehi sepanjang saya menyertai mana-mana program affiliate ini ialah dari Affiliate Dahsyat. Terima Kasih Saudara Fahmi!
Demikianlah dua kaedah ringkas untuk anda memulakan langkah sebagai INTERNET MARKETER. Jadi kesimpulan yang boleh saya berikan bagi anda yang ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan Online/Offline ialah kita mesti mempunyai minat, usaha, Istiqomah/ konsisten dalam kerja kita, berani dan jangan takut menghadapi risiko, sabar dan paling penting sentiasa berdoa! Boleh?
Ok, sekian dulu perkongsian saya buat kali ini ……. ops, ada sikit lagi bagi para pembaca yang tidak mengetahui, bahawa saya ada menyediakan program Affiliate bagi produk WEB TOOLS II dengan bayaran komisyen sebanyak RM15 bagi setiap jualan, pendaftaran adalah percuma, jika berminat sila layari http://www.myresellrightdepot.com/member yang juga merupakan produk-produk MRR/RR yang boleh anda jual semula!
Terima Kasih
Popularity: 19% [?]


















About





































