Hiasi Website Anda & Jadikannya Unik!
Powered by MaxBlogPress 

 Powered by Max Banner Ads 

JAWI TRANSLATER 3.0

Pengumuman September 4th, 2007

Assaalamualaikum,

Apa khabar para pembaca yang budiman sekalian, saya mengharapkan anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat. Rasanya dah lama saya tak menulis kat sini, maaf semua kerana ada beberapa urusan kerja yang perlu dibereskan kebelakangan ini, online pun kejap kejap je.

Baiklah hari ini saya ingin memaklumkan tentang PERISIAN JAWI TRANSLATER 3.0 yang mana saya sering mendapat email, sms dan panggilan dari pelanggan yang keliru tentang Jawi Translater versi 3.0 dengan versi 4.0. Di sini ingin saya beritahu bahawa saya merupakan wakil penjual bagi Jawi Translater 3.0 bukan versi 4.0. Jawi Translater versi 3.0 harganya agak murah dan mampu dimiliki oleh ramai pelanggan kami oleh itu ia mendapat sambutan yang menggalakkan manakala Versi 4.0 pula agak mahal sedikit tetapi fungsinya adalah melebihi dari 3.0 iaitu seperti disertakan Screen Onboard Jawi, kamus, game jawi dan sebagainya. Namun Insya-Allah kemungkinan besar saya juga akan cuba untuk mengedar Jawi Translater 4.0 sedikit masa lagi (sekarang dalam proses rundingan). Namun pembuat atau programmer bagi kedua-dua versi ini adalah orang yang sama cuma pengedar / pembekal je syarikat yang berlainan. Jadi saya hanya wakil bagi 3.0 sahaja buat masa sekarang ini.
Laman web Jawi Translater 3.0 saya telah ‘update’kan agar lebih kemas dari sudut susunan dan sistem pembayarannya. Manakala imej di atas merupakan imej terbaru yang telah saya buat agar lebih bertepatan dengan yang sebenar iaitu 98% lebih tepat seperti asal. Bagi para pelanggan yang membayar menggunakan Wang Pos/Money Order atau Cek anda terpaksa bersabar seketika sehingga saya menerima Wang Pos/Money Order atau Cek tersebut dan CD akan diposkan sebaik sahaja Wang Pos/Money Order atau Cek itu selamat ditunaikan, harap bersabar ye. Bagi pelanggan dari Sabah dan Sarawak saya memohon maaf jika sekiranya CD lambat anda terima kerana itu diluar bidang kuasa saya, saya menggunakan Pos Ekspres yang mana penghantarannya adalah tertakluk kepada lokasi anda berada sama ada anda di Zon A,B atau C, sila check No tracking yang saya sertakan dalam email, dan jika sekiranya ditulis ‘ON DELLIVERY’ itu bermakna dalam proses penghantaran ke tempat anda, harap bersabar ye!

Insya-Allah, saya sekarang berusaha untuk memasarkan Sticker Keyboard - Jawi dengan harga yang berpatutan iaitu RM5 jika sekiranya anda membeli bersama dengan CD Jawi Translater 3.0, dan jika anda membelinya secara berasingan harganya adalah RM8, saya difahamkan bahawa harga sticker ini dijual di Lowyat dengan harga RM10. Pos adalah percuma dan menggunakan POS EKSPRES. Tawaran ini adalah terhad weh, saya akan maklumkan jika sticker ini saya pasarkan nanti (sebab dalam proses jugak).

Bagi para guru terutama guru J-QAF, anda sudah tentu memerlukan CD ini untuk menyiapkan assignment anda, kerana ramai yang mengadu terlalu lambat untuk menaip jawi apatah lagi jika terpaksa menaip puluhan helai assigment anda tersebut. Jadi inilah masanya untuk anda memilikinya apatah lagi POS adalah PERCUMA dan menggunakan POS EKSPRES. PERCUMA - CD Al-Quran 30 Juzuk Berserta Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Bacaan Syeikh Saad Said Al-Ghomidi & Syeikh Khalid Al-Qahtony) dengan setiap pembelian Jawi Translater atau Kamus 3 bahasa.

CD adalah yang ORIGINAL!!!

Bagi yang berminat sila layari :

http://www.epustaka.com/jawi

Terima Kasih

Popularity: 15% [?]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • BlinkList
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Furl
  • NewsVine
  • Smarking
  • digg
  • Reddit
  • Spurl
  • RawSugar
  • Fark
  • Shadows


One Comment to “JAWI TRANSLATER 3.0”

  1. Panduan Perniagaan Internet » Tahukah anda? | September 5th, 2007 at 12:14 am

    […] Abooain […]

Leave a Comment


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.

 Powered by Max Banner Ads