Jana Wang Dari Adsense
Powered by MaxBlogPress 

 Powered by Max Banner Ads 

Assalamualaikum,

wc300.gif

Tajuk post saya kali ini ialah WangCyber yang merupakan salah satu forum yang tidak asing lagi bagi para IM Malaysia malah bagi saya ia lebih kepada Universiti Terbuka Perniagaan Online.

WangCyber merupakan salah satu forum yang terkenal di Malaysia, siapa tak kenal? (Ada yang tak kenal ke?) WC membincangkan pelbagai topik yang bersangkutan dengan Perniagaan Internet. Sesiapa yang ingin belajar Perniagaan Internet, maka WC merupakan tempatnya untuk menimba ilmu kerana di situ berkumpulnya para Otai, Sifu, Pakar dari pelbagai bidang seperti Adsense, Web Development, Graphics & Designing, Directory, IT, SMS Business, Online MLM, Motivasi, Copywriting, Blog, agama, Isu semasa dan banyak lagi. Pendek kata, WC merupakan Gedung Ilmu bagi mereka yang lapar kepada ilmu IT dan Internet.

Langkah pertama saya sebelum menceburkan diri ke Perniagaan Internet ini ialah dengan mendaftarkan diri di forum WC iaitu pada bulan Januari 2007. Di situlah saya menimba pelbagai ilmu (saya kurang aktif di WC tetapi saya suka membaca thread di situ – lebih kepada pemerhati je) sehingga saya berjaya mengeluarkan produk pertama saya iaitu WEB TOOLS I. Sememangnya sungguh besar jasa WC kepada saya….

Baru-baru ini, founder WangCyber iaitu Suhaimi atau lebih dikenali dengan Shuth telah membuka satu tawaran yang hebat yang dikenali sebagai WC300.

Apakah WC300? Agent WC300 ke? atau ala-ala perisik cam agent 007?

Bukan, semuanya bukan!!!

WC300 merupakan satu Program keahlian Ekslusif (Membership) yang hanya dibuka untuk 300 orang sahaja! Ya, Terhad!!! Ahli dikenakan yuran sebanyak RM47 setahun sahaja iaitu lebih kurang RM4 sebulan, murah bukan? (Makan nasi dengan teh tarik pun koman-koman RM5! Ye tak?). Kebiasaan di peringkat antarabangsa yuran yang dikenakan kepada ahli kelab ekslusif sebegini paling kurang pun USD50 sebulan.

http://www.wangcyber.com/pengumuman/wc300

Pelbagai kelebihan bagi ahli WC300 berbanding dengan ahli biasa :

  1. Disediakan ruangan KHAS untuk ahli WC300
  2. Ruangan iklan percuma dalam (Ruangan Topik “Pengiklanan & Pemasaran)- Kebiasaan di’charge’ sebanyak USD2
  3. Diskaun sebanyak 66% untuk iklan Banner
  4. Diskaun 70% untuk Advertorial
  5. Perbincangan KHAS untuk ahli WC300
  6. Diskaun hebat bagi produk-produk WC
  7. Peluang ber’JV’ sesama ahli WC300
  8. Jemputan ke perjumpaan tertutup sesama ahli WC300

 wc3001.gif

wc300-2.gif

Demikianlah antara kelebihan yang ditawarkan kepada ahli WC300 ini, sekarang tinggal 192 tempat sahaja lagi dan selepas itu keahlian ini ditutup serta merta dan tidak ada lagi ahli ke 301!!! Keahlian WC300 ini hanya akan dibuka semula jika sekiranya terdapat mana-mana ahli WC300 yang menarik diri atau membatalkan keahlian mereka (ada ke???). Rugi le!

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini ……. Sila daftarkan diri anda di :

http://www.wangcyber.com/pengumuman/wc300

Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang terdapat pada WC dan WC300, kalau hendak diceritakan semua…mau berjela-jela le post WC300 ni :)

Popularity: 23% [?]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • BlinkList
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Furl
  • NewsVine
  • Smarking
  • digg
  • Reddit
  • Spurl
  • RawSugar
  • Fark
  • Shadows


2 Comments to “WC300 -KEAHLIAN EKSLUSIF DAN TERHAD!!!”

  1. zuhairy | January 23rd, 2008 at 11:29 am

    saya pun dalam pertimbangan untuk menjadi ahli. memang hebat kat wangcyber.com. saya sendiri kalau nak tau sesuatu perkara pasal online bisnes dgan cepat, just tnya je dalam forum. Adala yang tolong bagi jalan. bukan sorang 2, ramai pulak tu,hehe….

  2. admin | January 23rd, 2008 at 11:49 am

    Memang itu la kelebihan WC ni, kita taip je apa masalah kita….berduyun-duyun orang reply untuk menyelesaikan masalah kita tu - pelbagai mazhab pulak tu :)

    Berdaftar segera, jangan tunggu lama-lama Zuhairy nanti tempat dirampas orang …. huhu

Leave a Comment


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.

 Powered by Max Banner Ads