Ingin Jadi Webmaster? Bina Sendiri Website & Sistem?
Powered by MaxBlogPress 

 Powered by Max Banner Ads 

Assalamualaikum,

0327.JPG

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Sesungguhnya perkara pertama sekali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalannya ialah Solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia dan beruntung dan jika sekiranya amal solatnya itu rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung.” - Hadis Riwayat Tirmidzi

Terdapat beberapa ayat Al-Quran dan Hadis Sohih yang menjelaskan tentang pentingnya Solat dan ianya merupakan penentu bagi status keimanan seseorang kerana seseorang yang sengaja meninggalkan solatnya boleh menyebabkan gugurnya keimanan seseorang itu.

“Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)? Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)? Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari? Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih? Atau Adakah kamu mendapat perakuan yang ditegaskan dengan sumpah dari kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu akan dapat mencapai apa yang kamu putuskan? Bertanyalah kepada mereka : “Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum : Bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam?” Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang sefaham dengan mereka? kalau ada) maka hendaklah mereka membawanya, jika betul mereka orang-orang yang benar. (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya. Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.” - Surah Al-Qolam 35 - 43

Islam itu dibangunkan atas lima perkara, syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah, dan bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan dan haji ke Baitullah” - Riwayat Bukhori

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Perjanjian di antara kita (orang Islam) dengan mereka (orang kafir) ialah Solat, dan barangsiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi kafir” - Riwayat Tirmidzi

Barangsiapa yang memeliharnya (solat) maka dia akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak mengendahkannya (solat) maka dia tidak akan memperoleh cahaya, bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Firaun, dan Ubai bin Khalaf” - Imam Ahmad

Menurut Sheikh Sayyid Sabiq dalam kitab mashyur beliau ‘Fikh Sunnah‘ dari maksud hadis di atas : Maka orang yang merasa bimbang dengan hartanya maka dia akan senasib dengan Qarun, orang yang sibuk menguruskan kerajaan pula akan bersama-sama dengan Haman. Sesesiapa yang yang terpedaya dengan kebesaran dan urusan pemerintahan maka dia akan bersama dengan Firaun makala orang yang bimbang dan sibuk menguruskan perniagaan maka dia akan berada bersama dengan Ubai bin Khalaf.

Demikianlah pentingnya solat di sisi Islam dan umat Islam kerana barangsiapa yang mendirikan solat maka dia telah mendirikan agamanya tetapi jika sekirannya solat itu ditinggalkan maka dia telah meruntuh agamanya sendiri!

Pakej Web Jualan Evolusi

Popularity: 63% [?]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • BlinkList
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Furl
  • NewsVine
  • Smarking
  • digg
  • Reddit
  • Spurl
  • RawSugar
  • Fark
  • Shadows


Leave a Comment


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.

 Powered by Max Banner Ads