KAYA YANG SEBENAR
Tazkirah May 9th, 2008
Assalamualaikum,
Sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a, telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :
“Yang dikatakan kaya itu bukanlah kerana banyak harta benda tetapi yang sebenar-benarnya ialah kaya jiwa (hati).” Riwayat Bukhari & Muslim.
Jika kita teliti dengan baik maksud sebenar yang disebalik hadis tersebut adalah amat mendalam pengertiannya dan bersalahan dengan apa yang berada di dalam fikiran orang sekarang ini. Rata-rata manusia pada hari ini berpendapat bahawa kaya yang sebenar ialah kekayaan yang melimpah-ruah dan kelilingi dengan harta berupa wang ringgit, saham, kebun, ladang, banglow dan sebagainya …. inilah erti kekayaan yang difahami oleh segelintir dari Umat Islam pada hari ini. Apatah lagi jika seseorang itu bergelar jutawan, hartawan dan sebagainya semakin tinggi nilainya di mata masyarakat sedangkan maksud sebenar kaya itu bukanlah begitu.
Nilai kekayaan menurut perspektif Islam bukan diukur dari sudut kekayaan bertimbun yang dimiliki oleh seseorang individu tetapi kaya sebenar ialah yang terletak pada JIWA. Jiwa yang kaya ialah jiwa yang mampu memberikan ketenangan kepada hati, mampu melapangkan jiwa serta merehatkan minda dari 1001 keserabutan yang tidak tentu. Jiwa yang tidak tenang dan sentiasa keresahan tidak akan memberikan manfaat baginya walaupun dikelilingi oleh harta yang bertimbun!
Orang kaya hatinya sentiasa keresahan kerana fikirannya sentiasa berlegar dan bimbang mengenai segenap sudut yang boleh mengurangkan kekayaannya. Mungkin sentiasa bimbangkan kejatuhan harga sahamnya, pihak bank memburunya, musuh yang cuba menjatuhnya atau keluarganya yang asyik boros dan berjoli sana-sini, penyakit kencing manis, darah tinggi yang dihadapinya dan, dan, dan …… Bimbang dan Runsing!
Orang miskin juga berada di dalam keresahan dan tidak tenang kerana memikirkan cara untuk meningkatkan pendapatan bagi menampung kehidupan keluarganya, peralatan yang serba tidak cukup, wang yang sentiasa tidak ada, hutang keliling pinggang, memikirkan tentang sewa rumah, yuran persekolahan anak-anak dan sebagainya.
Jika orang kaya hatinya tidak tenang maka apatah lagi orang miskin!
Oleh itu apakah perbezaan kedua-duanya jika si miskin dan si kaya ditimpa keresahan dan sakit jiwa?
Maka sudah tentu JIWA adalah penentu kepada kedua-duanya, orang yang miskin akan jadi pemurah dan dermawan jika JIWANYA KAYA begitu juga orang kaya yang mempunyai JIWA KAYA akan sentiasa membantu golongan yang tidak terdaya dan miskin. Demikianlah erti KAYA di dalam Islam.

Popularity: 67% [?]
One Comment to “KAYA YANG SEBENAR”
Leave a Comment

















About







































(salam)
saya setuju dengan post ini. ketenangan JIWA itu sangat penting. nak dapatkan jiwa yang tenang itu pun satu perkara yang amat sukar. kerana Allah telah tetapkan beberapa garis panduan yang mesti kita ikuti. kita sebagai umat yang sentiasa lalai ni, seharusnya meningkatkan amalan.
nak meningkatkan amalan pun, biarlah dengan istiqamah. namun, kita sebagai insan yang lemah ini, selalu “mencari” Allah di waktu susah. di manakah kita sewaktu kita berada di puncak kesenangan? faktor inilah juga yang akan menentukan hati dan ketenangan jiwa kita…
jadi kseimpulan saya yang tak seberapa ini, Ingatlah sentiasa pada-Nya, tanpa mengira waktu. Allah telah janjikan pada kita seandainya kita selalu “berhubung” dengan-NYA, apatah lagi sewaktu kita berada di puncak kesenangan. semoga kita sentiasa dalam naungan Allah…amin
komenebook’s last blog post..101 Tip Adsense Terbongkar? Rahsia Dari Pakar Adsense Kepada Labanon