KISAH TAUBAT
Tazkirah June 20th, 2008
Assalamualaikum,
Diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud r.a dia berkata : Ada dua desa yang mana satu desa tersebut merupakan sebuah desa yang harmoni dan sebuah lagi merupakan desa yang dipenuhi dengan kezaliman dan kejahatan. Pada suatu hari seorang lelaki dari desa yang dipenuhi kezaliman itu telah meninggalkan desanya menuju ke desa yang harmoni.
Di pertengahan jalan dia dihadang oleh malaikat Izrail yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk mencabut nyawanya namun telah terjadi perselisihan di antara Malaikat Izrail dengan iblis.
Iblis berkata : “Orang ini sentiasa mentaati aku dan tidak pernah menderhakai aku.“
Izrail pula berkata : “Orang ini telah keluar dari desanya untuk bertaubat.“
Kerana perdebatan di antara keduanya itu tidak menemui jalan penyelesaian maka akhirnya diputuskan agar penyelesaiannya adalah dengan mengukur jarak jauh perjalanan lelaki tersebut di antara kedua desa itu. Selepas diukur ternyata tubuh lelaki tersebut lebih dekat jaraknya dengan desa yang baik dan harmoni berbanding dengan desa yang dipenuhi kezaliman dengan jarak hanya satu jengkal. Namun dengan kelebihan tersebutlah dosanya diampuni oleh Allah s.w.t.

Popularity: 74% [?]
















About







































Leave a Comment