Hiasi Website Anda & Jadikannya Unik!
Powered by MaxBlogPress 

 Powered by Max Banner Ads 

Assalamulaikum,

Sama-sama kita hayati sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Hadis riwayat dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :

 

Jangan kamu saling dengki mendengki, jangan kamu menipu pada jual beli, jangan kamu bermusuh, jangan kamu saling tidak bertegur sapa dan jangan kamu berjual beli di atas jual beli orang. Jadilah kamu semua hambah Allah yang bersaudara, jangan menzaliminya dan jangan menghinanya dan jangan memboikotnya. Takwa itu terletaknya di sini, sambil baginda menunjukkan ke dadanya 3 kali, mengikut kejahatan seseorang yang menghina saudara Muslimnya. Setiap individu Muslim ke atas Muslim yang lain itu diharamkan nyawanya, hartanya dan kehormatan saudara seagama dengannya.” - Riwayat Muslim

 

Berdasarkan maksud hadis di atas dapat kita mengambil “istimbat” atau pengajaran yang amat berguna yang menunjukkan bahawa ikatan persaudaraan itu bukanlah semata-mata ikatan atau tali persaudaraan yang berdasarkan hubungan kekeluargaan semata-mata. Rasulullah s.a.w telah menjelaskan kepada kita bahawa konteks persaudaraan yang sebenarnya ialah yang berdasarkan kepada ikatan agama Islam atau sesama Muslim. Ikatan yang berdasarkan IMAN dan TAKWA merupakan ikatan persaudaraan yang paling kukuh dan mantop mantap.

 

 

Hadis di atas juga melarang kita dari melakukan beberapa perbuatan yang boleh menjejaskan kestabilan hubungan sesama Muslim seperti hasad dengki, iri hati, marah, berdendam, menipu, membeli atas belian saudaranya sendiri dan sebagainya. PHD amat terkenal di kalangan masyarakat kita hari ini dan penyakit yang paling sukar untuk dibuang (Wal ‘iyazubillah). Tahukah anda PHD ini merupakan penyakit yang pertama timbul di kalangan Bani Adam dan seterusnya virus PHD ini berterusan tersebar dan menyerang Umat Islam dari dulu sehingga sekarang dan menyebabkan Umat Islam dan Kerajaan Islam itu sendiri telah beberapa kali menghadapi perpecahan akibat penangan PHD ini.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

 

 

Kamu telah diserang oleh penyakit yang pernah menyerang Umat sebelum kamu, hasad dengki dan marah. Ianya merupakan pencukur, bukan aku maksudkan mencukur rambut tetapi mencukur agama.” -Riwayat At-Tirmizi

Oleh itu hasad tersangat merbahaya kepada manusia terutama sesama Muslim dan penyakit ini akan membawa kerugian yang amat besar kepada diri kita, masyarakat, negara dan agama itu sendiri.

 

 

Popularity: 60% [?]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • BlinkList
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Furl
  • NewsVine
  • Smarking
  • digg
  • Reddit
  • Spurl
  • RawSugar
  • Fark
  • Shadows


6 Comments to “PENYAKIT HASAD DENGKI - PHD”

  1. zuhairy | January 26th, 2008 at 12:29 am

    Penyakit PHD ni memang satu penyakit hati yang sukar diubati. Hanya dengan ketaqwaan dan rasanya esok lusa kita akan mati shj boleh mengubati penyakit ni.

    Dikalangan bangsa kita, penyakit ni memang kuat merebak. Pantang tgk org senang sikit, paling koman pun mesti mengata kat belakang. Lebih dahsyat lagi bila menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan seseorang.

    Saya nak tambah sikit sepotong hadis dari junjungan kita.

    Dari Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah SAW bersabda, “jagalah dirimu dari hasad dengki, sesungguhnya hasad dengki itu akan memakan kebajikan seperti api memakan kayu yang kering. ” Hadis riwayat Abu Daud.

    Wallahu A’lam..

    zuhairy’s last blog post..MEMBELI DI PETALING STREET: Pengalaman menakutkan?!

  2. admin | January 28th, 2008 at 12:02 am

    Ya, sama-samalah kita ambik iktibar dari hadis di atas dan semoga Allah s.w.t menjauhi kita dari sifat-sifat Mazmumah tersebut …..

    thanks!

  3. abdfatah | February 1st, 2008 at 2:07 am

    saya pun nak dengki jugak laaa untuk memajukan diri sendiri… sama-sama maju menuju masa depan yang cerah…

  4. Abooain | February 2nd, 2008 at 12:55 pm

    Abdfatah, kalau dengki yang tu tak ada pulak orang nak amalkan ……..itu la manusia!

    Abooain’s last blog post..PBU- DILANCARKAN HARI INI!

  5. qaifaa | March 22nd, 2008 at 10:55 am

    saya nak tahu,apakah hukum membeli atas belian orang lain itu utk sesama muslim sahaja atau tidak mengira agama?

  6. admin | March 23rd, 2008 at 9:49 am

    Sama sahaja hukumnya, Islam ni menjaga maslahat umat Islam dan seluruh manusia tidak kira agama dan bangsa. Islam juga melarang kita mengkhianati, menzalimi sesama Islam dan bukan Islam.

Leave a Comment


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.

 Powered by Max Banner Ads