HASIL SURVEY YANG DILAKUKAN!
Umum July 19th, 2008
Assalamualaikum,
Baru-baru ini saya telah melakukan survey menggunakan sistem EZ Survey dari SmartZul. Tajuk survey saya tersebut ialah Perniagaan Internet : Adakah anda berminat untuk menceburi Perniagaan Internet? Apakah usaha anda untuk merealisasikan impian anda itu? Apakah faktor penghalang bagi anda untuk menceburi Perniagaan Online ini?
Alhamdulillah survey saya tersebut mendapat sambutan dari sahabat-sahabat sekalian dan ribuan terima kasih saya ucapkan di atas kesudian sahabat-sahabat memberikan pendapat dan luahan masing-masing.
Hasil keputusan tersebut adalah merupakan satu kajian bagi saya untuk produk yang bakal saya keluarkan nanti (just reseller bukan produk sendiri!) yang mana produk tersebut bagi saya merupakan salah satu produk yang sememangnya amat berguna bagi anda yang masih teraba-raba untuk memulakan Perniagaan Internet.
Hasil survey tersebut menunjukkan bahawa semuanya berminat dengan Perniagaan Internet tetapi mempunyai pelbagai masalah tersendiri yang menyebabkan mereka agak terbatas untuk memulakan Perniagaan Online mereka sendiri. Manakala satu golongan lagi ialah golongan yang telah mempunyai perniagaan internet mereka sendiri.
Hasil dari proses kajian saya tersebut maka saya simpulkan kepada 3 golongan iaitu :
- Golongan Yang Berminat
- Golongan Yang Sedang Belajar
- Golongan Yang Telah Mempunyai Perniagaan Internet sendiri
G1 - 73% golongan yang mempunyai minat terhadap Perniagaan Internet tetapi menghadapi masalah seperti berikut :
- Tidak tahu mengenai Perniagaan Internet
- Tidak mempunyai modal
- Tidak tahu hendak bermula di mana
- Tidak mempunyai masa
- Tidak tahu produk untuk dijual
- Tidak tahu hendak belajar di mana
- Overload - Terlalu banyak membaca sehingga fikiran menjadi blur!
- Merasakan terlalu cerewet untuk belajar kerana terpaksa belajar itu, belajar ini.
G2- 27% pula adalah terdiri dari mereka yang telah mempunyai Perniagaan atau sedang dalam proses pembelajaran bagi mendirikan perniagaan online mereka sendiri.
Bagi G1 sebenarnya untuk memulakan Perniagaan Internet ini bukanlah terlalu sukar atau memerlukan kerahan tenaga yang melampau kerana telah terbukti beberapa individu yang memulakan perniagaan dari Zero dan akhirnya mereka berjaya memiliki perniagaan internet mereka sendiri dengan hanya belajar dari sumber-sumber yang sedia ada di dalam Internet sama ada berbayar atau percuma. Terdapat ratusan sumber percuma atau berbayar yang boleh anda perolehi untuk mendapatkan ilmu dan belajar. Saya cuba sedaya upaya untuk menjadikan dua blog saya iaitu www.epustaka.com ini dan www.abooain.com sebagai blog yang boleh memberikan ilmu, maklumat terkini, produk dan sebagainya yang berkaitan dengan Perniagaan Online walaupun sedikit!
Saya akan review (sebenarnya dah review pakej ini beberapa bulan yang lalu) pakej ini adalah satu panduan untuk menceburi Perniagaan Internet dan ianya relevan sepanjang masa dan sesuai untuk anda praktikkan.
SURVEY KEDUA SAYA!

Saya menjemput para sahabat sekalian untuk ke ruangan survey saya bagi mendapatkan pandangan dan pendapat anda tentang satu tajuk yang agak famous akhir-akhirnya iaitu : BLOG!
Sila ke sini : http://www.abooain.com/survey_blog
Sebenarnya hasil kajian ini adalah amat berguna bagi saya untuk mengetahui apakah keinginan atau luahan anda terhadap Perniagaan Internet dan ianya amat membantu bagi saya atau mungkin rakan-rakan yang lain untuk membimbing anda sama ada dalam bentuk produk informasi, ilmu secara tidak lansung melalui blog atau sebarang perisian yang dapat membantu anda!
Semoga hasil survey akan memberikan manfaat kepada kita bersama!

Popularity: 52% [?]

















About







































Leave a Comment