Tarik Pelanggan Anda Dengan Opt-In Box!
Powered by MaxBlogPress 

 Powered by Max Banner Ads 

TAHUKAH ANDA???

Umum September 5th, 2007

Assalalamualaikum,

Hari ini dapat saya luangkan sedikit masa untuk menulis perkara yang tidak berkaitan dengan ebiz kerana saya telah ditag oleh 2 orang sahabat saya iaitu Azhari Waid dan Maizul. Jadi saya nak balas balik tag diorang tu walaupun bukannya reti sangat saya tentang tag-mengetag ni :) Tag diaorang yang bertajuk “Tahukah Anda” akan saya balas dengan 5 perkara yang berkaitan dengan diri saya.

Tahukah Anda???

1. Kenapa Abooain?

Nama sebenarnya saya ialah Ahmad Syaifuddeen Mohamad berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Timbulnya gelaran Abooain ini ialah selepas mendapat cahayamata pertama pada tahun 2001, waktu tu kami berada di tahun 3. Anak pertama bernama Ain Hidayatul Husna, maka kawan-kawan menggelar saya sebagai Abuain / Abooain atau bapa Ain. Nama ini juga saya gunakan sebagai nama pena dalam sebarang penulisan saya sewaktu belajar dulu-dulu dan kekal sehinggalah sekarang.

2. Tarikh Lahir sama denga anak

Anak pertama saya dilahirkan pada 1 Februari sama tarikh dengan saya yang dilahirkan pada 1 Februari juga, perangai pun nampak sama je - anak perempuan bapak le katakan.

3. Ilmu komputer

Saya tidak mempunyai latarbelakang pendidikan IT atau dari bidang komputer secara khusus atau formal malah tidak ada kaitan langsung dengan bidang pengajian saya, tetapi minat mula timbul apabila berjaya memiliki pc pertama pada tahun 1997 iaitu waktu saya berada di tahun 2 pengajian. Bermula dari situlah saya mempunyai minat yang mendalam terhadap komputer yang mana apabila rosak saya cuba perbaiki sendiri jika tak boleh saya akan panggil rakan yang pandai membaiki komputer dan tengok diaorang buat, Alhamdulillah, lama kelamaan saya dah boleh perbaiki pc rakan-rakan yang lain pulak. Apabila berjumpa dengan rakan-rakan yang tahu mengenai komputer ni, saya akan cuba berbincang dan belajar dengan mereka secara tidak formal. Waktu tu saya mula dilantik sebagai penulis untuk majalah kampus, designer dan wartawan majalah yang memaksa saya untuk mempelajari dan memahirkan dalam penggunaan perisian-perisian seperti Microsoft Publisher, Word, Power Point dan sebagainya

.
4. Perniagaan Internet

Manakala dalam bidang internet pula, pada waktu itu sudah tentu IRC yang menjadi tumpuan utama para pelajar untuk mencari rakan dari seluruh dunia. Di samping itu saya juga suka mengumpul artikel-artikel dari internet untuk rujukan dan simpanan. Sewaktu belajar di tahun akhir saya menubuhkan syarikat ASNA (Gabungan Ahmad Syaifuddeen+Isteri, rakan kongsi : Azhari dari Terengganu dan Nazarudin Bachok dari Johor) syarikat ASNA menyediakan khidmat kepada mahasiswa/wi seperti khidmat meng’copy’ CD, baikpulih pc, menjual pc, menjual CD ilmiah dan sebagainya untuk mencari sedikit wang saku. Apabila telah tamat belajar kitaorang berpecah kerana masing-masing dok lain-lain negeri, saya telah menubuhkan Alhusna Gallery pada tahun 2004 yang menyediakan pelbagai khidmat yang berkaitan dengan komputer dan bukan IT. Mula berminat dengan ebiz pada penghujung 2006 dan bermula pada hari itu saya berusaha keras belajar sendiri apa saja yang berkaitan dengan ebiz seperti membuat web dan sebagainya sehinggalah ke hari ini, Alhamdulillah saya telah mempunyai 9 buah laman web yang saya bina sendiri dan website pertama yang saya bina ialah Pustakailmu.com (dah lama tak jengok) beli domain+hosting (sempoihosting) ni untuk belajar dan buat ujikaji - ceewaaah. Manakala WEB TOOLS I merupakan produk pertama yang saya keluarkan iaitu pada April 2007, yang menghimpunkan pelbagai tools & grafik untuk membina website/blog.

5. Perniagaan Sampingan

Saya mempunyai sebuah lagi syarikat iaitu Ummuain Marketing yang memasarkan produk-produk keluaran Muslim seperti ubat gigi, makanan ringan, kicap, air tin seperti Zam-zam cola, syampu dan sebagainya.

Rasanya itu aja yang saya boleh ceritakan, tak tahu nak tulis apa lagi ni. Sekarang saya nak baca pula serba sedikit kisah dari rakan-rakan kita seperti :

  1. fUNIX - http://funix.sembangsini.com
  2. Mohd Akmal - http://www.mohd-akmal.com/blog
  3. MohdHilmi - http://www.mohdhilmi.com
  4. AliCyber - http://sihatsokmo.com
  5. Sukeri - http://www.sukeri.com
Tag Source: Shuth > Alang > Robotys > Sham > Maizul

Popularity: 24% [?]

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • blogmarks
  • BlinkList
  • co.mments
  • del.icio.us
  • Furl
  • NewsVine
  • Smarking
  • digg
  • Reddit
  • Spurl
  • RawSugar
  • Fark
  • Shadows


12 Comments to “TAHUKAH ANDA???”

  1. Maizul | September 5th, 2007 at 3:42 pm

    Banyak saya kene belajar dengan Saudara Abooain ni. Bestnya ada syarikat sendiri.

  2. admin | September 5th, 2007 at 6:18 pm

    ala, cikgu, syarikat beroperasi kat umah je, bukannya ada kedai pun … :) Daftar pun mudah je sekarang ni, kalau dulu tunggu seminggu jugak baru diluluskan tetapi sekarang ni sejam je ….

  3. Afzai Afandi | September 6th, 2007 at 1:51 am

    Tahukah anda? Sekarang dah tahu.. :) Abooain = bapa ain hehehe.

    beroperasi kat umah lg best !!

  4. Hamid | September 6th, 2007 at 10:40 am

    tag mengetag tu apa benda tu? :)

  5. admin | September 6th, 2007 at 4:49 pm

    Hamid, untuk mengetahui apakah tag tersebut sila layari blog Smartzul :

    http://blog.smartusaha.com/strategi-pemasaran-perniagaan/2007/08/maafkan-saya/

  6. zool | September 7th, 2007 at 3:01 pm

    Banyaknya company Abooain…
    dan sungguh menarik cerita bisnes saudara..

  7. admin | September 7th, 2007 at 9:06 pm

    ala, daftar saje je tu, bukan aktif pun :) terima kasih Zool kerana sudi mendengar perkongsian pengalaman yang tak seberapa ni

  8. Fahmi | September 7th, 2007 at 10:08 pm

    hahaha…macamana ada blog saya lak ni?

    p/s : ni kes kena tag le nie…

  9. admin | September 7th, 2007 at 10:12 pm

    wakaka …. kao kena la tu, kitaorang pun nak dengar gak citer dan pengalaman kao. Kongsi le sikit ….. :)

  10. ali sihatsokmo | September 9th, 2007 at 4:16 am

    owh gitu rupanya abooain mendpt nama, teringat abu hurairah (bapa kucing) :)

    oops, patut la tersedak tadi, rupanya saya pun kena tag.. :) adoi la tak larat dah abooain nak bagi tau cerita baru. sila ke sini aje la:

    http://sihatsokmo.com/blog/index.php/11-dunia-internet/kena-tag-lah-pulak.html

    bukan takat 5 perkara…tapi 9 perkara saya cerita..hehe

  11. admin | September 9th, 2007 at 1:38 pm

    Gitulah alkisahnya hamba mendapat gelaran tersebut …. :) Ok, itu pun dah memadai dah tu Ali, bukan apa saja je tag mengetag ni, nak eratkan tali silaturrahim.

    Ooo pencinta alam semulajadi ni, sama le kita ….. terima kasih Ali

  12. waka | September 11th, 2007 at 3:31 pm

    tag nih…lebih kurang name tag kot..hikhik

Leave a Comment


This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.

 Powered by Max Banner Ads